CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17740|Reply: 95

Yay! Nelydia dan Qi Dah Putus!

[Copy link]
Post time 4-10-2015 12:40 PM | Show all posts |Read mode

Baru-baru ini, Nelydia Senrose dan juga kekasih hati, Qi Razali pernah diasak soalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan goyah apabila masing-masing meluahkan perasaan di sosial media. Namun mereka menafikan sekerasnya perkara tersebut, sehinggalah Nelydia membuka cerita sebenar mengenai mereka di Kosmo!

BACA: Qi Razali, Nelydia Senrose Kini Sudah Putus Cinta?

“Terus terang, buat masa ini saya selesa bersendirian dan tidak mahu fokus fasal cinta. Kalau boleh, saya mahu buat keluarga bangga dengan pencapaian dalam kerjaya sebelum melangkah ke fasa seterusnya baik dalam alam perkahwinan ataupun perkara lain yang bakal saya ceburi”

“Saya sedar sebelum ini banyak cerita yang mengatakan saya sedang dalam persiapan untuk mendirikan rumah tangga tetapi sebenarnya tidak ada-apa perancangan yang dilakukan. Berilah saya peluang untuk fokus kepada diri terlebih dulu”

“Saya tidak kisah jika cinta hadir kemudian. Apa yang paling penting sekarang ini saya mahu sayangkan diri saya dulu. Ini bukan bermakna saya pentingkan diri sendiri tetapi saya mahu meletakkan diri saya di satu tahap yang berbeza supaya orang lain tidak mudah memperkotak-katikkan diri ini,” kata Nelydia menjelaskan segalanya.

Selain itu, Nelydia yang sebelum ini sudah menjalin cinta hampir tiga tahun bersama Qi enggan mendedahkan perkara sebenar yang menjadi penyebab perpisahan mereka.

Apa pun dia tidak menolak jodoh jika mereka sememangnya sudah ditakdirkan bersama – okay ini jawapan cliche. Apa pun, semoga Nelydia mahu pun Qi dapat mengejar impian masing-masing. (rtky/s)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2015 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Jodoh Qi mungkin bkn retis kot.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 12:44 PM | Show all posts
dah agak dah uols.

kalu takde angin takkan la pokok nak goyang badan dia sendiri.haih

siap dah upload2 quote bagai.

takpelah
bertabah la
nely masih muda bak hanggggggg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2015 12:45 PM | Show all posts
Penjelasan Nelydia dalam Kosmo:


PERTEMUAN Sensasi Bintang bersama Nik Nelydia Senrose Nik Sen pada Rabu lalu tidak sukar untuk diatur. Pelakon muda itu sudi meluangkan masa di sebalik kesibukannya menjalani sesi penggambaran drama bersiri Lara Terindah yang bakal ditayangkan di slot Ratu di TV9.

Bersua muka di Hotel Butik Bagasta yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur, lokasi tersebut memberi ruang kepada figura yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu bercerita tentang kisah kerjaya serta percintaan yang sering melingkari hidupnya.

Di sebalik riak wajah ceria ketika melakukan sesi fotografi, hati wanita berusia 21 tahun itu sebenarnya sedang dirundung kesedihan yang tidak mampu ditahan. Perlahan-lahan air mukanya berubah dan diselubungi rasa kecewa, tatkala ditebak soal cinta yang bukan lagi satu rahsia bagi umum.

Siapa sangka kebahagiaan yang diidamkan sehingga ke jenjang pelamin bersama jejaka pilihan hati seakan-akan menemui garisan penamat. Meskipun sebelum ini hubungan mereka pernah dikatakan bergolak, pelakon yang popular menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut bagi menyelamatkan hubungan mereka.

Bagaimanapun, gelodak yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum tidak mampu dipendam lagi apabila Nelydia akhirnya membuka mulut mengenai hubungan cintanya bersama pelakon Qi Razali, 38.

Dia mengakui, cinta serta kasih yang disulam selama hampir tiga tahun tidak dapat diteruskan selepas masing-masing membawa haluan sendiri baru-baru ini.

