CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kagiru

Kisah Misteri Nukilan Kagiru

[Copy link]
Post time 15-10-2015 10:57 AM | Show all posts
Perghhhhhh...seriau haih cite tt nih!

Teruskan berkarya no..syiok membacenye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 11:02 AM | Show all posts
terbaik cerita @kagiru nih
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 04:03 PM | Show all posts
menarikkk... please .. sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 04:44 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 15-10-2015 10:57 AM
Perghhhhhh...seriau haih cite tt nih!

Teruskan berkarya no..syiok membacenye..

haha seram kan ..

hang baru khatam ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 04:46 PM | Show all posts
Jagendas replied at 15-10-2015 04:44 PM
haha seram kan ..

hang baru khatam ke

Haaaaa..baru nak perabehkan slot kagiru ni..Mujor ada kagiru..bule la jugak jadik santapan minda..


Nak tunggu abam rosdi..ntah ghaib entah ke mana
Di sorok bunian haku rasa dia tu...


hang x cuba riki2 mana abam rosdi pi?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 04:50 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 15-10-2015 04:46 PM
Haaaaa..baru nak perabehkan slot kagiru ni..Mujor ada kagiru..bule la jugak jadik santapan minda.. ...

sat nak seru @abang_rusdi
bz keje or bz besarkan anak bang rosdi tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2015 08:50 PM | Show all posts
akhirnya ada gak citer baru. kalau kat ofis selalu je ada citer2 mistik. pelik. kenapa ek?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 02:18 AM | Show all posts
kagiru replied at 15-10-2015 02:09 AM
amirezu....apa lagi daya saya pada ketika itu...RNR Gurn pun dah lepas...mana ada lagi tempat nak  ...

Betul jugak. Kalau berenti tempat macam tu lagi sukarkan keadaan hehe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru khatam thread tt..kipidap!
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 01:54 PM | Show all posts
PEnceritaan yg baik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2015 02:49 PM | Show all posts
Guard Syarikat pembersihan


Di ceritakan oleh Mail Rakan saya yang bekerja disebuah syarikat pembersihan di Pekan kecil di Pendang, pejabatnya berada agak jauh dari bandar dikelilingi oleh kelapa sawit dan getah sahaja. Disiang hari suasana agak baik kerana ada gerai makanan disekitarnya, tapi bila malam menjelma suasana berbeza. Sunyi dan gelap di sekitar kawasan tersebut. Hanya lampu pejabat pembersihan dan kawasan syarikat memandu yang berada dibelakang pejabat menerangi kawasan sekitar.



Kisah ini terjadi kepada seorang pengawal keselamatan yang juga rakan baik kepada Mail, bernama Ishak. Mail menggambarkan Ishak sebagai seorang yang selalu meninggi diri dan senantiasa bercakap besar. Sebagai seorang rakan MAil selalu menasihati Ishak agar lebih merendah diri dan mengawal sikap meninggi dirinya itu agar lebih diterima oleh rakan sekerja yang lain kerana Ishak baru sahaja bekerja disyarikat itu dan belum membiasakan diri dengan keadaan sekeliling.



Untuk pengetahuan rakan forumers sekalian, di pejabat ini juga ialah tempat untuk meletakan kenderaan pembersihan dan mengangkut sampah juga kenderaan yang rosak. Sebagai seorang bekas tentera Ishak merasakan tiada apa yang tidak boleh beliau tempuh dan lakukan, alah bisa tegal biasa. Katanya semasa di dalam tentera dahulu banyak pengalaman yang dikutipnya. Ini kerana ramai rakan sekerja yang menyuruh beliau agar lebih berhati-hati bila menuturkan kata kerana tempat kerja mereka adalah kawasan hutan getah yang dibangunkan dan dibahagian atasnya adalah perkuburan cina. Sudah banyak kejadian 'Mistik Paranormal' yang telah berlaku tapi Ishak enggan mempercayainya.Sebagai rakan mereka hanya berharap agar Ishak lebih berhati-hati tapi Ishak tetap tidak mempercayainya tambahan pula mentertawakan mereka sebagai pengecut.



