CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7429|Reply: 62

[Tempatan] Sewa RM124 sebulan punca penduduk lama PPR degil berpindah

[Copy link]
Post time 11-10-2015 10:09 PM | Show all posts |Read mode
Disebabkan berpendapatan rendah dan tidak mampu memiliki rumah di ibu kota, golongan berpendapatan rendah atau miskin bandar diberi peluang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Namun, walaupun sudah lebih 10 tahun menghuni rumah yang sama dan pendapatan mereka sudah melebihi paras kemiskinan, mereka masih berdegil untuk meninggalkan kediaman itu supaya diberikan kepada golongan memerlukan yang sedang menunggu peluang.

Bagi langkah penguatkuasaan, DBKL telah memulakan proses pembancian ke atas penduduk PPR yang tinggal agak lama iaitu melebihi 10 tahun sebagai mengkaji taraf hidup semasa dalam kalangan mereka bagi tindakan lanjut.

"Kita mahu jalankan bancian ini atas beberapa faktor penting iaitu mengkaji pendapatan isi rumah semasa mereka di PPR sama ada keluar dari taraf kemiskinan, kedua terdapat penyewa RM124 itu menyewa kepada orang ketiga manakala ada yang mendapat rumah PPR tetapi tidak tinggal di situ sebaliknya digunakan sebagai tempat menyimpan barang sahaja dan duduk di rumah lain di kawasan lain.

"Ini yang kita nak siasat, jika ikutkan sekarang, mereka yang telah menduduki PPR lebih 10 tahun sepatutnya bertambah baik dari segi pendapatan dan sudah boleh membeli rumah mampu milik.

"Tetapi apa yang kami dapati hari ini adalah mereka masih duduk di PPR dengan masalah tunggakan sewa RM124 sebulan sehingga mencecah setahun lebih sekaligus menyukarkan kita untuk memberikan rumah PPR kepada ramai lagi pemohon miskin yang masih memerlukan di luar sana," kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan DBKL, Datuk Rizalman Mokhtar pada sidang media di sini hari ini.

Beliau diemui selepas majlis perjumpaan bersama pembeli rumah mampu milik RumahWIP menerusi projek RazakMas berharga RM200,000 ke bawah di kawasan Bandar Tun Razak.

Tambah Rizalman, sebanyak 427 unit dengan 800 kaki persegi setiap satu unit yang telah ditawarkan habis dibeli orang ramai dan dijangka siap menjelang tahun 2018.

Pihak DBKL, katanya, berdepan masalah penyediaan tanah untuk pembangunan projek itu yang mensasarkan 80 unit dibawah RumahWIP dan yakin mencapai sasaran tersebut.

Dalam isu PPR, bancian itu akan dilakukan secara berkala iaitu dari semasa ke semasa supaya telus dan menilai kedudukan semasa penghuni PPR sebelum tindakan susulan diambil.

"Kita tidak ada tempoh tertentu untuk bancian ini, ia akan diteruskan dan kemudian kita akan memikirkan kaedah terbaik untuk menangani masalah ini dan memastikan golongan memerlukan dapat menduduki rumah PPR. Sebanyak 74,000 rumah PPR telah berjaya dibina sehingga kini dan dihuni, masib terdapat beberapa rumah kosong untuk diberikan kepada pemohon yang masih menunggu namun ia tidak mencukupi.

"Kita kena mengambil langkah tegas bagi memastikan mereka yang sudah tinggal melebihi 10 tahun dan taraf pendapatannya meningkat supaya meninggalkan PPR supaya miskin tegar yang lain dapat mendudukinya," tegasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2015 10:11 PM | Show all posts
pendapatanmeningkat pun ... kalo kos hidup meningkat .... tak guna jugek ...
iols pun ... tak akan berpindah kalo bayar bulan bulan RM124 sajork ....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 10:14 PM | Show all posts
Mana mampu nak beli rumah mahal skrg ni..dahlah xde dah buat rmh kos rendah..sume kondo yg rege setengah juta, camne la depa nak beli..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 11-10-2015 10:11 PM
pendapatanmeningkat pun ... kalo kos hidup meningkat .... tak guna jugek ...
iols pun ... tak akan  ...

