Pelakon dan pengacara, Karl Shafek menjelaskan yang dia tidak mempunyai sebarang niat untuk memperlekehkan penyanyi Fynn Jamal.
Kelmarin, Karl dalam sebuah entri di laman Twitter miliknya mempersoalkan mengenai cara nyanyian Fynn.
Berikut merupakan Tweet yang ditulis oleh Karl:
"Sejujurnya, memang saya langsung tidak berniat untuk memperlekehkan atau menyinggung Fynn menerusi Tweet tersebut. Tweet itu adalah sekadar sebuah pertanyaan.
"Saya sendiri bukan orang muzik dan bukan orang yang terlibat dalam puisi, jadi itu merupakan pendapat saya sebagai pendengar radio," kata Karl kepada Portal Murai.
Mengakui yang dia baru mendengar lagu nyanyian Fynn di corong radio beberapa hari lalu, Karl pada mulanya tidak tahu lagu itu adalah lagu nyanyian Fynn.
"Saya buka radio dan saya mendengar lagu tersebut. Penyampai radio mengatakan itu lagu nyanyian Fynn dan ia merupakan kali pertama saya mendengarnya. Persoalan mengenai lagu tersebut bermain di fikiran saya dan saya memutuskan untuk Tweet perkara tersebut bagi mendapatkan jawapan.
"Tak sangka pula ramai yang 'bashed' saya sampai saya jadi takut untuk menyemak laman Twitter milik saya. Rupanya Fynn ada kelompok peminat yang sangat besar," katanya lagi.
Tidak mengenali Fynn secara peribadi, Karl memohon maaf di atas keterlanjurannya.
"Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada Fynn dan harap dia tidak berkecil hati dengan pertanyaan tersebut.
"Sebagai seorang pendengar radio yang mendengar lagunya, timbul pertanyaan apabila saya mendengar cara Fynn menyanyi tetapi saya mengakui yang bait-bait lirik tulisannya sangat hebat dan memberi maksud mendalam," kata Karl yang ditemui di majlis prebiu teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck di Istana Budaya sebentar tadi.
Memegang watak sebagai Aziz, ini merupakan penampilan sulung Karl di pentas Panggung Sari, Istana Budaya.
"Sebelum ini saya pernah berlakon beberapa naskhah teater di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pusaka. Sebelum ini juga, saya pernah berlakon dalam teater Maduku Kalut, tetapi hanya di pentas Lambang Sari. Menerusi teater ini, kali pertama saya bakal berlakon di pentas berprestij yang besar seperti Panggung Sari," kata Karl.
Diadaptasikan daripada novel dengan judul sama tulisan Hamka, Karl sendiri telah membaca novel ini sebanyak hampir tiga kali.
"Saya merupakan peminat kepada novel tulisan Hamka. Saya sendiri sangat teruja menanti hari pementasan tetapi dalam teruja saya, ada sedikit rasa kegusaran dan takut. Saya berharap agar semuanya berjalan lancar," katanya mengakiri perbualan.
Selain Karl, teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dibintangi oleh Nabila Huda, Amar Baharin, Syarul Ridzwan, Amyra Rosli dan ramai lagi. Bakal bermula pada 12 sehingga 18 Oktober, dapatkan tiket di www.airasiaredtix.com
Tak sbaar nak tunggu cycle peminat2 bbnu fynn ni matang
Dari pemerhatian aku, peminat fynn ni 89%mmg bbnu
Yang akan bertukar2la..
Bila dah matang, dah kurang obsesi nak back up2 bagai ni
Tapi terselit la yg jenis saiko2... (lagi 10%) yang termimpi2 fynn semua contoh anak misi tu
Hehe
Ni pun based on komen2 dr topic fynn sebelum ni
Mostly yg dah annoy dgn fynn ni smua follow fynn dr dulu lagi
N lama2 jadi annoy dgn dia
Bagi aku, mmg cr pasal la ko nak bash artis yg sekumpulan peminatnya bbnu
Mcm fynn, mia ahmad, ayda jebat ni
Budak2 ni mmg akan balas balik ...caci maki ko bagai
Same case dgn peminat ct nurhaliza dulu2
After beberapa tahun, bila dah matang
Barulah boleh masing2 nak menjentik ct..cakap ct selfie la..ct bam bam la..
Sbb yg bbnu2 dulu2 dah besar n bash ko sgt
Post time 6-10-2015 09:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Meluat dgr lagu fynn yg 150juta kali tu, xlogik langsung lirik dia, pastu lagu arjuna beta tu pun lirik pun pelik..lagu2 fynn mcm kesurupan setan je, xminatla retis syok sendiri ni
fynn ni puitis cegampang je kan.. *mode haters mula meluap, penat masuk rehab @cemolot helpppppp*
fynn ni jenis petik2 ayat je.... terus dicop sebagai puitis...adoiii....
ni dia dpt lagu dari malique, makin terkinja lah dia...konon dia mmg rasminya geng budak puitis... lagu levitasi trio fynn, kaka, n zizi nukilan. kenapalah dia nyanyi??????
puiiii la nak layan scene puitis kalau fynn lah pemuisinya!