CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7627|Reply: 93

[Jenayah] Hari ini hari penentuan bagi Khir Toyo

[Copy link]
Post time 29-9-2015 07:25 AM | Show all posts |Read mode
Hari ini, 3:16 am





Mahkamah Persekutuan akan menjatuhi hukuman ke atas bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo, 50, hari ini.

Mahkamah dijangka membuat keputusan itu pada jam 1.30 tengah hari.

Pada 22 September, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengekalkan sabitan terhadap Dr Khir tetapi menangguhkan keputusannya berkaitan hukuman kepada 29 September.

Dr Khir, bapa kepada enam orang anak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan atas pertuduhan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007.

Mahkamah Persekutuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi supaya hartanah terbabit dilucuthak dan diserahkan kepada kerajaan.

Doktor gigi itu membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 30 Mei 2013.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir bersalah kerana memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Disember 2004.

Bekas ADUN Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Dr Khir, yang merupakan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selasa lepas, semasa merayu agar hukuman diringankan, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr Mohamad Khir, memohon mahkamah supaya tidak menjatuhi hukuman penjara terhadap anak guamnya, sebaliknya mengenakan denda atau memerintahkannya supaya melaksanakan program khidmat masyarakat.

Muhammad Shafee memperjelaskan bahawa anak guamnya memberi jaminan bahawa beliau bersedia untuk melaksanakan khidmat masyarakat bagi tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah dengan memberi perkhidmatan pergigian percuma kepada penduduk miskin.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar pula berkata program khidmat masyarakat tidak sesuai bagi kesalahan seperti itu.

Ini kali pertama program khidmat masyarakat dicadangkan sebagai menggantikan hukuman penjara bagi kesalahan seperti itu.

- Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2015 07:38 AM | Show all posts
curi susu tepung - 2 tahun penjara
terima derma 10juta - penjara setahun
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga anak toyol mendapat cash
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 08:37 AM | Show all posts
Double standard punishment

just wait & see judge decision
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 08:41 AM | Show all posts
corruptors must be punish to the maximum extent of the law...mane2 bangsa pun sama, mane2 agama pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 08:45 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 29-9-2015 07:38 AM
curi susu tepung - 2 tahun penjara
terima derma 10juta - penjara setahun

betapa undang2 dunia tak adil.....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2015 08:48 AM | Show all posts
krustykrab replied at 29-9-2015 08:45 AM
betapa undang2 dunia tak adil.....

x yah sebut doniya
sebut je di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 08:54 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 29-9-2015 08:48 AM
x yah sebut doniya
sebut je di malaysia

tak nak sebut msia...sbb undang2 tu manusia yg buat dan di mana2 negara sebegitu jugalah keadaanya....
manusia mmg tak sempurna, Allah saja yg sempurna

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2015 08:56 AM | Show all posts
krustykrab replied at 29-9-2015 08:54 AM
tak nak sebut msia...sbb undang2 tu manusia yg buat dan di mana2 negara sebegitu jugalah keadaanya ...

di malaysia, golongan pemerintah ego anggap merekalah PENENTU segalanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 09:00 AM | Show all posts
harap dijatuhkan hukuman yg setimpal...

jgn dipengsan pulak bila dengar keputusan hakim.... maklum bulan lepas kebetulan sehari sebelum sebutan kes pun dh pengsan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 09:31 AM | Show all posts
isshhh..yg sebelah tu menjeling bukan main..

ada ker hukuman camtu dicadangkan..
adoiiii..pe nak jadi..
adil sungguhhhh malaysia niii...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 09:38 AM | Show all posts
Aku lebeh suka dapat rawatan gigi percuma dr dia dihukum penjara
Ada jgk faedah nya bagi ummah pprt mcm aku dari menghoretkan dia masuk penjara
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 10:11 AM | Show all posts
Kasihan Dr Khir. Dunia ni mmg tak adil utk beliau.

Tiada paksaan utk penjual banglo itu utk menjual murah. Semuanya sbb kerelaan dan persetujuan kedua-dua pihak penjual dan pembeli.

Semoga Allah membalas penderitaan Dr Khir di dunia yg tidak adil ini dengan ganjaran pahala di akhirat kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 10:15 AM | Show all posts
tulah lain kali jangan bagi hadiah penyapu kat orang...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 10:34 AM | Show all posts
Pengsan pulak dia hari ni....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 10:44 AM | Show all posts
akusukaq replied at 29-9-2015 09:38 AM
Aku lebeh suka dapat rawatan gigi percuma dr dia dihukum penjara
Ada jgk faedah nya bagi ummah ppr ...

sekali dia tetapkan yang layak dan dikatakan miskin adalah mereka/isi keluarga yang berpendapatan rm500 ke bawah..ko layak tak nak dapat rawatan percuma tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2015 11:01 AM | Show all posts
dah keluar hukuman belum?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Penjarakan je atok muka bengkak ni.
Sedap lah hidup rakyat marhaein amik rasuh rm100
Kena hukuman,kalau dia amik juta2 xdpt hukuman pape.
Undang2 dunia xadil..kalau aku bio je org gini mereput
Hingga kendur muka botox tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 11:14 AM | Show all posts
Orang yang menjual murah2 tu sampai sekarang jadi kontraktor untuk MB Slangor.

Renung-renungkanlah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 11:14 AM | Show all posts
padan muka...sapa suruh ambik rasuah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.077191 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list