Edited by CARI-IIN at 18-9-2015 04:16 PM
Oleh Izzah Abbasy
Klik sini untuk portal CARI Infonet http://bit.ly/1iBgRqU
Lotus Birth adalah amalan tidak memotong tali pusat bayi selepas ibu bersalin di mana uri dan tali pusat disimpan sehingga tanggal sendiri daripada pusat bayi.
Menjadi viral apabila seorang ibu di laman Facebook miliknya yang telah memuat naik gambar beliau yang melakukan amalan ini ke atas anaknya.
Mengikut pandangan penulis, kaedah ini telah lama diamalkan oleh segelintir masyarakat luar negara sekitar tahun 1970an di Amerika Syarikat. Ia seterusnya dipopularkan oleh pasangan pengamal yoga yang menamakannya sebagai 'lotus birth' dgn menghubungkaitkan simbol lotus (bunga teratai) yang mempunyai pengertian tertentu dengan kelahiran bayi. Namun, ia masih hijau di negara kita.
Cara ini juga telah dipopularkan oleh Mary Ceallaigh, seorang bidan dan pengamal yoga dari Austin, Texas, Amerika Syarikat dan Dr Sarah J Buckley, penulis bestselling book “Gentle Birth, Gentle Mothering: A Doctor’s Guide to Natural Childbirth and Gentle Early Parenting Choices”.
Asal-usul
Lotus Birth mengikut amalan yoga hindu, dengan inject syntometrin di peha ibu selepas bayi keluar untuk paksa uri keluar.
Tujuan
Tujuan Lotus Birth adalah untuk mengelakkan kesakitan pada bayi (dengan mengerat tali pusat) dan membiarkan tali pusat tertanggal secara semulajadi di samping mempercepatkan penyembuhan dan mencantikkan pembentukan pusat. Ia juga dikatakan meningkatkan imuniti bayi.
Pandangan Pakar dan Ahli Ulamak
Disebabkan banyak pertikaian berlaku, seorang sahabat cuba merujuk kepada seorang pensyarah Unisza Ustazah Siti Fatimah Salleh. Berikut adalah ulasan beliau berkenaan hukum Lotus Birth :
Mengambilkira kaedah fiqh:
العبرة في المعاني لا للالفاظ والمباني
Maksudnya, sesuatu perkara atau urusan mestilah berpandukan kepada makna atau maksud dalam sesuatu urusan bukan pada lafaz dan binaan.
Jika kita tengok pada lafaznya maka kita akan kata perlakuan itu adalah Lotus Birth jadi sekiranya tiada bersangkut dengan amalan pengamal yoga, maka elok juga nama perlakuan ini ditukar kepada yang lain bagi mengelakkan kekeliruan.
Mengikut pandangan Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.
"Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah".
"Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih-bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,”
Amalan ini bukanlah merujuk kepada agama atau sesuatu budaya. Ia harus dilihat atas keberkesanannya agar tidak mengundang perkara yang tidak diingini kelak.
Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Tiada doa khusus semasa menanam uri mahupun tali pusat ini, Cukup sekadar baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad. - CARI Infonet
|