CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4977|Reply: 13

[Tempatan] Peniaga di Pandan Safari Shopping Complex dakwa ditipu

[Copy link]
Post time 28-9-2015 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga di Pandan Safari Shopping Complex dakwa ditipu
Mohamad Fadli
| September 28, 2015

Peniaga menerima notis pemotongan elektrik tetapi mendakwa telah membuat pembayaran kepada pihak pengurusan.



KUALA LUMPUR: Beberapa peniaga di Pandan Safari Shopping Complex di Pandan Perdana mendakwa ditipu oleh pihak pengurusan pusat beli belah itu melibatkan pembayaran bil elektrik dan sewa kedai.

Peniaga terbabit mendakwa akibat penipuan itu mereka telah menerima notis pemotongan elektrik daripada Tenaga Nasiobal Berhad (TNB).

“Sejak beroperasi tahun 2010, kedai saya antara menjadi mangsa penipuan oleh pihak pengurusan.

“Apa yang menjadi isunya adalah bil elektrik dan sewa kedai yang dibayar tidak mempunyai rekod pembayaran oleh pihak pengurusan.

“Ini menyebabkan kami keliru sama ada perlu membayar kos itu atau tidak… Kerana jika kami bayar, tetapi kedai saya dapat notis pemotongan elektrik oleh TNB.

“Jika kena potong elektrik, macam mana nak teruskan operasi kedai saya?,” kata Pengurus Kedai Aircond, Ooi Chee Wah.

Sementara itu, pekerja kedai pengiklanan, Hafiz Zainuddin mendakwa walaupun sudah membayar bil elektrik, namun di dalam rekod pihak pengurusan menunjukkan tiada pembayaran dibuat.

“Disebabkan itu saya menjadi keliru untuk meneruskan pembayaran bil itu atau tidak.

“Saya mampu bayar, tetapi saya ingin tahu ke mana duit yang saya telah bayar selama ini.

“Diharap pihak pengurusan dapat membuat penjelasan agar kami tidak merasa terus ditipu,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan DUN Teratai, Ben Liew Pok Boon berkata , dia akan membawa isu berkenaan kepada Majlis Pembandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi menyelesaikan masalah peniaga berkenaan.

“Kita beri tempoh sebulan kepada pihak pengurusan.

“Sekiranya tidak ada penyelesaian, kita akan membuat sesi dialog antara peniaga dan pihak pengurusan pusat beli belah ini bagi menjelaskan masalah yang dihadapi antara semua pihak yang terlibat,” katanya.

smbr

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2015 04:44 PM | Show all posts
wahhhh jahatnya diorang!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 04:44 PM | Show all posts
kedai2 kat sini dah mcm hidup segan mati x mau....dulu ada econsave, pun dah tutup....

pasaraya kat 1shamelin tu pun dah mcm tu la jugak, tmpt tak strategik, ada ka pasaraya kat tingkat atas, org nak shopping pun rasa x best, kalau kat area KL tu ok la jugak ramai orang
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 05:47 PM | Show all posts
hidup lagi ke pandan safari ni??
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Haunted place.. masuk situ.. seram je kan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 28-9-2015 04:44 PM
kedai2 kat sini dah mcm hidup segan mati x mau....dulu ada econsave, pun dah tutup....

pasaray ...


1Shamelin tu sendunya. Aku tgk wayang je kat sini sebab jln kaki tak perlu bersesak tgk wayang kat KL. 5 minit je jln kaki dr rmh aku ke 1Shamelin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2015 06:23 PM | Show all posts
Dulu kan Safari Lagoon tu ade kes kematian kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 28-9-2015 06:23 PM
Dulu kan Safari Lagoon tu ade kes kematian kan?

Lps kes mati tu baru sume tahu safari park tu takde lesen meniaga
Bongoknya MPAJ nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2015 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 28-9-2015 06:19 PM
1Shamelin tu sendunya. Aku tgk wayang je kat sini sebab jln kaki tak perlu bersesak tgk wayang k ...

Mmg pun sendusesendunya...tgv tu pun berapa kerat je penontonnya...aku slalu htr anak aku dgn geng dia tgk wayang situ...
Aku kasi 6 bulan lg utk supermkt tu....hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 08:36 PM | Show all posts
krustykrab replied at 28-9-2015 08:23 PM
Mmg pun sendusesendunya...tgv tu pun berapa kerat je penontonnya...aku slalu htr anak aku dgn geng ...

Supermarket tu mcm hidup segan mati tak mau. Aku tak faham sungguh dgn mall ni. Dah siap tp takde kedai pun yg buka. Yg ada pun kedai2 sendu. Even Gorgeous Gym tu pun dah pindah gi Viva Mall. Klu tengok bangunan ni, spec tak lengkap. Mgkn psl tu CF tak lulus kot.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ramai x byr sewa
Kedai lak x byk
Mmg perit nk byr tnb

Smpai thp merayu ngan TNB
Pergh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 28-9-2015 10:19 AM
1Shamelin tu sendunya. Aku tgk wayang je kat sini sebab jln kaki tak perlu bersesak tgk wayang k ...

kedai makan tepi jalan depan food court cina tu local atau foreigner punya?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
chaintea replied at 28-9-2015 12:52 PM
Kalo ramai x byr sewa
Kedai lak x byk
Mmg perit nk byr tnb

takut ada org dtg menyamar pakai nama pengurusan. atau bekas ex staff managment ambil duit pastu xde resit...xde hitam putih
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 22-1-2016 10:59 PM
kedai makan tepi jalan depan food court cina tu local atau foreigner punya?

Cuna lokal ada cina dr tanah besar pun ada. Tp 1shamelin management china mainland yg pegang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.970466 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list