Video: Mufti Perlis Arah Pecat Imam Tak Ikut Fahaman Wahabi
Posted on September 8, 2015 by Editorial|
Kuala Lumpur – Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Yussaine Yahya berkata Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin telah menjalankan tanggungjawabnya dengan cara yang mengelirukan umat.
Yussaine yang juga merupakan penceramah bebas itu menjelaskan Asri turut mengarahkan Jabatan Agama Islam, Perlis untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana imam masjid di negeri itu sekiranya enggan akur dengan amalan ibadat yang ditetapkan.
“Macam di Perlislah mufti (Asri) paksa imam-imam kena ikut dia(fahaman wahabi), (dan) mana-mana imam yang tak ikut akan dipecat semuanya.
“(Bila ditanya) dia kata saya tak pecat, memanglah bukan dia pecat (sebab) yang tandatangan surat pecat adalah Pengarah Jabatan Agama Islam (negeri Perlis) tapi yang cadang untuk ambil tindakan adalah dia (Asri) dalam mesyuarat majlis ” katanya ketika menyampaikan kuliah Dhuha di Masjid al-Falah, di Subang Jaya, Khamis lalu.
Menurut Yussaine lagi sehingga kini seramai 29 imam masjid di Perlis telah disenaraikan untuk diambil tindakan.
“29 imam dalam senarai nak kena pecat, sebab tak ikut tatacara panduan beribadat. Apa dia tatacara beribadat mufti perlis (antaranya) Bismillah tak boleh buat, tak boleh zikir ramai-ramai, tak boleh doa ramai-ramai, sujud syukur tak boleh buat, yasin malam jumaat jangan baca, talkin arwah jangan buat dan sebagainya.
“Benda-benda tersebut benda wajib ke benda khilaf? Orang tak puasa kita tak ambil tindakan, orang tak puasa Isnin Khamis kita denda. Betul ke tak betul? Orang tak sembahyang Jumaat, orang tak sembahyang, orang bezina, bercampur gaul lelaki perempuan” katanya lagi.
Menurutnya Asri sebagai mufti seharusnya memfokuskan kepada masalah sosial di kalangan masyarakat yang semakin berkembang dinegeri tersebut berbanding isu kecil yang menjadi pertikaian di kalangan ulama.
“Dipantai Kuala Perlis tu penuh bersidai belangkas-belangkas hidup, siang malam jantan betina. Yang tak reti baca quran, yang jahil, yang Islam tidak kenal tuhan, belambak-lambak di Perlis buat apa yang duk sibuk tok imam yang buat benda-benda khilaf ni?
“Nak ‘bismillah’ pelan nak ‘bismillah’ kuat buatlah nak ‘bismillah’ dengar dari Kangar sampai Alor Setar pun tak apa. Tak ada masalah pun yang ada dalil belaka. Kalau benda tu disepakati ulama takpalah. Kecuali kalau tok imam tu solat subuh lapan rakaat wajib tak kena pecat? Tentulah kena pecat,” ujarnya pula.
Yussaine turut menasihati Asri untuk tidak bermuka-muka dalam memberikan pandangan khususnya dalam isu-isu yang disifatkan bida’ah.
Menurutnya, ketika ditanya dalam satu majlis Asri turut menegaskan lebih sanggup melihat masjid di negeri Perlis kosong kerana ingin melaksanakan amalan yang disifatkan sebagai sunnah. – SuaraTV
PENJELASAN FITNAH YUSSAINE YAHYA TERHADAP PENTADBIRAN AGAMA PERLIS
Bendahari Dewan Pemuda PAS Perlis dan Pengetua Pusat Tahfiz MATIN telah mengeluarkan beberapa fitnah yang merosakkan dalam satu rakaman beliau yang disebarkan. Berikut adalah jawapan terhadap isu dan video berkenaan;
1. Dakwaan Saidina Umar yang pertama mengada-adakan solat tarawih berjamaah dengan satu imam adalah dusta. Ini kerana telah diriwayat oleh Aishah r.ha:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ لَيْلَةً مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ فَصَلَّى فِي الْمَسْجِدِ وَصَلَّى رِجَالٌ بِصَلَاتِهِ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا فَاجْتَمَعَ أَكْثَرُ مِنْهُمْ فَصَلَّى فَصَلَّوْا مَعَهُ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا فَكَثُرَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى فَصَلَّوْا بِصَلَاتِهِ فَلَمَّا كَانَتِ اللَّيْلَةُ الرَّابِعَةُ عَجَزَ الْمَسْجِدُ عَنْ أَهْلِهِ حَتَّى خَرَجَ لِصَلَاةِ الصُّبْحِ فَلَمَّا قَضَى الْفَجْرَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَتَشَهَّدَ ثُمَّ قَالَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّهُ لَمْ يَخْفَ عَلَيَّ مَكَانُكُمْ وَلَكِنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْتَرَضَ عَلَيْكُمْ فَتَعْجِزُوا عَنْهَا فَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْأَمْرُ عَلَى ذَلِكَ .