Hendak dijadikan cerita , Ishak ditugaskan untuk bekerja shif malam pada sekitar bulan April yang lalu setelah 2 bulan ditugaskan pada shif pagi dan petang. Shif Ishak bermula dari pukul 11 malam - 7 pagi, Ishak megambil alih tugas dari rakan sekerjanya. Malam berlalu dengan tenangnya ditemani air kopi yang dibekalkan oleh isterinya dan alunan lagu dari radio buruk yang telah wakafkan oleh pengawal keselamatan yang terdahulu. Setiap 2 jam , Ishak akan meronda untuk membuat 'clocking'. rondaan yang pertama tiada apa yang berlaku dan Ishak kini lebih yakin tentang sangkaannya. Ini membuatkan Ishak ketawa sendirian, Ishak kembali ke bilik guard dan menulis report.



Sedang menulis report, kedengaran bunyi besi di bahagian meletakan kenderaan jentera berat.Ishak mengamati bunyi tersebut, tanpa berlengah lagi IShak terus kelokasi itu. Sampai sahaja disana tiada apa yang berbunyi malahan juga tiada kelibat sesiapa disana. Bunyi itu seolah-olah ada orang yang sedang membaiki lori, hembusan angin bagaikan menampar kemuka Ishak yang masih terpaku memikirkan dari mana datangnya bunyi tersebut membuatkan Ishak bagai tersedar dari lamunan.Tanpa membuang masa Ishak terus bergegas kembali ke biliknya. Belum sempat sampai ke biliknya, kedengaran kembali bunyi tersebut. Mendidih betul perasaan Ishak pada ketika itu, tanpa berfikir panjang Ishak terus berkata:



Ishak:' Woi , kalau hang pencuri baik hang cabut sebelum aku jumpa. Nahas hampa kalau aku dapat!!!!!!


Tapi bunyi itu tetap kedengaran dan makin galakan bunyinya diselangi dengan suara ketawa kanak-kanak.



Ishak:' KAlau hang betoi berani takyah gelak-gelak mai tunjuk kat aku...hantu pun aku tibai'



Tiba-tiba kedengaran enjin lori dihidupkan, 'vroommmm...vrooommm...'



Kali ini Ishak betul-betul kaget, tiada lagi cakap besar yang mampu keluar dari mulutnya. Kelihatan 2 orang kanak-kanak (lelaki dan perempuan) sedang berada di dalam lori tersebut dan melompat-lompat didalamnya sambil melihat Ishak. Lebih menakutkan Ishak, lori tersebut berada di bahagian kenderaan yang akan dilupuskan kerana telah rosak.
Hilaian ketawa makin kuat kedengaran, Ishak akhirnya mengambil keputusan untuk terus berlari keluar dari kawan pejabat dan pulang kerumah mertuanya di kampung berhampiran.



Sesampai saja IShak dirumah mertuanya, dia menceritakan kepada ayah mertuanya.



Ishak:' Betoi ayah, chek nampak hantu tadi depa start lori rosak.
Ayah:'Tulah aku kata, hang cakap besaq lagi '
Ishak:' Tolong chek ayah, pintu semua tak katup tadi, jom teman chek sat'
Ayah: 'HAng telefon kawan hang pi skali kot-kot satgi lori tu start lagi'


Ishak pun menalefon Mail dan meminta datang dengan segera. Sesampainya mereka bertiga di pejabat, kelihatan semuanya seperti tiada apa yang berlaku. Ishak tetap berkeras dengan ceritanya, MAil menasihati IShak agar berubah kerana kejadian itu adalah biasa terjadi disana. Pada malam itu Ishak ditemani Mail dan ayah mertuanya sehingga pukul 7 pagi.Tiada apa yang terjadi sehinggalah kesiang hari, tapi itu adalah pengalaman yang menakutkan kepada IShak. Ishak masih berkerja begitu juga Mail, mereka berdua adalah rakan memancing saya sehinggalah harini.



Walaupun cerita ini diceritakan oleh MAil, bila saja saya bertanyakan berkenaan kesahihan cerita itu... IShak mengiayakan dan sikapnya sekarang terus berubah. Lebih banyak diam dan tersenyum, tiada lagi sombong dan bongkak.



Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2015 03:36 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 13-10-2015 03:05 PM
knp pakcik hassan ditukarkan ke sekolah lain?
adakah pakcik hassan mintak tuko?

iznanaziz...kalau ikut apa yang arwah abah bgtau...pakcik hassan yang mintak ditukarkan ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2015 03:38 PM | Show all posts
toyaq_03 replied at 14-10-2015 07:55 AM
Kagiru, selit selit la cita pasai Mengkuang Dam....xsabaq nk dgr ni...tgk dlm forum ni xda lg cita p ...

toyaq_03....in shaa allah cerita mengkuang dam coming soon...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 04:13 PM | Show all posts
berlagak btol pak sahak
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 08:30 PM | Show all posts
baru berkesempatan baca kisah TT..time kerja malam mmg tak berani baca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2015 03:21 AM | Show all posts
Cerita di Depoh Kenderaan



Kisah ini berlaku di depoh kenderaan sebuah jabatan kerajaan, kisah ini berlaku sekitar 5 tahun yang lalu. Ali seorang pekerja Am Rendah dan salah satu tugasnya adalah menjadi jaga di depoh tersebut. Depoh tersebut adalah sebuah banglo lama yang ditepi jalan ke Jenun Kedah. Dari jalan besar banglo ini kelihatan agak usang tapi masih tersergam indah , kukuh dan masih boleh digunakan.



Selain kenderaan ia juga digunakan sebagai stor penyimpanan alatan pemebersihan dan lain -lain jentera berat. Banglo ini dikatakan dahulunya sebagai kuartes penjawat awam yang berpangkat tinggi tapi telah lama dikosongkan dan diserahkan kepada jabatan kerajaan tersebut.Ali akan bergilir-gilir menjaga banglo tersebut mengikut giliran masing-masing. Seminggu hanya sekali sahaja kerana pada siang harinya mereka masih melakukan tugas lain.




Oleh disebabkan kaedah giliran tersebut maka banyaklah cerita yang disampaikan oleh mereka yang telah ternampak@terserempak dengan kelibat-kelibat yang tidak diingini. Ada yang telah diubah tempat tidur mereka, dari 2 orang yang berjaga tiba-tiba ada orang yang ketiga dan macam-macam lagi cerita yang lain. Mengikut dari cerita orang kampung yang berhampiran, sesekali mereka akan terserempak dengan seorang nenek tua yang berjalan mengelilingi rumah itu seperti menjaganya. Jika ada orang kampung yang melihatnya , dia akan tersenyum lalu hilang dari pandangan.



Tapi semuanya hanyalah cerita dari mulut ke mulut dan tiada kesahihanya. PAda satu malam , Ali dan Sabo telah ditugaskan untuk menjaga di banglo tersebut. Tepat jam 9 malam mereka berdua telah sampai dan melakukan rondaan bersama-sama. Selesai rondaan mereka berdua masuk kedalam banglo sambil berbual, air kopi dan roti kering menjadi peneman mereka takkala menunggu mata terlelap. Sedang mereka asyik berbual Ali merasa sakit perut, oleh kerana kedudukan tandas yang agak jauh dari tempat mereka Ali mengajak Sabo menemannya.


Ali:' Sabo jom teman aku pi tandas?'
Sabo:' Malas aku, hang pi la sorang, ka hang takut hantu?
Ali:' Mulut hang ni macam longkakng, jom la teman aku sat'
Sabo:' Hang pi dulu satgi aku sampai'



Ali pun terus ke tandas kerana dia sudah tidak lagi tertahan untuk menunaikan hajat besarnya. Sedang berada di tandas , Ali mendengar bunyi tapak kaki kearahnya tapi berhenti di pintu tandas sahaja.


Ali:'Woi Sabo, hang ka tuh?'


Tiada jawapan hanya bunyi nafas yang agak kuat dan ketawa kecil yang agak menyeramkan.


Ali:' Sabo hang jangan dok buat main benda macam nih, tak lawak wey???'


MAsih tiada jawapan dan ketawa kecil terus berlanjutan, Ali terus menghabiskan hajatnya dengan tergesa-gesa dan keluar dari tandas. Tiada sesiapa di luar tandas dan tiada kelibat Sabo disitu, Ali tanpa melengahkan masa terus keruang tamu dimana mereka berada tadi. Juga tiada kelibat Sabo, Ali merasa hairan.


Ali:' Pi mana si Sabo nih ??? takkan pi meronda kot? rajin terlebih dia nih'



Dalam 5 minit kemudian Sabo tiba-tiba muncul dari arah dapur.


