CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1507|Reply: 1

4 Sebab ‘it’s okay’ Jika Kamu Mulakan Langkah

[Copy link]
Post time 22-9-2015 12:47 PM | Show all posts |Read mode


                    “Okay, aku rasa macam nak message dia lah... tapi erm, rasanya biarlah dia message aku dulu. Okay takpe, biar aku tunggu dulu, kenapa pulak aku perlu message dia dulu kan ? patutnya dia lah cari aku... “

        Selepas satu jam!

        “Kenapa dia tak message aku ni ? hmmm mesti dia tak minat kat aku!”

        Okay girls, daripada kamu asyik bercakap sendirian tak tentu hala seperti ini, baiklah kamu mulakan  langkah untuk menghantar kiriman SMS padanya terlebih dahulu. Tak perlu malu, sekarang ni dunia semakin maju, apa salahnya jika kamu beranikan diri untuk mulakan langkah menegurnya dahulu.

        Malu ???

        Naaaa, apa yang mahu di malukan ? Kami berikan 4 sebab mengapa kamu tidak perlu malu untuk semua ini.

        # 1 : MEMBUKTIKAN KAMU BERSUNGGUH-SUNGGUH
        Daripada asyik tertanya-tanya di mana dia menghilangkan diri, lebih baik kamu segera hubungi dirinya dan tanya khabarnya. Pekara seperti ini mungkin biasa bagi kamu tetapi percayalah ia sangat bermakna buatnya kerana ia membuktikan kesungguhan kamu.

        # 2 | CONFIDENCE IS SEXY
        Tahukah kamu, seorang lelaki lebih tertarik pada gadis yang mempunyai keyaikan diri yang tinggi. Jadi, jika kamu berani mengambil risiko dan yakin untuk mulakan langkah terlebih dahulu pasti mereka akan menganggap kamu seorang yang sangat ‘sexy’.

        # 3 | BUKA TOPIK
        Selain daripada menghantar  message seperti bertanya khabar dan kata-kata ‘basi’ seperti “awak tengah buat apa tu ? dah makan ?” kamu juga boleh gunakan taktik menghantar emoticon atau kongsikan gambar-gambar lucu terlebih dahulu sebelum memulakan perbualan. Cara ini dapat membantu kamu untuk mencipta topik menarik agar si dia mula bersembang denganmu.

        # 4 | STOP MENGUJI!
        Jika kamu berniat untuk menguji di mana tahap si dia memerlukan kamu, baik lupakan sahaja semua itu, kerana lelaki hanya akan memikirkan sesuatu yang ringkas dan straight forward sahaja. Jadi, jika kamu tidak menunjukan kesungguhan si dia pasti akan menganggap kamu tidak berminat dengannya.
        -remaja-



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 03:36 PM | Show all posts
Edited by milanhawkin at 2-10-2015 03:37 PM

then mcm mana plak bila asik kita je message dia dulu? walaupun dia akan reply/layan bila kita message, nk tunggu dia msg kita dulu & mulakan perbualan, mmg hopeless!

should I just stop?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.038883 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list