CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kagiru

Kisah Misteri Nukilan Kagiru

[Copy link]
Post time 22-10-2015 10:20 AM | Show all posts
mai-shi replied at 21-10-2015 11:59 PM
Dulu tinggal kat selayang baru balik kampung ikut ulu yam.. Setiap kali lalu jalan tu kami adik be ...

awak cakap pasal ulu yam, baru aku teringat 1 kisah benar yang diceritakan oleh cousin aku pada tahun 2012..waktu kejadian tu..malam bulan tengah mengambang mereka berlima baru pulang dari memancing..dari jauh mereka dah nampak susuk tubuh orang berjalan dalam gelap remang bulan, salah seorang rakan dia pun tegur..

A: eh! awek la...cikaro baek ni! (sambil yang lain tengok sama)
b: ye laaa....berenti2!!

yang pemandu pon berhentikan van..yang duduk sebelah pemandu, cousin aku sambil bukak tingkap..dia yang tegur dulu..

c: hai nak pergi mana malam2 ni...tak takut ke??
sewaktu benda tu berpusing..slow je..tapi tak nampak muka..sebab rambut dia tutup muka..dahla gelap..pastu dia menunduk pula..hantu tu boleh pula bercakap!

hantu: nama saya shila..boleh hantar saya balik..

cousin aku dengar je suara dia semacam dah rase menggigil lutut..sambil tangan tutup tingkap..yang members kat belakang dah riuh..bukak pintu penumpang sambil ajak si shila ni naik..konon nak bagi tumpang..cousin aku duduk depan dah jerit suruh jalan je..tapi pemandu macam dah terkaku..yang herannya dia dah masukkan sebelah kaki dia dalam van..tapi dia turunkan balik...masa itula..cousin aku jerit jalanlah!! semua baru tersedar, cepat2 pecut tinggalkan tempat tu..
esoknya semua demam dan mc tak kerja selama seminggu, setelah sihat cousin aku menceritakan pengalaman itu kepada seorang pakcik jaga di tempat kerja dia..pakcik tu kata.."hantu yang korang nampak tu..pakai baju warna purple dan seluar warna hitam kan?"..cousin aku mengagguk..memang ramai yang dah terkena dengan hantu si shila kt jalan ulu yam tu..kebetulan pakcik tu memang orang ulu yam..dia menceritakan..dulu ade sepasang couple eksiden kt situ kedua2nya mati di tempat kejadian..yg perempuan tu badan putus dua, dilanggar lori..sewaktu eksiden memang itulah warna pakaiannya baju purple dan seluar hitam..ternganga cousin aku..sejak kejadian itu mereka serik nak memancing di ulu yam lagi...

mesti korang tertanya kenapa hantu tu tak jadi naik van...sebab cousin aku cerita..kt belakang van dia ada tampal ayat suci...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2015 11:09 AM | Show all posts
kagiru replied at 22-10-2015 09:35 AM
supernaturalee...mestilah tidoq ....sambil menyelam minum ayaq ....

hehe...oraite....jaga kesihatan tu jgk bro




Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 02:46 PM | Show all posts
proboscis replied at 22-10-2015 10:20 AM
awak cakap pasal ulu yam, baru aku teringat 1 kisah benar yang diceritakan oleh cousin aku pada ta ...

ayat apa dia tampal tuh....? ayat kursi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 02:57 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 22-10-2015 02:46 PM
ayat apa dia tampal tuh....? ayat kursi ke?

ha ah, aku pun nak tahu gak, ayat apa yg buatkan shila tak jadi naik van
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 03:51 PM | Show all posts
cerita tt mmg best . huhu .
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 04:16 PM | Show all posts
kagiru replied at 18-10-2015 01:03 AM
Empangan@tasik Mengkuang

"kakak" mana yg ikut kagiru tu datang ke umah khalif?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-10-2015 08:32 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 22-10-2015 04:16 PM
"kakak" mana yg ikut kagiru tu datang ke umah khalif?

iznanaziz...saya pun tak tau 'kakak' yang mana sebab saya tak nampak sesiapa melainkan saya dan rakan yang datang sekali..tapi yang pasti semua lelaki tiada perempuan...hanya Khalif yang tahu kisah sebenar tapi kami tak pernah bertanya kepada khalif sebab untk menjaga hati Amirul...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2015 12:13 AM | Show all posts
Kejadian di Hospital


Kejadian ini diceritakan oleh seorang rakan saya samsul yang bekerja sebagai seorang IT support di sebuah hospital kerajaan di utara tanah air. Untuk pencerahan para forumers, Samsul bekerja dengan sebuah syarikat swasta dan ditempatkan di hospital kerajaan tersebut untuk memantau segala peralatan IT. Waktu bekerja mereka secara shif 12 jam dan kejadian ini berlaku ketika samsul bekerja shif malam.



