Edited by CARI-SFG at 21-9-2015 04:09 PM
Oleh : Fyruz Hanna
Oleh Fyruz Hanna*Artikel ini diterbitkan untuk kolum Fokus di portal CARI Infonet. Klik disini: Cari Infonet Portal
Mungkin ramai antara kita tak setuju. Penggunaan emoji () sangat penting untuk komunikasi dalam talian.
Direka oleh Shigetaka Kurita seorang pekerja NTT Docomo Jepun pada akhir 1990 untuk penggunaan pertama 'mobile internet system' didunia.
Mahu tak mahu, penggunaan emoji sangat membantu untuk menyatakan perasaan yang sukar digambarkan sewaktu kita menggunakan ia dalam talian.
Kekuatan 'emoji' ini dari segi penggunaannya boleh dikatakan menjadi antara medium terpenting menyatakan hasrat yang terbuku didalam hati.
Kekasih mengejek sesama sendiri menggunakan emoji, bertukar perasaan cinta menggunakan emoji, bersedih, gembira pendek kata, memang lagi kuat apabila kita menggunakan 'simbol' ini.
Penggunaan emoji ini menghubungi bahagian yang terputus didalam komunikasi dan memudahkan cara penyampaian kepada penerima.
Kadang-kala emoji sendiri tanpa didukung dengan kata-kata cukup memberikan impak yang besar kepada kita.
Malah penambahbaikan Facebook juga menyaksikan ruang emoji ditambah bagi mengekspressikan perasaan semasa berkongsi sesuatu di FB.
Dalam satu keadaan, penggunaan emoji yang banyak, mungkin membuatkan komunikasi yang berlangsung tidak terlalu serius, dan apabila tiada kehadiran emoji juga membuatkan perbualan berlangsung terlalu serius.
Perhatikan dialog dibawah:
"Siti, masuk bilik saya sebentar."
"Siti, masuk bilik saya sebentar ."
Beza kan untuk ayat yang sama. Penggunaan emoji jelas memberi impak berbeza kepada penerima.
Secara peribadi, penulis memang gemar menggunakan emoji untuk menghangatkan lagi perbualan sesama rakan. Jika marah, insert sahaja emoji dengan muka marah . Dan begitulah sebaliknya .
Kongsikan antara 5 emoji anda yang paling anda gemar/ selalu gunakan dan mengapa. -CARI Infonet. |