CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5223|Reply: 52

Membaca Al-Quran boleh melahirkan genius

[Copy link]
Post time 27-9-2015 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang kita .

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.
Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad.

P/S  Mengundang kakak2 anti-islam untuk     memberi sepatah dua kata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2015 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sis @Changa   @famri7  apa lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 11:49 AM | Show all posts
kalau dah diajar untuk berdisiplin, memanglah boleh Berjaya. teda kaitan pun dengan baca al-quran atau tak sis. bukannya kau lahir2 bawak DNA IQ 70 jah bila baca al-quran terus IQ kau mencanak 300 terus sis.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
X kaitan...jgn mengada2.....

Genius pn dri segi apa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2015 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 27-9-2015 03:49 AM
kalau dah diajar untuk berdisiplin, memanglah boleh Berjaya. teda kaitan pun dengan baca al-quran at ...

Ye la sis edee.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 11:55 AM | Show all posts
biosfree replied at 27-9-2015 11:53 AM
X kaitan...jgn mengada2.....

Genius pn dri segi apa...

genius dari segi menjaga aurat oranglah pun kot sis?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-9-2015 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
biosfree replied at 27-9-2015 03:53 AM
X kaitan...jgn mengada2.....

Genius pn dri segi apa...

Sis ...itu pandangan peribadi beliyau beserta supporting argument kan....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk je dah tau....tt saja nak ngade...buat hal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2015 12:03 PM | Show all posts
edee_91 replied at 27-9-2015 11:49 AM
kalau dah diajar untuk berdisiplin, memanglah boleh Berjaya. teda kaitan pun dengan baca al-quran at ...

setuju dgn komen anda tu

ada yg kata jika baca ayat tu ni
rumah tak masuk jin dan pencuri
masuk juga

kat masjid tu ribuan baca ayat tu ni
tabung masjid kena curi juga.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 12:07 PM | Show all posts
baca quran tu betui lah... tp kot ngadap quran sepanjang masa tak jadi jugak kalau tak mengadap buku pelajaran yg nak pereksa tu... kena ngadap buku yg nak pereksa dulu kemudian baru ngadap quran; quran itu ibarat doa kitalah!
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Menda2 cmni perlukan pembuktian secara saintifik bukan sekadar melalui pemerhatian dan testimoni2 ciptaan saja. Artikel2 mcm nilah yg buatkan non muslim memandang rendah dan mempermainkan ajaran islam. Tpi puak2 ni kalau ditegur sikit, terus sentap cam fonen lorong, dikatanya kita anti islam atau mencabar islam. Terserlah kebodohan diri
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis @Modngengade mana source artikel sundel ni? Nk cakap sis tulis sendiri mcm impossible
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
baca terjemahan. bukan baca berlagu dalam pertandingan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 12:15 PM | Show all posts
student cina india yg blajo pandai pon baca quran rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab ni lah wujudnya air ada bacaan ayat tu ayat ni lah..kismis dah dibaca dgn ayat mcm2..masa nak periksa mak ayah bawa jumpa ustaz bacakan air and pensel and eraser ruler etc semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2015 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmm....berjimba ummah memberikan respond
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2015 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 27-9-2015 04:09 AM
Menda2 cmni perlukan pembuktian secara saintifik bukan sekadar melalui pemerhatian dan testimoni2 ci ...

Boleh sis berikan pembuktian saintifik yg tuhan tu wujud
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 12:31 PM | Show all posts
Modngengade replied at 27-9-2015 12:27 PM
Boleh sis berikan pembuktian saintifik yg tuhan tu wujud



Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 12:36 PM | Show all posts
mzzenma replied at 27-9-2015 12:22 PM
Sebab ni lah wujudnya air ada bacaan ayat tu ayat ni lah..kismis dah dibaca dgn ayat mcm2..masa nak  ...

yang part kismis dengan bacaan ayat2 al quran tu elok bagi dekat @mommymonster .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.302455 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list