CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22078|Reply: 160

Erma Fatimah aka Mok Cun tak jadi bercerai...Tak mau dikaitkan dgn madu..

[Copy link]
Post time 7-10-2015 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Erma Fatima Tarik Permohonan Cerai, Enggan Lagi Layan Madu
PETALING JAYA: Pengarah filem Erma Fatima membuat keputusan menarik balik permohonan cerai yang dibuat  terhadap suaminya, Bade Azmi.

Erma berkata, dia membuat keputusan itu pada tiga minggu lalu selepas melihat kesungguhan Bade yang enggan bercerai dengannya.

"Saya tak jadi cerai. Keputusan itu dibuat pada tiga minggu lalu. Saya tengok Bade bersungguh-sungguh  mahu menjaga hubungan kami.

”Keputusan itu juga dibuat selepas suami bersungguh-sungguh desak saya tarik balik fail cerai itu. Apatah lagi sudah 27 tahun perkahwinan kami," katanya kepada mStar Online.

Erma ditemui pada majlis pelancaran konsert Ku Mohon di Equestarian Park Bukit Kiara di sini pada Selasa.

Kes berkenaan yang difailkan Erma pada awal Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Sepatutnya Erma dan Bade perlu hadir ke mahkamah pada Rabu (hari ini) dengan  membawa wakil lelaki dari kalangan keluarga atau pun kenalan terdekat bagi proses pendamaian.

Sementara itu, Erma berkata dia dan Bade sebenarnya tidak mempunyai masalah rumah tangga namun punca dia memfailkan cerai kerana masalah lain yang berkait dengan perkahwinan mereka.


"Kami tak bergaduh pun. Penceraian ini tiada kaitan dengan Bade, tetapi kerana masalah lain, ia mengganggu perkahwinan kami.

"Mungkin saya beri peluang pada diri dan Bade untuk menerajui kehidupan bersama. Saya harap perkara ini tidak akan berlaku lagi," ujarnya.

Dalam pada itu, Erma juga berkata dia membuat keputusan untuk tidak mahu masuk campur hal-hal berkaitan madunya.

"Dulu saya baik dan mesra dengan madu, tetapi saya rasa perkara itu tidak patut berlaku. Sekarang ini saya tak mahu masuk campur dan tidak mahu ada kaitan dengan madu saya lagi," tuturnya.

Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 51, dan Erma atau Farimah Rahmad, 47, bernikah pada 30 November 1990.

Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain berusia sembilan tahun.

Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat anak lelaki hujung tahun lalu yang bernama Jihad, berusia lapan bulan.

Terdahulu dalam satu temubual sebelum ini Erma dan Bade menafikan akan bercerai dan Bade menegaskan dia masih sayangkan Erma.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2015 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah bersatu kembali mokcun & suami.

Adakah madunya yg tamak haloba, nk bolot bade sorg2? Da untung da dpt bini tua baik mcm emma tu. Wlpn raut wajah kak erma lg nmpk garang tp xde plak die serang madunya. Siap dilayan mesra lg. Tu pon xreti nk appreciate. Huh ape pompuan la.....da la perampas!
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:26 AM | Show all posts
Alhamdulillah......, tidak jadi bercerai......
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:29 AM | Show all posts
debab ank bada comei
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah tak jadi cerai. Mungkin Kak Erma dah belajar byk perkara. Buat madunya, belajar2 lah jadi isteri no 2. You may get his body, but you can't control his heart n mind...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2015 08:35 AM | Show all posts
kalo dah perampas tu sedar2 lah diri..jgn ingat mcm kau cinta pertama pulak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2015 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. Masih kukuh lg ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
go mokcun go!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2015 08:43 AM | Show all posts
dasar pencaras gedik

bertahan la mok cun selagi boleh
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:48 AM | Show all posts
moga mokcun n pak bade boleh terus melayari bahtera rumahtangga

dan sebagai suami, lakukanlah tugas yang sepatutnya

berpoligami bukan mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Org yg suka pecah belahkn hubungan org bhaya dan kena hati2. Dia tk dpt buat cara fizikal nanti mulalah hati iblis yg tk puas hati guna cara kotor pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:52 AM | Show all posts
bagus la x bcerai.. yg no 2 tu sedar la diri ye
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:58 AM | Show all posts
"Dulu saya baik dan mesra dengan madu, tetapi saya rasa perkara itu tidak patut berlaku. Sekarang ini saya tak mahu masuk campur dan tidak mahu ada kaitan dengan madu saya lagi,"


Macam ada yang tak kena je dengan ayat dia ni.
Dia rasa dia tak sepatutnya baik dan mesra dengan madu.
Nampak sangat madu dia yang bermasalah dan kacau rumah tangga dia.
Bertabahlah Erma
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:59 AM | Show all posts
Alhamdulillah...harap2 yang no dua tu tak ganggu kak erma ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 09:00 AM | Show all posts
Bagus la.. semoga isteri kedua sedar yg si Bade tu hak bersama. Jaga hati masing2, jangan nak bolot sorang.

Ye la, nomot 2 je yg kononnya mampu bagi zuriat tapi apakan daya, mok cun tetap di hati pak bade.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 09:05 AM | Show all posts
kecian tengok mok Cun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2015 09:12 AM | Show all posts
hemmm ni la susah kalau hidup bermadu. yang sorg dah ok yg sorg buat perangai. amalkan lah sharing is caring baru hidup aman bahagia dunia akhirat. Insyallah. Suami tu bukan milik isteri, dia hanya pinjaman sahaja mcm semua benda kat dunia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 09:13 AM | Show all posts
mmg x sepatut nye bbaik pon

hati pompuan ni payah nak paham

luar lain dlm lain

mulut ckp lain, hati hendak yg lain

x jd bpisah, jgn meroyan yg ke2 udah la yer....

mok cun cam main psiko gak nih...

bagi panas ati hok satu lg
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi

Mok cun tu xde sambungan ke..mcm tergantung jah aritu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
silap2 aida yg brgado bsr gn bade..

sbb xnak ceraikn erma..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.656131 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list