|
Edited by hanamunir at 27-9-2015 02:36 PM
Kota Bharu - Angkara lelaki hidung belang, sepasang kekasih dipaksa membayar RM1000 untuk menutup malu bagi mengelakkan video seks pasangan itu yang dirakam secara paksa disebarkan kepada awam di sini, petang kelmarin.
Sebelum kejadian, mangsa bersama tunangnya yang menaiki motosikal melalui laluan pintas di kampung Aril untuk pulang ke Peringat. Pasangan itu kemudiannya berhenti memandangkan teman lelaki wanita berkenaan hendak membuang air kecil.
Namun, secara tiba-tiba, datang seorang lelaki membawa parang panjang mengugut teman lelaki wanita itu dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Bagaimanapun, apabila diminta kad kuasa polis, lelaki itu enggan menyerahkannya dan mengugut mangsa supaya melakukan hubungan seks dengan tunang jika tidak pasangan lelaki akan ditetak.
Akibat takut dengan suspek, mangsa terpaksa melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya dan ia dirakam suspek melalui kamera video telefon bimbit. Selepas selesai rakam,suspek meminta RM1000 dari mangsa sekiranya tidak mahu video tersebar.
Mangsa takut dan suspek beri mangsa sehingga jam 10 malam dan turut merampas kad pengenalan dan telefon bimbit mangsa termasuk lesen memandu milik tunang mangsa. Atas maklumat yang diterima polis, suspek berjaya ditahan polis juga pada hari kejadian dan telefon bimbit, kad pengenalan mangsa serta lesen memandu milik teman wanitanya dirampas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Setapa Yusoff berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 384KK, Seksyen 506 KK dan Seksyen 170KK.
Sumber: Sinar Harian
P/s: hauk nye wartawan ni, kejap tunang, kejap teman lelaki, kejap teman wanita..
untung jua si teman lelaki, dapat merasa walau terpaksa..
|
|