View: 3217|Reply: 10
|
Kari Kepala Ikan Kampung Attap
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-LTS at 11-9-2015 12:24 PM
Artikel : LOO TUNG SEANG
Video : FIRDAUSZ & LOO TUNG SEANG
Bagi negara kita yang mempunyai penduduk berbilang kaum, pelbagai makanan istimewa boleh didapati, antaranya Laksa, Nasi Lemak, Bak Kut Teh, Yong Tau Fu, Roti Canai dan Nasi Kandar.
Di restoran nasi kandar, salah satu hidangan istimewa yang paling digemari oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum adalah kari kepala ikan.
Walaupun di Malaysia, pelbagai tempat terdapat kari kepala ikan yang mempunyai keistimewaan tersendiri mengikut ramuan resipi masing-masing.
Namun, kari kepala ikan di Kampung Attap mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu menambat selera pengunjung untuk datang kembali selepas menikmatinya untuk kali pertama.
Menu lain yang popular di Restoran ZK ialah ayam madu, sotong sambal, sayur dan acar bawang.
Menurutnya, harga hidangan kepala ikan dan sotong bergantung kepada saiz, bermula daripada serendah RM30 hingga RM150 serta RM8 hingga RM30.
Restoran terbabit menyediakan dua ruang makan berbeza. Bagi pengunjung yang gemar menikmati angin luar, mereka boleh memilih menjamu selera di tempat berbumbung bersebelahan kedai atau tempat berhawa dingin di tingkat atas.
Restoran ZK yang terletak di Jalan Kampung Attap itu dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 4.30 petang dan turut menyediakan khidmat katering.- CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya.. lapar pulak rasa ni..
Sape nak belanja yer? |
|
|
|
|
|
|
|
akak memang recommend kalian semua makan kat situ. memang sedap marvellous. |
|
|
|
|
|
|
|
safieyah1984 replied at 22-9-2015 01:59 PM
best sangat ke
Memang best u. Sedap pun sedap. Try la pergi sana makan dengan family. I tak minat makan kari kepala ikan ni. Tapi once dah try terus buat i suka kari kepala ikan.
Siap boleh tapau lagi balik rumah kalau tak habis makan. |
|
|
|
|
|
|
|
tulah tu masa tgk majalah 3 nampak mcm sedap jek. lagipon dia guna ikan segar kan. ala kena cari geng lah yg nak makan kepala ikan, kalo ai sorang mau terberak2 nak habiskan hahaha. babe kg atap kt mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
safieyah1984 replied at 9-10-2015 05:50 PM
tulah tu masa tgk majalah 3 nampak mcm sedap jek. lagipon dia guna ikan segar kan. ala kena cari g ...
Alamak u. I taktau nak cakap dekat mane sebab i drive je ayah i bagi direction dekat sebelah. I memang buta jalan sikit. Hikss. U try waze. Nanti tag i bila u dah makan dekat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
best ke? tak pernah sampai kg.attap ni. actually kat mana ya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|