CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4926|Reply: 30

Anak Tak Sah Taraf

[Copy link]
Post time 25-9-2015 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua warga forum.

Dipendekkan cerita dan ingin minta pandangan/nasihat warga forum sekalian.

-Mengandung anak luar nikah
-Bernikah (dengan lelaki yang sama) semasa kandungan 2bulan
-Boleh atau tidak anak itu di bin/binti bapanya
-Apa hukum auratnya
-Bila besar (jika anak perempuan) nak nikah boleh bapa jadi wali atau tidak

Sekian.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2015 04:03 PM | Show all posts
Anak Tak Sah Taraf
Muzakarah Munakahat

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

a. Anak Tak Sah Taraf ialah:

Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.

Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).
b. Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/anak-tak-sah-taraf

Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah)
1981/1/2 Muzakarah Munakahat

KeputusanEnglish VersionArabic Translation
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang bersidang pada 28 - 29 Jan 1981 telah membincangkan Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah). Muzakarah telah memutuskan bahawa anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa- ... raf-anak-luar-nikah





Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 04:16 PM | Show all posts
Kesian anak tak saf taraf, mereka menanggung hukuman dan malu seumur hidup kesalahan yang mereka TIDAK lakukan, yang berzina ibu dan bapa mereka tetapi mereka yang tanggung akibat seumur hidup. Adakah golongan agamawan yang pegang kuasa fatwa nak tunjukkan Islam sebegini zalim? Sebab tu aku lebih suka fatwa dari jabatan mufti negeri perlis yang memudahkan dan menyelamatkan "anak tak saf taraf" yang TAK bersalah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 04:50 PM | Show all posts
walaupun majlis agama kata boleh dibin/bintikan dengan pembenih pada kandungan sekian-sekian waktu, tapi awak sendiri maklum anak itu tetap anak tidak sah taraf..
dibin/bintikan dengan pembenih sekadar tutup malu dengan manusia.. malu dengan tuhan?
bila dibin/bintikan dengan pembenih, awak perlu ingat..
jika anak perempuan tidak sah taraf diwalikan oleh pembenih, apa akan jadi nasab keturunan akan datang?
kita pandang ringan benda ni semua kan..
kesannya kita tak rasa sekarang.. tapi akan datang..
banyak cara untuk kita tutup malu dengan manusia..
bagi nama anak, awak sekalikan saja dengan nama suami tanpa bin/binti..
contoh bagi nama anak aminah, nama suami ali..
letak je nama aminah ali..
JPN boleh terima permohonan macam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 05:22 PM | Show all posts
kandungan usia bawah 6 bulan masih boleh di binkan pada ayah

tapi si ayah tak boleh mewalikan anak tersebut

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 05:44 PM | Show all posts
"Dan tidak juga Dia buatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu ... Serulah (panggil) mereka mengikut bapa-bapa mereka yang sebenar; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak tahu siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan" (33:4-5).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2015 05:47 PM | Show all posts
cammie1711 replied at 25-9-2015 05:22 PM
kandungan usia bawah 6 bulan masih boleh di binkan pada ayah

tapi si ayah tak boleh mewalikan ana ...

ada rujukan ke pada hal ini?

saya tak mahu komen apa apa sebab NASAB adalah sesuatuyg amat amat penting dalam islam sebab ia libatkan dosa besar kecil


Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 05:48 PM | Show all posts
shazaz replied at 25-9-2015 05:44 PM
"Dan tidak juga Dia buatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu ... Serulah (panggil) me ...

interesting tolong huraikan dengankonteks dan tafsiran ayat ni.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2015 05:51 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 25-9-2015 04:50 PM
walaupun majlis agama kata boleh dibin/bintikan dengan pembenih pada kandungan sekian-sekian waktu,  ...