Ali:' Wey Sabo hang pi mana tadi?
Sabo:' Aku pi ronda tadi, saja tengok keadaan rumah'
Ali:' Sampai hati hang tak pi teman aku tadi, nasib baik tak dak apa'



Sabo tidak menjawap keluhan Ali tadi dan hanya tersenyum sebelum mengatakan dia mengantuk dan mahu tidur. Ali tidak mahu menganggu Sabo dan hanya mengiyakan saja. Ali terus melayan radio dan telefonnya, sedang melayan perasaan telefon Ali berbunyi dan tertera nama Sabo.


Ali:' Eh awat Sabo call aku nih? Dia tertekan kot nih???


Ali hanya membiarkan saja panggilan itu tidak berjawap, tapi sekali lagi Sabo menelefonnya. Ali mula mersakan sesuatu, kelihatan Sabo masih tidur berhampiran dengannya disofa yang berhampiran. Kali ini Ali mengangkat panggilan tersebut.


Ali:'Hello...'
Sabo:'Hello, Ali hang dok mana nih?'
Ali:'Aku kat sini la awat hang call aku?
Sabo: 'Aku lari balik wey , aku kat rumah dah ni. HAng dok tunggu apa lagi? kan aku dah jerit tadi suruh hang lari!!'
Ali:' Huh???hang dah balik? dah tu sapa dok tidoq dekat ngan aku nih????



Ali terus menoleh kearah sofa yang Sabo tidur tadi, kelihatan tiada siapa yang tidur disitu. Tanpa berfikir panjang Ali terus keluar dari rumah itu dan pergi ke rumah Sabo.


Ali:' Awat hang lari?
Sabo: 'Lepas hang pi tandas , aku pun pi la nak teman hang. Sampai ja kat tandas aku nampak ada perempuan kat depan pintu tandas tu.Rambut punyalah panjang , aku jerit kat hang suruh lari balik. Lepas tu aku teruih lari'
Ali:'Jerit? Aku tak dengaq apa pun Sabo? Perempuan? masa aku keluaq mana ada sapa? cuma masa aku pi kat ruang tamu hang tak dak, lepas tu baru hang mai kata dah ngantuk'
Sabo:' Aku rasa penunggu yang orang kampung cerita tu yang kacau kita Ali, malam ni hang tidoq kat rumah aku ja lah.Esok baru balik, aku nak hantaq hang balik pun aku takut'


MAlam itu Ali tidur dirumah Sabo, keesokan harinya kedua mereka dimarahi oleh mandur mereka kerana ketika beliau sampai kelihatan pintu rumah tidak berkunci dan terbuka. TAmbahan pula mereka berdua tiada disana, Ali dan Sabo menceritakan kepada mandur mereka tentang kejaadian yang menimpa mereka. MAndur hanya berdiam diri, katanya lepas ni apa pun yang berlaku jangan tinggalkan rumah tak berkunci kerana beliau gusar jika ada barang yang hilang.


Selepas dari kejadian tersebut, merka masih bergilir menjaga di banglo tersebut tapi ditambah kepada 3 orang sehinggalah depoh itu ditukarkan kelokasi lain.



Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2015 02:46 PM | Show all posts
Memancing di Segantang Garam


Kisah ini terjadi ketika kami memancing di sebuah kelong di segantang garam ,sungai petani. Setelah beberapa kali merancang akhirnya kami berjaya mendapatkan tarikh yang sesuai dengan cuti kami berempat. Amy dan apit datang dari bandar puteri jaya sementara saya dan fitri dari Alor setar. KAmi berjumpa berhampiran dengan jambatan semeling kira-kira jam 10 malam.



Setelah berjumpa kami meneruskan perjalanan ke Segantang garam melalui UITM Merbok. Dari jalan utama ke jalan kampung hinggalah kami sampai di sebuah jeti dipinggir sebuah kampung.Keadaan agak sunyi disana, ialah jam pun sudah menunjukan hampir 11 malam.Amy menelefon Pak Kassim, tuan empunya Kelong terbabit untuk membawa kami menaiki bot. Hampir 15 minit menunggu Pak Kassim pun sampai, Pak Kassim agak serius orangnya dan kurang mesra. Dia lebih banyak berdiam diri dan hanya akan mejnawab jika ada soalan dari kami.



