CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1703|Reply: 5

Lebih Empat Juta Rakyat Malaysia Merokok Setiap Hari

[Copy link]
Post time 9-9-2015 04:07 PM | Show all posts |Read mode

sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/





Tinjauan pada 2011 oleh Kajian Perokok Dewasa Global (GATS) mendapati kira-kira 4.3 juta atau 20.9 peratus penduduk Malaysia mengamalkan tabiat merokok setiap hari.


Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid,  tinjauan itu menunjukkan bahawa bilangan perokok tersebut  terdiri daripada 39.9 peratus lelaki dewasa dan 0.7 peratus wanita dewasa.


"Antara 10 dan 15 peratus atau lebih 100,000 kematian setiap tahun di negara ini disebabkan penyakit berkaitan dengan merokok."


Pengguna tembakau bertanggungjawab menyumbang kepada apa yang sebaliknya boleh dicegah, kata beliau ketika menutup Seminar Mengenai Bahaya Merokok sebentar tadi.


Seminar itu dianjurkan oleh Majlis Penasihat Wanita Sabah dan dihadiri kira-kira 200 pelajar sekolah menengah, guru-guru, penjawat awam dan persatuan ibu bapa.


Jainab berkata asap rokok boleh menyebabkan kematian kepada lebih lapan juta manusia setiap tahun pada 2030.


Beliau turut memberi amaran bahawa merokok dalam kalangan remaja adalah satu trend yang membimbangkan dan jika tidak dikawal boleh menjadi semakin buruk pada masa hadapan. - CARI Infonet



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 04:17 PM | Show all posts
thread dah ada nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 04:17 PM | Show all posts
tapi tidak termasuk Matt....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 04:26 PM | Show all posts
Thread ni dh ada kan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 05:32 PM | Show all posts
membazir je... effect kesihatan pulak tu... katakan tidak pada rokok
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 06:22 PM | Show all posts
Mana dia tau 4juta org isap okok? xde sapa tanya aku pon isap ke x
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 1.278537 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list