Samsul bekerja 2 orang setiap shif, jika tiada apa-apa masalah mereka akan berada didalam bilik pejabat mereka samada membuat report atau menghabiskan masa dengan melayari internet. Pada malam itu samsul bekerja bersama rakannya Aravind. Sedang melakukan aktiviti masing-masing tiba-tiba telefon berbunyi dan aravind menjawap.Diberitahu bahawa bahagian x-ray di wad kecemasan mengalami masalah sistem. Aravind tanpa berlengah terus pergi untuk menyelesaikan masalah tersebut meninggalkan Samsul keseorang di bilik, seketika kemudian telefon berdering lagi. KAli ini masalah di wad 4 kenanga, Samsul terus ke sana.



Untuk ke wad kenanga dari pejabat mereka lebih dekat jika melalui lif kecemasan dibahagian belakang yang mana hanya boleh digunakan oleh staf hospital dan tenaga sokongan sepertinya kerana ada pengawal keselamatan yang menjaganya.Samsul memilih untuk menggunakan lif tersebut walaupun ianya berdekatan dengan bilik mayat. Bahar terus menuju ke lif tersebut yang hanya beberapa minit dari pejabatnya.Laluan ke lif tersebut amat sunyi tatkala jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Ketika hampir sampai di lif samsul terserempak dengan seorang nurse yang seingatnya belum pernah dia jumpa dihospital tersebut namun kerana kecantikan wajahnya samsul terpegun seketika.Senyumannya yang manis membuatkan samsul terlupa seketika isteri dirumah, namun mereka hanya berbalas senyuman.



Sampai di lif kelihatan Pak Yakob pengawal keselamatan yang bertugas malam tersebut.



Samsul:'Assalammualaikum Pak Kob, sorang ja ka malam ni?'
Pak Akob:'Waalaikummussalam, sorang ja awat hang ada nampak orang lain ka dengan aku?'
Samsul:' Amboi kasaq Pak kob malam ni? Saja ja tanya'
Pak Akob:' Dak aihhh aku pun melawak ja, hang nak pi mana nih?
Samsul:'Nak pi wad 4 kenanga sat ,depa call tadi kata ada problem...tapi sebelum tu saya nak tanya,nurse baru ka tadi?'
Pak Akob:'Nurse??? nurse mana??
Samsul:'Tadi masa say nak sampai sini ada nurse keluar dari sini?'
Pak Akob:'Isshhh hang ni merapu aiihhh mana ada sapa turun pun tadi'
Samsul:' Huh? Betoi ka? pelik pak akob ni sahih tidoq tadi...tak pa lah saya pi buat keja dulu noh satgi kita sembang lain'



Pak akob hanya mengganguk kepada samsul, tanpa berlengah samsul pun menuju ke tingkat 4. Selesai tugasnya, seorang nurse bertugas bertanya kepada samsul adakah dia menggunakan lif kecemasan? Samsul mengiyakannya. Nurse tersebut menasihatinya agar menggunakan lif biasa kerana sudah ramai yang diganggu jika menggunakannya pada waktu itu. Samsul hanya berlalu tanpa menghiraukan nasihat tersebut. Sampai saja dibawah ,samsul terus berjumpa dengan pak akob dan berbual seketika:



Pak Akob:'Betoi ka tadi hang nampak ada nurse keluaq dari sini?
Samsul:'Betoila takkan saya saja nak tanya, ka pak kob saja nak pekena saya?
Pak Akob:'Dak aihh, tak dak sapa pun yang guna lif ni sebelum hang '


Samsul terdiam seketika....


Samsul:' KAlau macam tu sapa yang saya nampak tadi? nurse tu saya tak pernah nampak kat sini sebelum ni'
Pak Akob:'Tak pa hang pi balik pejabat dulu, baca apa yang patut in shaa allah tak dak apa '



Samsul terus berlalu, dipertengahan jalan Samsul ternampak Aravind sedang bercakap dengan seseorang di bawah pokok diseberang jalan.Kelihatan Aravind sedang bercakap dengan nurse yang dia terserempak tadi.



Samsul:'Amboi Aravind ni hat baru semua dia sebat, pak kob tadi kata tak dak sapa keluaq kot lif ....yang dok cakap dengan aravind tu sapa? hantu??' (Samsul ketawa sendirian dengan menyangka pak akob tersalah sangka tentang nurse tersebut)...takpa satgi hang balik pi pejabat tau la aku apa nak buat'



Seketika kemudian telefon bimbit samsul berbunyi dengan tertera nama aravind, tanpa menyangka apa-apa dia terus menjawap panggilan tersebut sambil terus memandang kearah aravind dan nurse tersebut.



Samsul:'Hello macha, amboi sempoi hang dating noh?'
Aravind:' Hah? dating? wey samsul hang pi mana nih? lama aku tunggu kat pejabat ni kata nak pi makan?'



Kali ini samsul betul-betul terkejut, dan baru dia perasan yang aravind yang dia sedang lihat tidak menggunakan telefon...