Pendapatan naik ckit jer tp kos hidup ganda uols..jgnkan beli rumah nk beli brg harian pon msh berkira2
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 10:36 PM | Show all posts
huntonglah sis..
sewa rumah lg murah dari asteruk.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 10:38 PM | Show all posts
naina replied at 11-10-2015 10:29 PM
Pendapatan naik ckit jer tp kos hidup ganda uols..jgnkan beli rumah nk beli brg harian pon msh ber ...

tu ler pasai ....
RM124 bayar setiap bulan ... walawei .... buruk buruk ar .. umah flat pprtt ler .... tak kisah  ... janji ada rumah tempat tidur .. rehat dan in KL sumore...

mana lagi nak dapat umah ... ngan rega tu. Dok nyewa bilik kat KL pun paling kurang kena bayar RM300-400 sebulan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2015 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi betis nak peha...bagi peha nak tek..bagi tek nak crett... eh?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 11:20 PM | Show all posts
STONER replied at 11-10-2015 10:51 PM
Itu abg nk nasihat..ada duit sket beli rumah.buat invesment.... ni sibuk dok tukar kereta yg dah ten ...

Ok noted abang. Thanks untuk nasihat ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2015 11:24 PM | Show all posts
lain kali buat flat murah banyak2, banyak sangat banglo mana orang mampu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 12:23 AM | Show all posts
mungkin dia ingat gaji orang sepanjang 10 tahun ni naik 1000 setahun kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 12:30 AM | Show all posts
Ada kwn dulu sewa rumah kat ppr kerinchi rm500.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 12:47 AM | Show all posts
ppr kat pandan indah rm600 sebulan sewa, itu 5 tahun dulu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 12:53 AM | Show all posts
nurun04 replied at 11-10-2015 10:14 PM
Mana mampu nak beli rumah mahal skrg ni..dahlah xde dah buat rmh kos rendah..sume kondo yg rege sete ...

rumah PR1MA?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 01:06 AM | Show all posts

weh korang suku sakat semua kalau ada rumah sekali pun sila apply rumah PRIMA! dgr cerita satu kaum tu pakat isi borang bukan satu malahan puluh utk sedara mara cucu cicit) -- isi lah weh sbb semalam dpt watsap ckp pasal rumah PRIMA orang Melayu punya permohonan tak banyak banding dgn kaum hok kena culik bebaru ni.

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 07:31 AM | Show all posts
DBKL lam kajian tue....ilek laa...kekadang berita je lebih² nie.....mana nak mampu wei..gaji tukang sapu nak beli kondo juta²....anak sekolah lagi.....walaupun deme berdua bekerja....lain laa kalau ado anak yang jadi PTD kija kek situ......itu lain cito.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 07:35 AM | Show all posts
astro ada
note 5 ada
ipong 6 ada
honda city ada
toyota vios ada
civic ada
nike puma adidas ada
anak 10 ekor
pui...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 08:28 AM | Show all posts
sape nk pindah kalau bayaran cuma 124 kepada lg up dari jumlah tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:10 AM | Show all posts
chinta89 replied at 12-10-2015 08:28 AM
sape nk pindah kalau bayaran cuma 124 kepada lg up dari jumlah tu?

kalau bayar takpe
ni masalahnya RM124 sebulan pun tak terbayar
tunggakan sampai setahun
jiran makcik aku haritu tunggakan 13 bulan
sekali majlis perbandaran datang seal rumah dia
meroyan ugut nak terjun dr tingkat 5 bagai
aku tgk rumah tu astro ada, perabot courts mammoth ada, ipad ada, mak bapak dia pakai smartphone

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:15 AM | Show all posts
rayna_raynes replied at 12-10-2015 09:10 AM
kalau bayar takpe
ni masalahnya RM124 sebulan pun tak terbayar
tunggakan sampai setahun

meroyan pandai plk.. x pyh ckp banyak, nk terjun tuh terjun ajelah xde sape larang.. kan?

beli brg lain boleh, nk byr sewa murah mcm tu  xmampu? lps tu duk meroyan lebey.. haiyaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 09:18 AM | Show all posts
rayna_raynes replied at 12-10-2015 09:10 AM
kalau bayar takpe
ni masalahnya RM124 sebulan pun tak terbayar
tunggakan sampai setahun

tu la sikap yg x boleh tahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.059464 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list