Arggghhhh persetankan semua itu, gian untuk memancing melebihi segalanya.KAmi menaiki bot untuk ke kelong Pak Kassim.Menurut cerita Amy, dikelong tersebut mempunyai segala kemudahan asas seperti air,tandas dan elektrik. Tapi Amy belum pernah kesana, ia hanyalah cerita dari rakannya.Nombor telefon Pak Kassim juga Amy dapat dari rakan memancing yang lain.Atas dasar percaya dan inginkan pengalaman baru kami teruskan saja . Ketika hampir sampai, kelihatan beberapa kelong dihadapan kami tapi suasana sekitar amat gelap.



Pak KAssim: ' Dah sampai, sorang pi ambik dan ikat tali bot di tiang kelong.'


Fitri tanpa berlengah terus mengikat tali bot dan seorang demi seorang dari kami terus melangkah masuk ke kelong.


Fitri:' Pak kassim, ada lampu tak kat sini?
Pak kassim:' Lampu tak dak'


Masing-masing memandang sesama sendiri.


Pak Kassim:'Mana nak ada lampu, generator pun dah lama rosak...esok lepas subuh pak kassim mai amik hampa'


Kami semua terdiam membisu, hanya mengiakan sahaja bila pak kassim berlalu pergi membelah muara sungai meninggalkan kami didalam kegelapan malam di kelong tersebut.


Fitri:' Macamana nih Amy, hang kata semua ada nih? Pelita kabait pun aku tak bawak nih...torch light ada satu ja '

Amy:'Sorry wey, aku pun tak tau kawan aku habaq semua ada'
Amir: 'HAng tak tanya ka masa hang call pak kassim haritu? Jenuh kita nak mengail dalam gelap macam ni'
Amy:'Aku tak tanya pun la dah aku ingat semua ada'
Apit:'Takpa lah, alang-alang kita dah sampai nih kita mengail saja takat mana yang boleh.NAk balik pun tak padan'



KAmi semua mengangguk tanda setuju, selesai dari itu kamai pun menyiapkan joran masing-masing dengan dibantu lampu suluh Fitri dan lampu dari hanset masing-masing. Keadaan memang gelap cuma cahaya bulan yang samar memancar dapat membantu sedikit usaha kami dalam memancing. Keadaan kelong tersebut amatlah daif, lantainya terkopak sana sini, jaring sangkar ikan banyak yang koyak kami lebih berhati-hati. Tapi kelong tersebut agak besar cuma seperti sudah lama tidak dijaga dan diusahakan.


1 jam pertama memancing tiada ikan yang kami dapat, joran juga tidak disentuh bagaikan tiada langsung ikan. Hendak dikatakan tiada pilihan umpan, umpan yang kami bawak agak banyak jenisnya. Ada ikan kembung, udang, sotong, umpun-umpun dan juga kerang.Jorang juga agak banyak saya(amir) membawa 3 joran, fitri 2 joran begitu juga dengan amy dan apit jumlah semuanya 9 joran. MAsuk ke jam ke-2 amy dan apit mula mengeluh.


Amy:'Takkan sekoq pun tak dapat??? sentuh pun dak..'
Apit:'TU lah, aku dah mula menyesal mai sini'
Fitri:'Sabaq sat , kalau ada rezeki pi mana pun kita dapat....cepat dengan lambat saja'
Amir:'Aku setuju tu fitri, lagipun kita ada masa sampai subuh ...pelan-pelan la satgi mesti ada tu...'



Kami meneruskan memancing, tiba-tiba joran amy disentap agak kasar.Selepas hampir 5 minit berentap , amy menaikan seekor semilang hampir sekilo. Kami semua kembali ceria, selepas dari itu kami bergilir menaikan ikan seperti gelama, duri dan ketuka. Walaupun saiznya agak kecil tapi kami semua seronok melayan joran masing-masing. HAmpir pukul 4 pagi, amy menukar lokasi memancing ke arah sangkar ikan. KAmi menasihatinya agar berhati-hati kerana lantai yang terkopak, dan mungkin mempunyai paku karat.


15 minit kemudian, amy datang kepada kami dengan nafas yang tercungap-cungap.