“Terus terang, buat masa ini saya selesa bersendirian dan tidak mahu fokus fasal cinta.

“Kalau boleh, saya mahu buat keluarga bangga dengan pencapaian dalam kerjaya sebelum melangkah ke fasa seterusnya baik dalam alam perkahwinan ataupun perkara lain yang bakal saya ceburi.

“Saya sedar sebelum ini banyak cerita yang mengatakan saya sedang dalam persiapan untuk mendirikan rumah tangga tetapi sebenarnya tidak ada-apa perancangan yang dilakukan.


NELYDIA tidak mahu memikirkan soal cinta buat masa ini dan hanya memberi fokus kepada kerjaya seni.

“Berilah saya peluang untuk fokus kepada diri terlebih dulu. Saya tidak kisah jika cinta hadir kemudian. Apa yang paling penting sekarang ini saya mahu sayangkan diri saya dulu. Ini bukan bermakna saya pentingkan diri sendiri tetapi saya mahu meletakkan diri saya di satu tahap yang berbeza supaya orang lain tidak mudah memperkotak-katikkan diri ini,” jelas Nelydia secara eksklusif kepada Sensasi Bintang.

Kunci mulut

Ditanya mengenai punca keretakan hubungannya dengan Qi, adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu bagaimanapun enggan membuka mulut sebaliknya mahu kisah yang berlaku kekal menjadi rahsia antara mereka berdua.

Andai takdir sudah tertulis bahawa jejaka yang pernah bertakhta di hati pelakon itu merupakan jodohnya, Nelydia tidak akan sesekali menolak.

“Kalau sudah jodoh dengan dia, saya terima ketentuan yang sudah tertulis, cuma sekarang, saya lebih selesa bersendirian memandangkan saya masih muda dan banyak lagi impian yang belum terlaksana,” jelas Nelydia.

Karier lakonan

Meninggalkan kisah peribadi, tentunya fokus wanita ini tentang kariernya. Cukup terkenal sebagai anak seni yang berkaliber, Nelydia diajak berbicara tentang susur seninya yang semakin mencanak naik apabila dinobatkan sebagai Pelakon Filem MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era pada Februari lalu.

Kata anak ketiga daripada tujuh adik-beradik itu, dia sentiasa mengharapkan pembaharuan dalam kerjaya seni lakonan yang diceburinya selama ini.

Bukan mahu merungut atau menyalahkan mana-mana pihak apabila sering ditawarkan watak hampir sama dalam setiap drama yang dibintangi tetapi dia akan berasa lebih seronok sekiranya mendapat naskhah yang mampu mencabar kredebilitinya sebagai seorang aktres.

“Saya percaya, tidak ada seorang pelakon pun yang gemar menjayakan watak yang sama berulang kali. Terus terang, saya akan lebih seronok kalau dapat mencabar diri untuk melakukan sesuatu perkara baharu dalam dunia lakonan.

“Bukan bermakna saya mahu watak yang diberikan itu berubah secara total, tetapi biarlah setiap karakter yang dibawakan itu berbeza supaya orang luar tidak melabel saya dengan watak yang sama saja.


SEDAR tak sedar, Nelydia sudah hampir lapan tahun terbabit dalam dunia seni.

“Lagipun saya bimbang, jika terlalu selesa membawakan karakter sama nanti apabila cabaran lain datang saya takut untuk menggalasnya,” terang Nelydia yang tidak pernah berhenti berusaha untuk mendapatkan tawaran lakonan yang mencabar dirinya.

Kedudukan

Tambahnya, meskipun sudah bergelumang dalam dunia lakonan sejak berumur 13 tahun, namun dia tidak sesekali berasa selesa dengan kedudukan dikecapinya. Pelakon yang mula dikenali umum menerusi drama Setia Hujung Nyawa itu sedar perjalanannya masih jauh dalam menstabilkan kedudukannya sebagai pelakon.

