Pesawat pengangkut AS terhempas, 12 terkorbanC-130 Hercules telah digunakan oleh tentera Amerika sejak tahun 1950-an dan menjadi tulang belakang dalam operasi di Afghanistan, sama ada membawa penumpang atau kargo.-Foto CROWN COPYRIGHT/The Telegraph
[size=100%]JALALABAD (Afghanistan), 2 Oktober:Pesawat pengangkut C-130 Amerika Syarikat terhempas di lapangan terbang Jalalabad, Afghanistan dengan mengorbankan 12 orang, menurut pegawai pada Jumaat.
Bandar ini terletak berhampiran dengan sempadan timur dengan Pakistan, kawasan yang terdedah kepada serangan Taliban.
Menurut jurucakap tentera Amerika Syarikat, lima orang anak kapal pesawat bersama-sama dengan lima penumpang, yang terdiri daripada orang awam meninggal dunia.
Sementara itu, dua orang awam Afghanistan terbunuh di atas tanah, dengan dilaporkan Kol Brian Tribus kepada NBC News yang dipetik daripada The Telegraph, selain tiada aktiviti musuh di kawasan tersebut pada masa itu.
C-130 Hercules, pesawat turboprop empat enjin, telah digunakan oleh tentera Amerika sejak tahun 1950-an dan menjadi tulang belakang dalam operasi di Afghanistan, sama ada membawa penumpang atau kargo.
Lapangan terbang Jalalabad dikendalikan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan merupakan salah satu tapak pendaratan yang digunakan oleh pesawat Amerika.
therakyatpost
|