CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4819|Reply: 10

[Politik] Awas! Jika rasa lelah, mual dan sakit perut - Hepatitis C

[Copy link]
Post time 7-10-2015 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-IIN at 7-10-2015 12:07 PM

Oleh Izzah Abbasy

Istilah HEPATITIS bererti radang hati.



Hepatitis C adalah salah satu virus yang boleh menyerang hati. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), jumlah pengidap Hepatitis C di dunia mencapai 130-150 juta pembawa gejala ini dan menyebabkan kematian pada sekitar 350-500 ribu penderitanya.

Insiden Terkini Mengenai Hepatitis C Dikesan Di Singapura

Hospital Besar Singapura (SGH), hari ini memohon maaf selepas 22 pesakit buah pinggang yang dirawat di hospital kerajaan itu dijangkiti hepatitis C, dengan empat daripada mereka dilaporkan meninggal dunia, insiden yang jarang-jarang berlaku di hospital itu.

Punca Hepatitis C




  • Penggunaan bahan kimia
  • Ubat bius
  • Terlalu kerap minum alkohol
  • Jangkitan virus
  • Seks bebas dan tidak selamat


Bagaimana Hepatitis C boleh menular?


  • Cara jangkitan ia sangat berbeza. Setakat ini tiada rawatan untuk Hepatitis C. Ia boleh dijangkiti oleh virus Hepatitis A atau B dalam masa yang sama.
  • Penyakit ini boleh dijangkiti tanpa disedari kerana ia mengambil masa bertahun-tahun. 1 daripada 100 orang di Australia dan seluruh dunia boleh dijangkiti Hepatitis C ini.
  • Merebak melalui cecair tubuh seperti darah dan air mani.
  • Penggunaan alat-alat di klinik gigi mahupun pusat menindik dan ukiran tatu
  • Alat penderma darah
  • Penggunaan alat suntikan dadah


Mitos Hepatitis C boleh dijangkiti apabila;


  • Menggunakan tandas yang sama
  • Menggunakan pinggan, cawan dan gelas yang sama
  • Batuk, bersin, berciuman atau berpelukan
  • Penggunaan kolam renang yang sama
  • Gigitan nyamuk atau serangga lainnya



BAHAYA Hepatitis C




  • 100 daripada penghidap Hepatitis, setidaknya 1 daripada 4 orang boleh disembuhkan namun mengambil masa 12 bulan.
  • Baki 75% lagi masih terjangkit virus pada tubuhnya, tetapi kemungkinan penderita atau penghidap penyakit ini tidak merasakan gejalanya.
  • Apabila mereka dijangkiti  Hepatitis C, tanpa mengambil sebarang ubat, mereka akan tersedar virus ini dalam masa 10 hingga 15 tahun.
  • Setelah 20 tahun, penghidap masih tidak mengambil sebarang ubat, mereka akan mengalami kegagalan hati, dan segelintir daripadanya akan menghidap kanser hati.




Awas! Jika anda berasa lelah, mual dan rasa sakit di bahagian perut kerana anda berkemungkinan mengalami jangkitan Hepatitis C.

Selalunya pengidap gejala Hepatitis C ini tidak merasa perubahan ketara pada tubuhnya. Oleh itu, dinasihatkan untuk semua agar sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan agar kita selalu berada pada tahap kesihatan yang baik dan sihat.

Ingat! Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah seperti jarum suntikan, berus gigi, pisau cukur, pengetip kuku dan gunting . - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2015 12:16 PM | Show all posts
Itu macam ka
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 02:22 PM | Show all posts
BAHAYANYA....? TAPI LAGI BAHAYA FITNAH PEMBANGKANG
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 02:52 PM | Show all posts
Rasanya suntikan pelalian Hepatitis B yang tiga serangkai tu pun mesti ramai yang belum ambik.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 05:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hepatitis ni lagi bahaya dr hiv.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2015 06:11 PM | Show all posts
hanakikan replied at 8-10-2015 06:08 PM
Hepatitis ni lagi bahaya dr hiv.

yups. true.

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 06:12 PM | Show all posts
dan kalau tak ada dalam kumpulan berisiko, insya ALLAh tak apa.

tapi buatlah screening pi memana path lab...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Sadness......
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Hepatitis C tak ada vaccine. Dulu aku cucuk vaccine hepatitis B. Kena tiga kali cucuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Moral of the story, don't kiss someone you don't know.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.057341 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list