View: 3530|Reply: 32
|
[Tempatan]
Himpunan Maruah Melayu mahu ISA dikembalikan
[Copy link]
|
|
Himpunan Maruah Melayu mahu ISA dikembalikan
Wan Syamsul Amly, Astro Awani | Diterbitkan pada September 13, 2015 17:09 MYT
Perhimpunan itu juga adalah satu tuntutan kepada Kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar seperti yang telah dijamin oleh Perlembagaan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Himpunan Rakyat Bersatu atau Himpunan Maruah Melayu yang akan diadakan pada 16 September ini mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan sebagai langkah menjamin keselamatan negara.
Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos berkata, ia sekali gus dapat membantu Kerajaan memastikan tahap keamanan serta ketenteraman negara berada dalam keadaan yang sentiasa harmoni.
"Kita juga mahu memupuk dan menzahirkan semangat patriotik serta cintakan negara dalam jati diri rakyat negara ini demi menuju ke arah satu perpaduan nasional yang mantap.
"Selain itu kita mahu mendesak Kerajaan supaya bertindak tegas kepada pengkhianat negara yang memfitnah serta mempertikaikan kredibiliti pemerintah selain mahu menjatuhkan pentadbiran yang dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem pilihan raya," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Pada 15 September 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.
Najib dalam pada itu turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Menurutnya, dua undang-undang baharu yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah supaya ketenteraman dan keselamatan awam sentiasa terpelihara.
Sebelum ini Jamal memberitahu, perhimpunan yang dijadualkan pada 16 September ini diteruskan meskipun permit daripada pihak berkuasa masih belum diperoleh.
Tegasnya, tidak ada sebab untuk mana-mana pihak menggagalkan perhimpunan itu dengan apa cara sekalipun.
Dalam pada itu ujarnya, ia merupakan perhimpunan bagi menunjukkan solidariti mendokong teras dan keadilan sosial seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
"Ia menjadi platform untuk menzahirkan amaran keras kepada bangsa Cina berideologi DAP supaya jangan menghina pemimpin Melayu dan menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan.
"Selain itu kita mahu mendesak Kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran tanpa kompromi untuk memupuk perpaduan dan toleransi ke arah pembentukan bangsa Malaysia.
"Perhimpunan itu juga adalah satu tuntutan kepada Kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar seperti yang telah dijamin oleh Perlembagaan khususnya dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan pembelaan dan hak keistimewaan Melayu serta Bumiputra, selain itu kita juga mahu memastikan tiada lagi perhimpunan seperti Bersih di masa-masa akan datang," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
agenda yang amat baik
ISA masih sangat perlu di dalam
sebuah negara yang amat caca merba
acuan pendikan dan sekolahnya
seperti malaysia ini |
|
|
|
|
|
|
|
tuntutan geng merah lombu
- kembalikan ISA
- kekalkan Najib jd pm

|
|
|
|
|
|
|
|
baguih la kalau ISA dikembalikan boleh tangkap hangpa dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
siapa yg bubarkn ISA????
cina DAPig  |
|
|
|
|
|
|
|
Baru jelas tujuan dan objektif HMM, setujuk jika ISA dikembalikan! Demi keamanan sesebuah negara. |
|
|
|
|
|
|
|
sambutan hari malaysia juga
dah lama tidak disambut secara meriah
maka himpunan pada kali ini turut
mampu menzahirkan rasa sayang kepada negara
dan menolak segala agenda jahat
BERSHIT dan non BERSHIT |
|
|
|
|
|
|
|
yg mne 1 ni... himpunan rakyat bersatu ke atau maruah melayu? kaki racist |
|
|
|
|
|
|
|
BUat la objective kami tentang pemimpin makan 'derma' ehh rasuah. mencemarkan imej pemimpin melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh punya caprut, Msia selamat tanpa kewujudan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Dinasti Lee Temasek pasti gembira kalau kita adakan balik ISA ni macam mereka, sekurangnya ada gak gang2 dia dalam Asean yang masih main benda classic yang dah banyak berjasa kepada keamanan M'sia ni, tak payah main langgar jer macam drone Amerika yang boleh buat pre-emptive strike keatas siapa jer target dia, ISA tahap dewa lah kata kannn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju ISA dikembalikan. Tetapi PM tetap perlu tukar. |
|
|
|
|
|
|
|
- kami nak pilihanraya kekal kotor
- kami nak negara kekal x bersih rasuah dan korupsi

|
|
|
|
|
|
|
|
silent majority tidak akan selama2 nya
membisu
merely 20k noisy minority
do take note |
|
|
|
|
|
|
|
ini perhimpunan baju merah sebenarnya bukan pasal nak bela bangsa, agama dan negara
tapi medan utk pembodek2 tampilkan diri mempertahankan najib dgn harapan moga dapatlah sedikit perhatian dari najib dan boleh la hulur apa2 imbuhan yg patut

|
|
|
|
|
|
|
|
lain orang lain pandangan
dah lama suara melayu tidak
diselaraskan melalui himpunan sebegini
kali terakhir sewaktu menolak
malayan union sekitar tahun 1946 dahulu
|
|
|
|
|
|
|
|
lain orang lain
perbandingannya
|
|
|
|
|
|
|
|
takde lainnya bang
itulah dia modus operandinya

|
|
|
|
|
|
|
|
you cipta modus operandi
ka apa ka
|
|
|
|
|
|
|
| |
|