CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1790|Reply: 0

Tips Kesihatan Untuk Kecantikan Mata

[Copy link]
Post time 8-10-2015 12:05 PM | Show all posts |Read mode

Tips Kesihatan Untuk Kecantikan Mata


Adakah anda inginkan mata yang cantik dan sihat? Berikut adalah tips berguna untuk anda memelihara dan mendapatkan mata yang anda idamkan.

1. Pengambilan telur

Kuning telur sangat kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang sangat baik untuk mata. Walaupun anda menghindarinya kerana ia mengandungi kolesterol yang tinggi, namun kajian yang dilakukan oleh University Massachusetts Lowell, apabila seseorang memakan telur secara teratur sebanyak 2 hari berturut-turut dpat meningkatkan lutein dan zeaxanthin tanpa meningkatkan LDL (buruk) kadar kolestrol.

2. Perbanyakkan pengambilan Antioksida

Selain dapat mengelakan dari mendapat penyakit kanser, antioksida sangat baik untuk mata. Antara makanan yang banyak mengandungi antioksida seperti buah beri, tomato, brokoli, bayam, kacang soya, karot, buah manggis dan sebagainya.

3. Banyakkan mengambil Omega 3

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Melbourne, Australia, menjelaskan pengambilan asid lemak omega 3 yang terdapat dalam ikan salmon dan makarel dapat membantu melambatkan kerosakan mata berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.

4. Supplemen

Makanan tambahan juga diperlukan kerana nutrisinya dapat membantu mengurangan risikomata rosak. Tetapi jangan mengambil supplemen lebih dari sepatutnyakecuali atas arahan doktor.

5. Menjaga tekanan darah dan berat badan

Menurut American Acedemy of Opthalmology, mereka yang mengalami tekanan darah yang tinggi dapat menghalang aliran darah ke mata dan nutrisi tidak akan dapat dicapai oleh retina mata. Manakala lemak dalam tubuh adalah tempat penyimpanan utama bagi nutrisi yang larut dalam lemak dan jaringan lemak inilah bertindak sebagai nutrisi pelindung mata.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.047275 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list