Nama DJ Nas-T dan Atitaharis mungkin agak sendu di forum Cari. Akan ada lah forumer buat ayat, siapa ni? Tak kenal! Next! Tak percaya? Baca ruangan komen. Selain bergelar DJ kelab, Nas-T juga merupakan seorang pelakon dan dikenali kerana pernah bercinta dengan pelakon sensasi Nabila Huda. Atitaharis pula merupakan seorang model dan instafamous Instagram yang juga bekas biras Artis Paling Famous Banyak Haters di Forum Cari, (macam nama anugerah pulak kan? Okay tak kelakar!), siapa lagi kalau bukan Affina Yanti Fynn Jamal Justifynn.
Setelah bercikcur di Instagram, baru lah terperasan Nas-T dan Atitaharis masing-masing ada memuatnaik gambar dan video mereka, tetapi bukanlah gambar dan video mesra bercomolot pun. Cuma bolehlah menimbulkan kespekuan. Malahan ada juga peminat yang bertanyakan hal tersebut, bercinta ke? (Bukan TT yang tanya ye). Mereka juga sama-sama meluangkan masa mendaki Bukit Tabur atau Bukit Hangus, Selangor baru-baru ini. Suka aktiviti lasak ye? Tapi jangan salah sangka mereka mendaki bersama kumpulan pendaki yang lain.
Atitaharis merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan setelah bercerai dengan adik ipar Fynn Jamal. Nas-T pula masih bujang. Kalau betul mereka bercinta apa salahnya. Gosip Atitaharis dengan penyanyi zikir Hafiz Hamidun hanya tinggal gosip sahaja.
So betul lah speku dia ada prob dgn laki dia.. Dh cerai? Sedihlaa... Dlm awal thn tgk gambar diorang mesra jek? Wht happened? Sbb bini dh ramai fan ke so hasben pun nk berfan2 jugak?