Apa la punya samdol...hang ingat hang tuhan kah...Jgn lah buat naya dekat budak tu..bukan salah dia untuk labelkan dia anak sah kah atau tak sah sebab dia tetap anak pasangan suami isteri tu..Pasai masalah kahwin tu takdak masalah...tak perlu nak aibkan dia waktu nak menikah..aswj suka aibkan orang...tak perlu nak dedahkan anak tu anak di luar nikah...kalau di jaga betul2 budak tu boleh jadi org yg berguna....kalau dari kecil2 dah bagi lingkup self esteem dia ..besar nanti jadi bangsat mcm kau kut...Nabi Ibrahim bapa dia tukang buat berhala...dia tu anak luar nikah kah....nabi muhammad mak pak dia aswj kah?...nabi kahwin dgn siti khadijah sebelum jadi nabi...ank nabi dengan siti khadijah tu anak sah tarafkah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 05:56 PM | Show all posts
.apabila nabi isa dilahirkan takpun di bubuh Isa bin Abdullah..tapi isa putera mariam...tak caya cek sini :-2:87, 2:253, 3:45, 4:171, 5:46, 5:78, 5:110, 5:114, 5:116, 19:34, 33:7, 57:27, 61:6 dan 61:14...

Allah jadi Adam tanpa ibu dan bapa...Alah jadikan Isa tanpa Bapa...itu kuasa Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 05:58 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 25-9-2015 04:50 PM
walaupun majlis agama kata boleh dibin/bintikan dengan pembenih pada kandungan sekian-sekian waktu,  ...

tu lah bagi orang islam yg memahami betapa beratnya hukum nasab ni dan betapa jitu proses nak keluarkan fatwa ni sebab nak produce satu bentuk fatwa ni bukan main ikut suka ikut suka sesiapa, kan?

ia berdasarkan nas dan pendapat , sebab kita nampakmacam pendapat tu macam strict tapi satu aspek yg lain ini sebab nak pelihara sesuatu yg menjadi tunjang dalam aspek islam dan penganutnya akan kesejahteraan keturunan tu - maqasid syariah tu...memang boleh saja kita labelkan itu ini
tapi saya setuju dengan awak - yg macam mana pun nak tutupi HAKIKAT yg anda itu hasil dari zina, kan?

ia akan affect ( harta tu tak kisah sangat sebab ia boleh anak tu cari atau milik dengan ikhtiar ) tapi tang munakahat - atau waktu dia nak menikah ....bukan ?
tang tu akan ' kacau' sikit dan ' kalaulah anak tu tahu ' ketika dan masa itu , hmmm....

sebab ini saya dengar dari ustaz  atau jurunikah yg handle kursus perkahwinan - in 2012 Mac...
sekarang ada juga yg check sijillahir anak tu atau pemohon dengan sijil nikah ibu bapa dan depa kena buat calculation - menurut ustaz tu ada satu kes di mana tarikh lahir atau tempah kehamilan ibu kepada pemohon yg nak menikah tu tak sama...tak match ...so depa slow talk dengan parents dan anak...

maka .....masa tu berderailah air mata habis dimarah ibu bapa sampai  ustaz yg bagi ceramah tu habaq depa kena tegur anak tu sebab jgn biadab - sebba? ibu tetap ibu ...tapi....masa tu  kesianlah baru tahu langit tinggi rendah...



Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 06:01 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 25-9-2015 05:48 PM
interesting tolong huraikan dengankonteks dan tafsiran ayat ni.

