View: 1818|Reply: 1
|
10 Jenis ‘Break up’ Akan Kamu Lalui Di Usia 20-an
[Copy link]
|
|

Girls, di usia 20 an putus cinta itu adalah pekara biasa yang akan kamu lalui dalam perhubungan. Jangan mudah putus asa hanya kerana kamu gagal pertahankan hubungan kamu.
Sebenarnya menurut kajian, sebelum kamu menemui cinta sejati dan abadi kamu akan patah hati sekurang-kurangnya 10 kali. Hmmm, sejauh mana kebenarannya tidak pula kami pasti. Tetapi, ada 10 jenis break up yang kami pasti kamu akan lalui dan pernah lalui di usia 20-an.
Tak percaya ? Jom check list!
# 1 | GANTUNG TANPA TALI
Selalunya, dalam hubungan di usia muda sebegini, kamu dan pasangan akan melalui satu krisis di mana ‘berdiam’ itu lebih baik jika hubungan kerap di landa masalah. Hingga satu tahap kamu berdua mula membuat haluan masing-masing dan lupa memberi kata putus pada hubungan yang terjalin.
Tetapi tidak dinafikan hubungan gantung tanpa tali memang lebih menyakitkan dan memeritkan berbanding perpisahan biasa. Namun jika ia terjadi pada kamu, jangan bazirkan masa dan perasaan kamu. Kerana penantian itu hanya memenatkan dan akhirnya hanya sia-sia sahaja. So girls just move on dan mulakan hidup baru!
# 2 | TEXTING BREAK UP
Golongan muda memang suka membuat keputusan melulu tanpa fikir sedalam dalamnya. Oleh itu, mereka akan bertindak apa sahaja untuk membahagiakan dirinya walau hakikatnya mereka takut untuk berdepan dengan realiti. Jadi, tidak perlu hairan jika kamu mengalami masalah di tinggalkan dengan satu kiriman SMS kerana itu pekara biasa buat pasangan muda yang sedang bercinta.
# 3 | MANGSA FASHION BREAK UP
Selalunya lelaki di usia muda lebih meminati gadis yang pentingkan penampilan dan kecantikan. Jadi mereka akan terus mengejar individu yang memenuhi citarasanya. So, kemungkinan besar kamu akan menjadi mangsa yang ditinggalkan hanya kerana ada individu yang lebih bijak bergaya.
# 4 | ON-OFF BREAK UP
Darah muda yang berkobar-kobar dalam diri akan membuatkan mulut kamu berdua sentiasa ringan untuk mengatakan putus. Tetapi oleh kerana masih mencintai kamu berdua tetap akan kembali bersama. Yeah, memang agak rumit tetapi hanya pasangan yang benar-benar kuat sahaja akan bertahan selamanya. So girls, jangan panik jika ia terjadi pada kamu. Percaya sahaja pada takdir cinta kamu berdua. Jika ada jodoh tidak ke mana betul tak ?
# 5 | THE PHONE BREAK UP
Situasinya sama sahaja dengan ‘TEXTING BREAK UP’, bezannya kamu masih boleh mendengar suaranya dengan jelas. Girls, selalunya pasangan yang meninggalkan kekasihnya dengan cara ini adalah jenis individu yang tidak menghormati perasaan kekasihnya. Jika dia benar-benar mencintai kamu mereka tidak akan lakukan pekara seperti ini.
# 6 | FADE UP BREAK UP
Apbila terlalu kerap bergaduh dan berselisih faham, perasaan ‘fade up’ akan mula timbul dalam diri. Lama kelamaan kamu berdua akan mula mengaku kalah dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah.
# 7 | ‘THIS IS REAL HAPPENING’ BREAK UP
Mungkin pada mulanya kamu hanya berkata dan tidak bermaksud apa-apa tetapi lama kelamaan kamu berdua mula membawa haluan masing-masing! Opssss! Nampaknya ini memang benar-benar terjadi. Jadi inilah yang di maksudkan sebagai ‘this is real happening break up’.
# 8 | INSTANT COUPLE BREAK UP
Jangan bersedih jika kamu berada di situasi ini! Ya, cepat berkenalan dan cepat jugalah kamu akan berpisah. Ini kerana, sikap terburu-buru yang ada dalam jiwa orang muda menyebabkan mata menjadi buta dan tidak terlihat segala kelemahan dan keburukan. Namun apabila kamu tersedar barulah kamu akan menyesal dan akhirnya putus dan bawa haluan masing-masing.
# 9 | ‘THE GHOST’ BREAK UP
Perpisahan ini sama sahaja dengan perpisahan seperti hubungan yang digantung tanpa tali. Namun sebenarnya ia lebih memeritkan dan membuatkan kamu tertanya-tanya apa yang sebenarnya terjadi. Ini kerana pasangan itu akan terus menghilangkan diri dan langsung tidak tinggalkan jejak. Girls, percayalah jika dia benar-benar mencintai kamu dia tidak akan lakukan pekara seperti ini!
# 10 | TRAGEDI
Well, hidup seorang remaja pasti ada drama mereka yang tersendiri. Jadi, jika kamu berusia 20an kamu tidak akan ketinggalan untuk merasai hubungan yang menuh dengan drama. Perpisahan ? Pasti akan tragedi, pekara seperti ini biasanya akan meninggalkan kesan dalam hati seseorang dengan sedalam-dalamnya. Hingga akhirnya menyebabkan kamu sendiri fobia untuk bercinta lagi. But girls, jangan jadikan ia alasan untuk kamu berhenti bergembira! Ayuh bangkit dan ingat kamu juga berhak untuk rasa bahagia.
-remaja-
|
|
|
|
|
|
|
|
NUm 9 tu sungguh menyakitkan hati. Sekarang dia nak kawan balik macam dulu aku buat tak tau je. cakap je macam biasa tapi aku dah tak nak mesra macam dulu. jawab biasa-biasa je |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|