“Sejujurnya, saya tidak pernah berasa selesa dengan pencapaian yang dikecapi hari ini. Jujur saya katakan, tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada ini begitu sahaja kerana bimbang apabila sudah mencecah umur 40-an nanti, tiada apa yang saya lakukan dalam industri seni ini dan semuanya sudah terlambat.

“Bagi saya, ketidakselesaan itu perlu untuk terus bergerak maju ke depan, selain tidak memikirkan tentang umur yang masih muda. Masa itu berjalan pantas dan kita tidak akan selamanya berada di posisi sama. Jadi masa yang ada inilah, saya perlu lakukan sehabis baik untuk menjadi pelakon berkualiti,” katanya yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Lara Terindah bersama pelakon baharu, Nazrief Nazari.

Melanjutkan perbualan mengenai gandingannya bersama pelakon baharu dalam drama bersiri terbaharu itu, Nelydia yang memegang watak sebagai Elena berkata, dia tidak pernah ada sebarang masalah untuk berlakon bersama pendatang baharu biarpun dia sering digandingkan dengan pelakon lelaki yang mempunyai nama besar sebelum ini.

“Saya tidak pernah ada masalah berlakon dengan pelakon baharu atau lama. Saya anggap dengan siapa saja digandingkan, saya akan mendapat pengalaman dan pelajaran baharu,” tutup Nelydia.



Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
So Qi Razali the next Hans Isaac? Welcome to Bujang Sampai Kertu Club
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nely putus di saat sharnaaz dah ada buah hati hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2015 12:57 PM | Show all posts
..kalau Qi kawen lepas SPM dulu mungkin anaknya dah sebaya dgn Nelydia.. bezanya umoq depa.  tapi Qi tak la nmpk kertu sgt.. Nelydia nmpk matured..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 12:59 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 4-10-2015 12:46 PM
So Qi Razali the next Hans Isaac? Welcome to Bujang Sampai Kertu Club

pelapis kekdahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2015 01:02 PM | Show all posts
dahlamadah.. replied at 4-10-2015 12:57 PM
..kalau Qi kawen lepas SPM dulu mungkin anaknya dah sebaya dgn Nelydia.. bezanya umoq depa.  tapi Qi ...

ok....bolehla pasni chi berlakon watak daddy2 pada nelly
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dahlamadah.. replied at 4-10-2015 12:57 PM
..kalau Qi kawen lepas SPM dulu mungkin anaknya dah sebaya dgn Nelydia.. bezanya umoq depa.  tapi Qi ...

Qi nmpk muda dari umur sbnr. Kalau tak silap heols tua 10 tahun dari exgf, Yuna. Yuna lahir 86... Heshe 76... Thn ni dh 39 thn
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 01:05 PM | Show all posts
jijiezie replied at 4-10-2015 12:55 PM
Nely putus di saat sharnaaz dah ada buah hati hehe

x payah la nely ngn shanaz ..

better lg nely ngn qi .. to be honest

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.... elok lah putus. Menyampah aku ngn laki gedik mengada mcm si qi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 01:12 PM | Show all posts
qi ni settle down je la dgn akan tudung paritdah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nelly ni nak sbg study kat aussie kan
Mungkin goals berbeza
Sorang nak settle down
Sorang nak kejar cita2 dl
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 01:20 PM | Show all posts
ada can lah nak masuk jarum ni, aku geram tgk awek muda muka matang macam dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 3 tahun ke dorang bercinta? Macam baru je lagi putus dengan yuna.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2015 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa Qi dah rasa nak kawin sangat kot. Nelly masih belum sedia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
jijiezie replied at 4-10-2015 12:55 PM
Nely putus di saat sharnaaz dah ada buah hati hehe

Exactly what i'm thinking now.  Kalo x sepadan sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
pasti ada bbnu tengah feeling2 masjebat kembali berputik

siap doa tak tinggal after shalat utk masjebat
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 02:05 PM | Show all posts
beta_carotene replied at 4-10-2015 01:49 PM
pasti ada bbnu tengah feeling2 masjebat kembali berputik

siap doa tak tinggal after shalat  ...

so cheesy la si pengamin2 itew
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.144262 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list