CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3003|Reply: 20

[Tempatan] 15 peratus pengguna masih liat bayar bil IWK

[Copy link]
Post time 11-10-2015 06:02 PM | Show all posts |Read mode


KLANG - Hanya 15 peratus pengguna Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) di kawasan Wilayah Tengah iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan masih lagi liat membayar bil pembentungan mereka pada tahun ini.
   
Pengurus Wilayah Tengah IWK, Ir Mohd Taufik Salleh berkata 85 peratus lagi membayar bil pembentungan mereka, satu peningkatan yang ketara jika dibandingkan dengan ketika permulaan pertubuhan syarikat itu pada 1994.

Wilayah Tengah mempunyai kira-kira 1.8 juta akaun pengguna sementara di seluruh negara terdapat 3.8 juta akaun pengguna.
  
"Kempen kesedaran dan kempen penerangan mengenai peranan IWK serta kepentingan kerja-kerja yang kami lakukan ini kepada alam sekitar banyak memberi sumbangan dalam kejayaan kami mencapai kadar ini," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Taman Setia di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 300 penduduk sekitar.
   
Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari terbuka berkenaan, antaranya taklimat mengenai sistem pembentungan, lawatan ke loji dan pameran perkhidmatan IWK.
   
Sementara itu, Mohd Taufik berkata pengenalan loji kumbahan yang berteknologi tinggi berjaya mengurangkan tanggapan negatif masyarakat terhadap kedudukan loji yang berhampiran dengan kediaman penduduk.
   
Beliau berkata, loji berteknologi tinggi tidak lagi mengeluarkan bau yang mengganggu penduduk sekitar. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2015 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk manusia tahu berak jer. Masuk lubang flush cukup. Manusia mcmni harus diharamkan drpd membuat jamban di rumah. Pandai2 la diaorg gali tanah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 06:08 PM | Show all posts
ex collegue aku x pernah bayar.
tapi bila ada prob ngan sistem kumbahan dia, iwk still datang.
dan ex colleague aku, setau aku, masih x bayar.

so.... tu jelah nk tulis. haha
walau x puas hati kadang2 org mintak byr itu ini, tapi bila ada yg bayar, terasa kejam kalau kita x bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 08:01 PM | Show all posts
walaupun rm 6 je aku kena, still aku bayar gak...

ye la, mana lag company nak urus tahi berak kita kalau bukan IWK...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 08:10 PM | Show all posts
oni313 replied at 11-10-2015 08:01 PM
walaupun rm 6 je aku kena, still aku bayar gak...

ye la, mana lag company nak urus tahi berak kit ...

bukan RM2 jer ker sebulan kaka???
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dapat bill je terus bayar. Anyways aku harap depa boleh ada option hantar bill melalui email krn semua bill aku semua hantar ke email. Kurangkan kertas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2015 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorg ni nak free je tau
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 09:21 PM | Show all posts
MissNigga replied at 11-10-2015 08:10 PM
bukan RM2 jer ker sebulan kaka???

eh silap kaka, ya.. RM 2 sebulan

tapi dpat bil utk 3 bulan terus, trus jadi rm 6 lebih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2015 09:27 PM | Show all posts
RM6.35 termasuk GST
bil dtg setiap 3 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 09:33 PM | Show all posts
oni313 replied at 11-10-2015 09:21 PM
eh silap kaka, ya.. RM 2 sebulan

tapi dpat bil utk 3 bulan terus, trus jadi rm 6 lebih  ...

iols lak .. selalu bayar RM50 teruih .... kalo terima bil setiap suku thn .. ada ler creidt lagi dalam tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ni jenis yg pandai berak tp tak pandai byr bil....patut iwk saman je yg x byr ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang liat nak bayar tu sila berambus ke india. Sana dorang berak merata. Hatta area taj mahal tu pun dorang bole berak jugak. FOC je
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 10:03 PM | Show all posts
murah je pun xmo bayar... teruknyaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 10:15 PM | Show all posts
berak adalah hak asasi manusia
berak diperdagangkan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:47 PM | Show all posts
ingat berak,ingat indah water huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 03:50 PM | Show all posts
MissNigga replied at 11-10-2015 09:33 PM
iols lak .. selalu bayar RM50 teruih .... kalo terima bil setiap suku thn .. ada ler creidt lagi d ...

actually berapa bayaran iwk ni sebulan? konfius pulak korang cakap rm 2 sebulan..kalo setahun br rm24..

asyik dapat tertunggak je bil iwk ni..rasa byr banyak dh..

nov14 bayar rm50
jan15 byr rm 24
julai15 byr rm24

ni utk bil jul-sept 15 ada tunggakan rm50.88.
kalo ada tunggakan lama-lama pun should be ada dlm bil la kan..nov14 tu dh bil merah.byr la.rasa maybe termiss bil.
tp ni kene balik.

tak pernah pun panggil iwk utk kosongkan antiseptik. so patut xde la bayaran tambahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 03:52 PM | Show all posts
MissNigga replied at 11-10-2015 08:10 PM
bukan RM2 jer ker sebulan kaka???

eh..i dia charge rm8 x 3 bulan x 1 unit..

rm 2 rumah ape?

berbeza ek?

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 04:41 PM | Show all posts
honeybucuk replied at 12-10-2015 03:50 PM
actually berapa bayaran iwk ni sebulan? konfius pulak korang cakap rm 2 sebulan..kalo setahun br r ...

kak .. RM2 sebulan. Bil mereka antar 3 bulan sekali. So RM6 + 6% GST ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 04:42 PM | Show all posts
honeybucuk replied at 12-10-2015 03:52 PM
eh..i dia charge rm8 x 3 bulan x 1 unit..

rm 2 rumah ape?

suma sama sis ... RM2 utk 1 bulan
bil antar 3 bulan sekali - RM6 + 6 % gst
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 04:44 PM | Show all posts
tarak bayar kalu...kasi ctos cam p1wimax ctos sutun pink smiskin tuuu...

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.049708 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list