CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2441|Reply: 1

3 Cara Teguran Elak Anak Cepat Sentap

[Copy link]
Post time 10-9-2015 06:29 PM | Show all posts |Read mode

                    Apabila mahu menegur, berikan informasi kepada anak apa sebab dia tidak boleh melakukan itu dan ini. Berikan sebab kepada larangan tersebut.
       
       
        Paling penting, ton suara yang betul akan mengelakkan salah faham anak kepada anak yang mendengar. Ada masa ibu ayah tidak berniat untuk memarahi anak, tetapi dengan ton suara yang salah, ini akan memberikan persepsi, “Ibu saya ini asyik-asyik marah saya saja.”
       
        3 TEKNIK KEMBALIKAN EMOSI ANAK
       
        1. Perbuatan: Jangan kedekut nak peluk anak dan kadang boleh belai mereka lebih sebelum tidur. Ini jalan mudah untuk pujuk emosi anak setiap hari. Tambah pula kalau kedua ibu bapa bekerja.
       
        2. Kata-kata dorongan: Sesekali ucap dan luah kata sayang untuk tanam kepercayaan bahawa dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik atau berbeza daripada orang lain.
       
        3. Bahasa tubuh: Anak mula bercakap, anda pun kena hadap. Jangan sekadar angguk tetapi mata tengok tv atau telefon. Boleh sampaikan cara yang paling mudah anak nampak seperti senyuman, anggukan setuju dan gelengan kepala menolak perbuatan, ibu jari tanda bagus untuk menambahkan kekuatan perbuatan dan kata-kata daripada ibu dan ayah.
       
       
        Selepas ini kalau anak memberontak atau meragam, kena semak dan boleh ikut seperti beberapa cara di atas. Berikan perhatian kerana walaupun sekecil-kecil perkara boleh menjadi besar buat mereka. Fahami teknik bahasa yang boleh diaplikasikan untuk tolak masalah anak yang suka merajuk dan menangis. Selamat mencuba!

MINGGUANWANITA

               



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2015 03:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.309369 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list