Samsul:'HAng kat mana nih aravind?'
Aravind:'Office la mana lagi? hang kat mana nih?
Samsul:'Aku dok tengok hang ni kat blok B dok sembang dengan nurse'
Aravind:'Hang biaq betoi wey, aku kat office ni dok tunggu hang nak pi makan cepatla balik'
Samsul:' Sudahhhh, sapa pulak kat depan aku nih? ( samsul terus meletakan telefon)



Dalam masa yang sama , 'aravind dan nurse tersebut melihat kearahnya sambil tersenyum'. Tanpa berlengah lagi samsul terus melarikan diri ke pejabat. Dengan badannya yang besar agak susah untuknya berlari dengan laju tapi berbekalkan tekad yang ada samsul terus berlari.Sambil berlari samsul terdengar suara berkata' takpa abang, esok saya mai lain'...




Samsul sampai dipejabatnya dalam keadaan termengah-mengah...




Samsul:'Wey macha, aku jumpa hang tadi...aku rasa aku jumpa hantu dah'
Aravind:' Biaq betoi samsul??? hang jangan dok buat main benda macam ni?'
Samsul:'Aku nak bohong buat apa macha wey?



Aravind terus menelefon pak akob dan memintanya datang kepejabat..


Pak akob:'Awat hang jumpa lagi ka?


Samsul hanya diam membisu tanpa menjawap pertanyaan pak akob.


Aravind:' Macamana ni pak akob?
Pak Akob;'Tak pa aravind biaq dia rehat dulu , kalau hampa nak makan biaq pak akob ja yang pi beli'



Aravind pun memesan makanan kepada pak akob, selesai membeli pak akob kembali ke pejabat dan menghantar makanan yang dipesan.Tapi hanya aravind yang menjamah makanan tersebut sementara samsul hanya minum air tak selera katanya.
Sedang mereka berbual berkenaan kejadian tadi, bunyi tapak kasut bertumit sedang datang kerah pejabat mereka. Kedengaran suara dengan kata-kata yang sama'takpa abang, esok saya mai lain'...berulang kali dengan kelibat di tingkat.Pak Akob melaungkan azan dan kelibat dan suara itu hilang seketika kemudian.



Pak akob memberitahu kepada penyelianya tentang kejadian yang menimpa samsul dan pada keesokan harinya, pihak hospital memanggil seorang ustaz untuk dan melakukan apa yang sepatutnya. Samsul keesokan harinya masih bekerja seperti biasa kerana permintaannya untuk bercuti tidak diluluskan kerana tiada sesiapa yang mahu menggantikan tempatnya. Ketika bertugas malam itu masih lagi ada suara dan dialog yang sama mengganggu tapi hanya untuk seketika.Mujurlah samsul masih boleh bertahan dengan gangguan tersebut, dan suara itu juga didengar oleh aravind.



Saiap nurse tersebut tiada siapa yang boleh menjawabnya kerana hanya samsul yang pernah melihatnya, pihak hospital juga tidak membesar-besarkan kejadian tersebut, Samsul pulak sekarang berkerja 1 tempat dengan saya . Pak akob dan aravond masih lagi bekerja disana.



Sekian....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2015 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
seram betoi cerita tt nih, gaya penulisan pon cantik kemas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 08:03 AM | Show all posts
Samsul memilih untuk menggunakan lif tersebut walaupun ianya berdekatan dengan bilik mayat. Bahar terus menuju ke lif tersebut yang hanya beberapa minit dari pejabatnya.



Bahar tu sapa plak? Nama sebenar Samsul ke?

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 08:07 AM | Show all posts
best,,,,sambung lagi citer ye TT....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 09:31 AM | Show all posts
iznanaziz replied at 22-10-2015 02:57 PM
ha ah, aku pun nak tahu gak, ayat apa yg buatkan shila tak jadi naik van

aku x tanya pula ayat apa dia tampal kt belakang van

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 09:31 AM | Show all posts
kagiru replied at 22-10-2015 09:34 AM
RinIna...tq atas pembetulan...

No hal la tt..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 10:39 AM | Show all posts

xboley bayangkan bile dya menjelma jdik kawan kite . adehhh . seram nieyhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 10:56 AM | Show all posts
Samsul memilih untuk menggunakan lif tersebut walaupun ianya berdekatan dengan bilik mayat. Bahar terus menuju ke lif tersebut yang hanya beberapa minit dari pejabatnya.



sape plk bahar?
1 lg jelmaan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
hospital baru tu ka? ada cita antu jugak sana?
ingatkan hospital yg lama2 jek cita antu nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2015 11:19 AM | Show all posts
kagiru replied at 22-10-2015 08:32 PM
iznanaziz...saya pun tak tau 'kakak' yang mana sebab saya tak nampak sesiapa melainkan saya dan ra ...

byk kali tak dtg umah khalif?
tiap kali dtg, mesti ada sesuatu yg mengikut atau tu je sekali?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 11:20 AM | Show all posts
seram sejuk je masuk benang ni

terbaik TT..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 01:05 PM | Show all posts

paragraph ke 3, ada ditulis...Bahar menuju ke lif
Bahar tu sapa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 01:06 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 23-10-2015 10:56 AM
sape plk bahar?
1 lg jelmaan ke?

saya dah awak perasan benda yang sama.
adakah nama  shamsul tu..nama dlm IC Shamsul Bahar?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 1.085001 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list