Fitri:'HAng pasai apa amy?'
Amy:'Aku rasa aku ada nampak hantu la tadi'
Fitri:'Ishhh hang nih , awat cakap macam tu?

Amy:'Masa aku dok memancing tadi , aku dapat 2 ekoq gelama aku letak dalam bekas yang aku bawak. lepas tu aku tinggai bekas tu dan pi depan sikit.Masa aku balik nak ambik bekas ikan dah takdak.Lepas tu aku dengaq macam bunyi mendengus macam orang makan dengan gelojoh,kalih-kalih kat hujung tepi sangkaq ada orang dok bertinggong membelakangi aku. Tiba-tiba dia kalih kat aku, aku nampak dia dok makan ikan yang aku dapat tadi.


Amir:' Aku rasa kita mai tak kena hari ni wey, tapi takpa lepas ni kalau nampak apa-apa jangan tegoq....kita semua memancing sekali ..satu tempat saja'



Kami semua setuju dengan cadangan tersebut, kami meneruskan memancing.Ikan sudah kurang kami dapat. TApi kami dapat rasakan kehadiran makhluk lain dikelong tersebut.Apit memberitahu macam ada orang mengendap di sebalik dinding disebelahnya.Selang beberapa ketika bunyi seperti itik kedengaran, kami semua membatukan diri.Kedengaran seperti ada sesuatu yang berjalan diatas bumbung kelong juga seperti mencabar keimanan kami yang nipis ini.Fitri akhirnya berkata:


Fitri:'Aku rasa benda nih saja nak kacau kita, lani kumpul semua ikan yang kita dapat.Kita jangan bawak balik sekoq pun, kita bagi balik'




KAmi semua bersetuju, Fitri mengambil semua ikan dan pergi meletakan ikan tersebut di hujung sangkar kelong sambil berkata:


Fitri:' Nah hg amik balik, kami tak mau.KAlau hang nak ikan hang amik tapi jangan kacau kami'



Sejurus selepas itu kami mendengar bunyi benda jatuh kedalam air , pada masa yang sama bekas ikan yang fitri letakan juga hilang dari tempat tadi.Kami menyuruh Amy menelefon Pak Kassim untuk datang mengambil kami, selepas 30 minit Pak Kassim sampai dan kami terus menaiki bot dan pulang ke jeti.Dalam perjalanan kami hanya mendiamkan diri begitu juga PAk Kassim,tiada apa yang dibualkan. Sesampai saja dijeti , kami memuatkan barang kedalam bonet kereta dan membayar wang tambang kepada Pak kassim sebanyak rm15 seorang.




Tanpa banyak soal, kami pun terus pulang dengan membawa kenangan yang menyeramkan itu. Sehingga hari ini tiada siapa lagi diantara  yang sanggup untuk kembali memancing disana.


Sekian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2015 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak kassim ni mcm nk penaya kt org ja...
Toksah la bg org mai mancing kalau gitu keadaan kelong... ada crita seram lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2015 12:05 AM | Show all posts
alya_aisya replied at 17-10-2015 04:32 PM
Pak kassim ni mcm nk penaya kt org ja...
Toksah la bg org mai mancing kalau gitu keadaan kelong...  ...

alya_aisya...kami pun tak pasti..sehinggalah cerita ini di post ke forum ni...kami hanya menyimpan kisah seram tersebut diantara kami sahaj kerana tidak mahu menggangu periuk nasi Pak kassim...cuma jika ada rakan rapat yang ingin kesana kami menasihati mereka agar mencari kelong dan lokasi yang lain kerana keadaan kelong yang agak uzur hanya itu yang kami terangkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2015 01:03 AM | Show all posts
Empangan@tasik Mengkuang



Amirul dan keluarga begitu bersemangat pada hari itu kerana perancangan mereka ke Tasik Mengkuang akhirnya menjadi kenyataan. Oleh disebabkan kengkangan kerja dan dan cuti yang terhad membataskan aktiviti Amirul bersama keluarganya. Setelah hampir 3 kali menangguhkan perancangan perkelahan itu akhirnya pada cuti hari Keputeraan yang dipertua negeri pulau pinang mereka pun memulakan perjalan kesana dari Permatang PAuh. Dengar seperti dekat sahaja bukan?? tapi begitulah nasib Amirul yang bekerja sebagai Jurutera Penilaian Produk disebuah kilang di pulau pinang.



