View: 21228|Reply: 159
|
Hafiz Suip Mengaku Karier Semakin Malap
[Copy link]
|
|
Penyanyi Hafiz Suip memberitahu karier nyanyiannya dilihat malap pada tahun ini ekoran tidak menerima sebarang undangan nyanyian sejak tujuh bulan lalu.
Hafiz, 25, berkata, perkara itu berlaku atas permintaannya sendiri kerana ingin memberi fokus kepada rawatan fisioterapi yang perlu dilakukan selama setahun akibat kecederaan pada bahagian tulang belakangnya (slipped disc) pada Januari lalu.
"Saya akui tahun ini karier saya kurang menyerlah dan sudah tujuh bulan tidak menerima sebarang undangan nyanyian sama ada untuk program televisyen atau pun majlis tertutup.
"Mungkin saya agak ketinggalan sedikit daripada rakan-rakan lain tetapi saya memilih untuk berehat dan fokus kepada rawatan fisioterapi yang berbaki beberapa bulan lagi," katanya kepada mStar Online.
Hafiz ditemui selepas rakaman program Gig MeleTOP Duo Bersama Hafiz dan Uriah See di Ruang, Shah Alam pada malam Khamis.
Tambah Hafiz, dia menganggap turun naik karier seseorang artis sepertinya adalah perkara biasa dan tenang dalam menghadapi situasi malap dalam kariernya.
Dalam pada itu, Hafiz mengakui, tunangnya, Nureffy Jasreel Abdullah, 22, pernah meluahkan rasa bersalah apabila ada segelintir pihak yang melihat pertunangan mereka sebagai punca kerjayanya merundum.
Bagaimanapun kata Hafiz, dia sentiasa menasihati wanita berkenaan untuk tidak berfikir sedemikian kerana rezeki seseorang itu terletak ditangan Allah.
"Semua ini berbalik kepada rezeki dan tidak ada kena mengena dengan saya bertunang. Jika ada yang tidak suka, saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana saya juga berhak untuk mencari kebahagiaan sendiri.
"Nureffy ada menyatakan rasa bersalah tetapi saya sering beritahu kepadanya bahawa hubungan kami tidak ada kena mengena dan tidak mahu dia berfikir seperti itu," jelasnya.
Hafiz dan Nureffy mengikat tali pertunangan pada 27 Februari lalu dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 14 Mei tahun hadapan di Kuching, Sarawak.
Sementara itu, bercakap mengenai Gig MeleTOP Duo, Hafiz berkata, mereka berdua telah menjelajah ke tujuh lokasi di seluruh Malaysia bagi mempromosikan produk terbaharu Ribena Pineapple dan Passionfruit untuk bertemu peminat.
Hafiz berkata, sebagai duta produk berkenaan mereka juga ingin menyebarkan kebaikan kepada orang ramai melalui muzik menerusi persembahan basking.
"Ia pengalaman yang cukup menarik kerana sebelum ini saya belum pernah mengadakan persembahan secara basking dan gandingan bersama Uriah menambah kemanisan jelajah tersebut.
"Program ini juga peluang kami untuk bertemu peminat selain turut mengagihkan produk terbaharu Ribena kepada penonton," jelasnya.
Klip sedutan gig akustik berkenaan akan ditayangkan secara eksklusif di MeleTOP pada Selasa, 27 Oktober ini pukul 9.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Manakala persembahan penuh gig berkenaan akan ditayangkan pada Jumaat, 30 Oktober, 9 malam di saluran sama.
Dalam perkembangan lain, Hafiz berkata, dia bakal muncul dengan single duet terbaharu bersama Misha Omar iaitu Terima Ku Seadanya pada November depan.
Selain itu, dia juga sedang dalam proses mencari lagu untuk album terbaharunya yang dijangka berada di pasaran pada tahun hadapan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tunang dia bg hint nk blah kaa..nk nmpk suci murni gunakan alasan pertunangan penyebab kjaya sendu..ingat hafiz selamanya top ke..mklumlahh dah sendu |
|
|
|
|
|
|
|
xpe la ko pon nk kawin...
kang dh anak jg je anak kt umah...pedehal |
|
|
|
|
|
|
|
sayanglah kalau sendu..dia ni antara penyanyi yang bagus kat Malaysia ni |
|
|
|
|
|
|
|
konsep
awak terlalu baik utk saya
saya terlalu jahat buat awak kot
ayat typical pompuan
|
|
|
|
|
|
|
|
buat bisnes duduk diam2 kat sarawak tu...ada job turun semenangjung..eh tapi hafiz ni duduk kat seri kembangan kan? ada cafe laksa sarawak tu kat sana..apa cerita bisnes cafe dia tu? |
|
|
|
|
|
|
|
dia jadi sendu sebab
1. perangai kebudak-budakan, suka gelak over2 kat meletop padahal benda x lawak pun. nampak mcm mudah terhibur, tp personaliti mcm tu x suit dgn genre lagu yg dia bawak. mmg la dia muda lagi, tp konsep album dia ke arah2 afgan, anuar zain...patutnya dia jd matang sikit dan carry diri dia mcm org dewasa sbb mungkin 60% fans dia makcik2 dan bukan BBNU anymore.
