CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10366|Reply: 82

[Tempatan] 'Polis Evo' Kutip RM13 Juta, Filem Melayu Paling Laris 2015

[Copy link]
Post time 9-10-2015 08:04 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Polis Evo mencatatkan kutipan sebanyak RM13 juta selepas tiga minggu ditayangkan di pawagam.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Filem Polis Evo berjaya mencatat kutipan tiket sebanyak RM13 juta sepanjang tiga minggu tayangan menerusi 102 buah pawagam seluruh Malaysia.



[size=0.98em]Menurut Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, ia sekali gus menunjukkan Polis Evo sekali gus mencatat rekod sebagai filem Melayu paling laris tahun 2015.

"Selepas tiga minggu berada di pawagam sejak ditayangkan pada 17 September  lalu, jumlah penonton masih belum berkurangan.

"Ia sekali gus telah mengubah tradisi filem-filem Melayu yang ditayangkan sebelum ini dan saya harap karya yang bakal ditayangkan nanti turut mendapat perhatian masyarakat," katanya menerusi kenyataan media yang diemelkan kepada mStar Online.

[size=0.98em]

Tambah Najwa, penonton juga tidak henti-henti memberi reaksi positif mengenai Polis Evo menerusi laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

Polis Evo merupakan filem bergenre aksi yang memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

Dalam pada itu, kata Najwa, kehadiran filem Polis Evo setidak-tidaknya dapat mengembalikan keyakinan khalayak penonton khususnya peminat filem Melayu untuk terus menyokong naskah-naskah tempatan tidak kira dalam apa genre atau kategori sekalipun.

[size=0.98em]

"Setakat ini, kutipan panggung Polis Evo dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa berdasarkan respon serta sambutan hebat serta luar biasa yang diberikan masyarakat terhadap filem ini.
[size=0.98em]"Jika sambutan yang diterima sebegini berterusan, tidak mustahil Polis Evo akan mampu  meraih kutipan yang lebih tinggi," ujarnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Iye???
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
At last! Shahiezy sam berganding dgn zizang...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
usop wilcha  filem? zombie menghonjang ngn ape ntah
dua2 dpt kutipan skit. tgk kt laman web finas
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 08:25 PM | Show all posts
best sgt ke citer polis evo ni?

x rs mcm nak tgk pun.

tp kalo citer the martians mmg marvelous. nyesal sp x tgk lg
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Best ke? Ke sbb star power???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2015 08:29 PM | Show all posts
usop wilcha menghonjang makhluk muzium
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 08:38 PM | Show all posts
bila pencuri movie nak keluar ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 08:48 PM | Show all posts
alhamdulillah

bukti rakyat tidak terjejas dgn gst dan cukai yhiburan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 09:07 PM | Show all posts
Jwanita pun not bad dgr nye

Ingat esok nak marathon 2 movie ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 09:09 PM | Show all posts
mmg best ke citer nih??

aku dah tertipu citer BRAVO 5, punya lah direkemen oleh member cakap citer yg hebat mampu mengalirkan air mata jantan, aku tgk tertido...celkalehnat btol
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Filem bagus kita kena support, jangan lemahkan semangat pembikin filem kita.
Filem The Journey tu mampu mengutip jumlah kutipan tiket yang banyak sebab filem itu turut ditonton oleh penonton berbangsa Melayu.
Kalau filem Polis Evo ini turut disokong oleh kaum bukan Melayu, pasti filem ini mampu menggugat kedudukan filem The Journey sebagai filem tempatan paling laris sepanjang zaman.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku 2 kali tengok polis evo.ni..memang best...  
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
X pernah tgk cite melayu kat wayang..

Tunggu keluar kat tb jela time raya sambil makan lemang
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 09:43 PM | Show all posts
sape x nak tgk, lantak la. i nk tgk tonite. tiap2 weekend nk booking je penuh. sakit hati. i nk tgk sbb wan hanafi su & loghat teregganu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh nak tengok..sebab geli tengok sam katik berlakon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan mzz dah tengok movie ni..first thing dia cakap kat mzz

'Polis pakai fairlady..aku harap dia dah isytihar harta siap2..'

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 09:50 PM | Show all posts
AKU INGAT MOVIE TEMPATAN AKAN MAMPUS LEPAS KL GANGSTER MELEtup 2011
rupanya movie punya sambutan pun ada curve turun naik
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 09:51 PM | Show all posts
filem ni, polis org ganu dan org kl, penjahat oirang kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
banyak laaaa bonus zizan dapat nanti..  leh amik kete lamborghini plak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 1.820869 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list