Amirul mempunyai seorang anak yang mampu melihat sesuatu yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar (hijab terbuka) pemberian dari Yang Maha Esa. Cuma sebagai seorang anak kepada Imam di kampung Amirul menerimanya dengan hati yang tenang walaupun kadang-kala ianya mencabar keimanan nya sebagai seorang hamba Allah. Anak amirul yang bernama Khalif merupakan anak sulung dari 2 beradik , keduanya lelaki namun hanya dia seorang sahaja yang mempunyai kelebihan tersebut. Seorang kanak-kanak yang berumur 5 tahun , dia masih belum mengerti akan kelebihannya sehinggakan kadang kala berbagai pertanyaan keluar dari mulutnya berkaitan apa yang dia lihat. Ada ketikanya Amirul tidak mampu menjawapnya , Ayah Amirul selalu menasihatinya dan isteri agar lebih bersabar dan tenang menghadapi dugaan tersebut.



Kembali kepada kisah yang ingin saya ceritakan, perjalanan hanya mengambil masa kurang dari 30 minit untuk sampai kesana melalui lebuhraya BKE. Mereka bergerak kesana selepas waktu asar , sesampai saja disana Amirul menuju kelokasi yang berhampiran dengan tasik. Amirul melayan kerenah anak-anaknya sementara isterinya sibuk menyediakan makanan dari bekal yang telah dibawa dari rumah. Sedang melayan keletah naka-anak, si isteri memanggil Amirul dan anak-anak menjamu selera. Isteri amirul bernama Azmah:


Azmah: 'Abang , mai makan dulu ajak anak-anak sekali'
Amirul:' Ok sat , khalif ...asyraf jom kita makan dulu satgi kita sambung lagi'
Khalif:' Abah-abah...khalif nak makan sendiri tak mau abah suap tau...abah suap asyraf sudah'



Amirul hanya tersenyum dengan teletah khalif, sedang mereka sekeluarga menjamu selera kedengaran Khalif bercakap dengan seseorang'


Khalif:' Sat la , orang nak makan sat satgi kita main sekali nah'


Amirul dan isteri saling berpandangan, Amirul dapat merasakan sesuatu yang tidak elok'


Amirul:'Khaif makan elok-elok, sambil makan jangan bercakap'
Khalif:' Tu lah khalif nak makan sat, tapi budak tu dok ajak khalif pi main'
Amirul:' Mana ada sapa kat situ??'
Khalif:' Tuuuuuu budak tu yang dok kat pokok tu, dia ajak khalif main kat pokok sana'
Amirul:'Sudah-sudah makan bagi habis nanti abah beli kan ais krim kat depan sana'


Ajak Amirul untuk cuba mengalihkan tajuk perbualan mereka, Azmah mula berasa takut kerana setiap kali keadaan seperti ini berlaku ianya akan berlarutan sehingga kerumah. Setelah habis makan tiba-tiba asyraf menangis dengan kuat:


Amirul: 'Khalif pasai apa adik teriak??? khalif buat adik ka?
Khalif:' Khalif tak buat pun , budak tadi yang buat dia marah sebab abah tak bagi khalif main dengan dia'


Amirul mula berasakan sesuatu yang tidak enak, dia menyuruh isterinya mengemas semua barangan dan bersiap untuk pulang.


Khalif:' Abah-abah budak tu nak ikut jugak kita balik boleh dak?


Berderau darah amirul bila mendengar kata-kata anaknya.


Amirul:'Tak payahlah khalif, sudahlah tu jom balik'


Khalif hanya diam seperti tidak bersetuju, sedang berjalan ke tempat meletak kereta khalif dipimpian oleh azmah sementara asyraf didukung oleh amirul. Amirul senantiasa memerhatikan teletah khalif seperti sedang berbisik dengan seseorang. TApi Amirul hanya membiarkan sahaja dengan harapan semua itu akan selesai takkala sampinya mereka dirumah. Sedang dalam perjalanan pulang, khalif dibelakang asyik bermain dengan seseorang, nak dikatakan bermain dengan asyraf adiknya telah tidur.