2. bukan masalah kau buat album baru ke x, afgan last album dia tahun 2013, cakra khan pun 2013..tp dua tahun ni dia fokus buat dinner corporate show sana sini sampai malaysia...pastu cari sponsor buat konsert....pastu collaborate lagu dgn branded artist, bukan rakam lagu utk filem astro dgn adira...bukan kata dia dgn adira x bagus, tp dia kan dah duet dgn adira sblm ni? lagu Untuk Cinta tu so senduuu xde istimewa sgt dan bukan level hafiz dan adira... more like dia diperguna astro utk lakukan filem tu jah walhal dia deserve lagu yg lagi better.
3. buat lah konsert...small scala kt KL LIve dah okay... mcm dayang tu..xde album tp konsert sana sini, sbb tu nama dia disebut2 xde org lupa.
4. Terimalah hakikat, zaman batak2 nak monopoli industri ni dah outdated...zaman tok ti jah boleh nk monopoli kaut semua benda.... skrg zaman Akim...bagi can kat dia lah...lagipun most peluang yg dia dpt, dia deserve... meols xleh bayang kalau projek band The Majistret ni astro bagi kat Hafiz.... sgt x sesuai... pastu, dr segi comercial..dah sah2 akim lebih menjual kalau jd duta produk..attitude Akim very strong, firm... Hafiz ni dpt duta ribena pun mungkin sbb sesuai dgn imej gedik2 dia tu...
5. kena pandailah plan dgn astro utk re-brand balik diri kau tu hafiz... sayang betul vokal power tp astro hauk sgt..ada ke bg hafiz ni muncul dlm program2 sendu mcm ceria popstar...so not his market.. patutnya diorg kena figure level higher than ceria utk hafiz...mcm nabil go HBO, sazzy go Diva, Hafiz patutnya ke level MTV or V Channel. bukannya dia xleh english pun.
6. kerjaya kat Indonesia x follow up, patutnya gi la jakarta join apa2 interview kt sana. kalau x pun, gi try market pinoy sana...pinoy dah tentu suka powerhouse vokal mcm chuols... skrg ni penyanyi lelaki popular diorg pun level2 BBNU aziz harun jah...yakni James Reid yg rembes tu
sekian royanan intelek meols utk kerjaya hafiz yg makin suram. #YouCanChangeUrDestiny kata mbak Anggun! |
|
|
|
|
|
|
|
not new.. budak2 AF gilang gemilangnya sekejap je.. pastu mesti sendu x muncul2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sayang..
A wasted talent kalau heols terus merudum |
|
|
|
|
|
|
|
cayalah kak sepit
very clear dgn faktor2 penyebab kesenduan hafiz
mmg annoying jgk klu tgk die diinterviu
atau ade ape2 program yg memerlukan die berckp
gelak kuat tp tak lawak mana pun
die nervous sbnrnya tu
kena handle dgn baik ni
klu tak...ni lah jdnya kot
pnh jumpe live kt cafe die
die nmpk nervous je tp mesra...mcmna tu?
hafiz2....i thought he could be siti versi lelaki...
lagu baru die ft faizal tahir tu sedap jgk
ape ke tajuk...istimewa ke ape ke
klu kena cara blh up balik ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Choi sangat alasan bertunang merundum |
|
|
|
|
|
|
|
dah kayooo
xde hal lah kan |
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput replied at 12-10-2015 10:33 AM
dia jadi sendu sebab
1. perangai kebudak-budakan, suka gelak over2 kat meletop padahal benda x l ...
Wahhh terbaiklah ratu sepit..meols sembah ratu 7 hari 7 malam konsepnya kat ratu sepit |
|
|
|
|
|
|
|
kaka sepit kalau bab retis mmg info dan pandangannya
|
|
|
|
|
|
|
|
ai loike u kak sepit
kalu ada hafiz/manager or cik tunang kat sini kan ke bagus
amik info ni semua
so up balik diri tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan takat karier jah sendu.restoren sheols tu pon sendu ya amat..1 kwsn jah ngn studio herol azreen tu. Tp mcm retis2 yg pg shooting pun x sapot iols rasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh heols..dh jadi gegirl lak apis sheols2 |
|
|
|
|
|
|
|
Astro tak reti2 ke nak hire sepitsiput jadi manager semua artis naungan astro?????????? |
|
|
|
|
|
|
|
oh studio hairul pun kat situ ke? kat situ pun ada few cafe food sarawak ni..dulu ada kaum bario punya food..itu dulu lah dlm 2yrs back, tak tau lah skang hidup lg ke tidak cafe2 tu semua..
|
|
|
|
|
|
|
|
hafiz ni lack of pr skill...ramai je artis af mcm ni...kalo dia jd exclusive mesti ramai org ternanti2 kan hafiz.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|