Agar manusia dapat  menolong anak-anak yang malang itu untuk dijadikan anak-anak angkat. Ini dapat mengelakkan anak2 tersebut dari di bunuh atau masuk dalam bakul sampah,lubang jamban dsbnya...
Allah tidak sesekali menghukum anak yg tidak berdosa. Tuhan yang berkuasa atas segala sesuatu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 06:02 PM | Show all posts
shazaz replied at 25-9-2015 05:51 PM
Apa la punya samdol...hang ingat hang tuhan kah...Jgn lah buat naya dekat budak tu..bukan salah di ...

boleh anda sertakan dalil dan konteks .

sebab - ini soal agama so - kita bincang sikit sebab tang hal nasab ni penting.

kita tak payah label ASWJ ke ape...

saya nak tengok kekuatan pendapat dari dalil

sebab ini soal hukum nasab.

islam sangat pentingkan nasab sebab itu  dalam hal hal melibatkan teknologi pembiakan - yg guna teknologi gift ke, AIH ke

islam tak ada masalah dengan teknologi atau kaedah tapi islam meniti beratka siapa BENIH itu dari perkahwinan yg sah ke atau apa apa...

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 06:04 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 25-9-2015 05:58 PM
tu lah bagi orang islam yg memahami betapa beratnya hukum nasab ni dan betapa jitu proses nak kelu ...

Semua ustaz dan ahli majlis fatwa adalah manusia yg lagi hina dari babi...."Mereka ambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah ..... tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa mereka sekutukan" (9:31).
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 06:06 PM | Show all posts
Nasab takdak dalam alquran ...kalau nak kira nasab..nabi nuh,nabi ibrahim dan nabi isa tak leh jadi nabi...nabi nuh anak2 dia yang engkar dan kufar...nabi ibrahim bapa dia...nabi isa tidak berbapa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 08:02 PM | Show all posts
shazaz replied at 25-9-2015 06:06 PM
Nasab takdak dalam alquran ...kalau nak kira nasab..nabi nuh,nabi ibrahim dan nabi isa tak leh jadi  ...

ada dalil ke untuk sokong pendapat awak ? sebab hujah perlukan dalil , kalau tak dalam agama org boleh buat andaian tanpa bukti.

dalam quran pun tak dinyatakan macam mana na solat tapi dalam hadith diperincikan..so...dalam hal ini islam aliran ASWJ

sumber hukum

al quran
hadith sahih

qiyas
ijma

tang bab bab rasul tu tak jadi hal sebab kita fahmi pengertian rasul dan nabi.
dalam quran pun Allah dah terangkan  background mereka so dalam islam dan org islam tak ada masalah nak pertikaikan mereka.

tapi  Isa ibni Maryam kan org selalu sebut kan?

so dalam mengambil contoh nabi Isa...Adakah 'self esteem' nabi isa tu jatuh? sebab dilahirkan tidak berbapa?

tak kan?





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2015 09:18 PM | Show all posts
siapa yang ada masalah untuk menamakan "anak tak sah taraf" di jabatan pendaftaran, bolehlah dapatkan surat sokongan daripada jabatan mufti perlis... kesian "anak tak sah taraf" tu tanggung malu seumur hidup akibat dosa dan kesalahan org lain. boleh jadi trauma dan rosak mental dan psikologi diorg akibat terbeban masalah nama diorg seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 01:09 PM | Show all posts
shazaz replied at 25-9-2015 05:51 PM
Apa la punya samdol...hang ingat hang tuhan kah...Jgn lah buat naya dekat budak tu..bukan salah di ...

setakat bodoh bangsatkan orang, adakah bermakna ko bijak?
faham pun tidak apa yang aku terangkan pastu nak tunjuk diri teramat bijak..
u r so funny...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam mazhab Syafie...bapak atau ibu sumbang mahram boleh berkahwin dengan anak hasil zina mereka kerana tidak dinasabkan kepada mereka.

Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke dibolehkan anak tak sah taraf ni nasab ibu? Ini lagi akan jadi controversial, sebab 1.obvious sangat sbb pelik 2. Stigma masyarakat

Tapi apakata buat middle name nama bapa biological but the last name nama ibu.
HOWEVER, untuk elak stigma , dlm hal hal yg tak rasmi guna first and second name je. But untuk crucial matters, guna all the names.  Anak perlu diberitahu kisah sebenar bila matang.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.142172 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list