Amirul:'Khalif dok main dengan sapa tu???sudah main-main tu nanti bising adik nak tidur'


Khalif seperti marah dengan kata-kata Amirul dari riak wajah khalif seperti amat marah . Amirul sedar akan keadaan anaknya.


Khalif:'Diammlahhhhhh, yang buat bising tu hang bukan aku'



Amirul tersentak dengan kata-kata dari Khalif, azmah isterinya sudah mula menangis degan kelakuan anak sulung mereka itu. Amirul bertekad untuk terus kerumah ayahnya di Alma kerana takut keadaan akan lebih parah. Dalam perjalanan itu khalif terus bermain bagaikan ada seseorang yang bermain dengan nya.Sesampai mereka dirumah ayah amirul, khalif tiba-tiba mengamuk:


Khalif: 'Pasai pa hang mai sini???? kata nak balik rumah????bodoh bodoh bodoh!!!!!



Amirul mengarahkan azmah membawa asyraf masuk kedalam rumah dan memanggil ayahnya keluar.Ustaz shuib keluar seperti boleh mengagak sesuatu telah berlaku apabila nampak azmah sambil menangis menyuruhnya keluar melihat khalif.



Ustaz shuib:'HAng bawak depa pi mana amirul?'
Amirul:'Sya bawak depa pi tasik mengkuang tadi ayah, ingat saja lah cuti-cuti ni bawak pi jalan-jalan, tak tau pulak nak jadi macam ni'


Terang amirul kepada ayahnya, Ustaz shuib menghampiri khalif yang masih di dalam kereta. Asyik khalif bermain , gelak ketawa seperti sudah lama kenal dengan rakan ghaibnya itu.Apabila khalif sedar dia sedang diperhatikan , dia terus berhenti bermain dan merenung ustaz shuib bagaikan tidak mengenali atuknya lagi.


Ustaz shuib:' Awat hang ikut depa balik?
Khalif:' Ikut suka akulah!!!!budak ni suka main dengan aku'
Ustaz shuib:' Dia tak suka pun, hang ja yang dok syok lebih,la ni hang pi balik sebelum aku hambat hang '
Khalif:'aku tak mau, budak ni tadi nampak aku panggil dia'
Ustaz shuib:' Dia nampak sebab dia kecik lagi, bukan sebab dia boleh nampak hang pun'
Khalif:'Aku nak kawan dengan dia , tak dak sapa yang boleh halang aku, aku dah lama dok sorang aku nak kawan'
Ustaz shuib:' dia bukan kawan hang dan dia tak boleh jadi kawan hang!!!!!'



Ustaz shuib terus menengking "khalif" , ayat suci al-quran dibacakan dengan lantang.Dalam masa yang sama Ustaz shuib menyuruh amirul melaungkan azan. Khalif menjerit -jerit , cuaca yang tadi tenang telah bertukar degan awan mendung dan angin yang agak kuat bagai akan turun hujan yang lebat.



Khalif:'Abah tolong khalif sakit nih, abah tolong'
Ustaz shuib:' Hang jangan pi kat dia, dia dok bohong kita '


Amirul hanya menurut saja perintah ayahnya, hampir 10 minit ustaz menyuruh amirul mengambil anaknya dan membawa masuk kedalam rumah. Sementara ustaz shuib masih diluar, kelihatan ustaz shuib bagaikan bercakap dengan seseorang tapi butir percakapan tidak dapat didengar oleh amirul. Setelah hampir seketika barulah ustaz shuib masuk:


Ustaz shuib: 'Benda tu dah balik, tapi hang jangan dah bawak anak hang pi empangan tu takut benda ni jadi balik'
Amirul:'BAik ayah'


Amirul hanya menurut perintah ayahnya, khalif demam panas selama 2 hari. Setelah itu , khalif sihat seperti sediakala cuma sehinggalah ke hari ini khalif masih lagi boleh melihat melalui mata ketiga nya itu. Kadang-kadang jika kami kerumah amirul, khalif bersembunyi dibelakang abahnya. Bila ditanya kenapa, takut katanya ada kakak mai sekali dengan pakcik. Berderau darah kami yang datang , kalau kejadian begini berlaku kami akan kembali keluar dari rumah dan hanya berbual diluar atau di kedai makan yang berhampiran.




Sekian....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.633640 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list