“Sesungguhnya RasululLah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. (Baginda tidak keluar) sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah RasululLah s.a.w wafat dalam keadaan begitu (tiada jamaah tarawih di masjid)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini dengan jelas menunjukkan Nabi s.a.w yang memulakan solat qiam atau disebut sebagai tarawih secara berjemaah dengan satu imam. Bukan ‘Umar r.a yang memulakannya. Namun baginda berhenti kerana bimbang ia menjadi kefarduan disebabkan simpati baginda kepada umat. Ini kerana zaman tersebut adalah zaman wahyu diturunkan atau zaman pensyariatan. Baginda tidak berhenti kerana ia salah atau tidak diizinkan, namun berhenti bimbangkan Allah fardukan kepada umat sedangkan umat ini mungkin ada yang tidak sanggup. Maka dari hadis ini, solat tarawih berjemaah adalah sunnah yang jelas. Mereka selama tiga hari telah solat di belakang baginda. Jika tidak kerana kebimbangan itu, tentu baginda meneruskannya. Apabila baginda wafat kebimbangan itu tiada lagi. Wahyu sudah terputus. ‘Umar pun menghidupkannya kembali.
2. Dakwaan 29 imam akan dipecat oleh MAIPs juga adalah dusta. Kuasa menamatkan imam hanya pada MAIPs yang dipimpin oleh Yang DiPertua MAIPs iaitu DYTM Raja Muda Perlis. Mengada-adakan cerita seperti itu amatlah tidak wajar bagi seorang pengetua tahfiz. Ia satu fitnah serius kepada kuasa pentadbiran agama Perlis.
3. Jika beliau mempercayai perkara-perkara khilaf wajar bertolak-ansur, mengapa beliau tidak bertolak ansur dengan pihak pentadbir agama negeri?! Al-Imam al-Syafii tidak qunut apabila ke tempat al-Imam Muhammad Hasan al-Syaibani. Perlis sejak sebelum merdeka mempunyai pandangan tentang hal ini yang sama dengan majoriti umat Islam di dunia ini, termasuk amalan di Masjidil Haram dan Masjid Nabi s.a.w. Bukan soal sah ataupun batal tetapi soal pengurusan pentadbiran imam-imam rasmi yang dilantik bergaji. Pun begitu tiada imam yang terus dipecat kerana berqunut ataupun bismillah jahr. Sesiapa yang tinggal di Perlis tahu hal ini. Pembohongan nyata adalah suatu keruntuhan budi dan akhlak.
4. Perlis tidak pernah mengambil tindakan kepada amalan 'khilaf muktabar' yang bersifat peribadi dan persendirian. Arahan penyelarasan hanya untuk institusi rasmi. Sesiapa yang membuat cerita bohong di luar Perlis sedangkan dia rakyat Perlis maka dia seorang rakyat yang menzalimi negerinya sendiri.
5. Betapa ramai penceramah yang beliau bawa ke MATIN yang sebahagian mereka mempertikaikan pentadbiran agama Perlis, termasuk diri beliau sendiri, setakat ini belum diambil tindakan. Betapa toleransi berlaku dalam pentadbiran agama di negeri ini. Namun fitnah beliau kali ini makin serius dan wajar diberikan perhatian oleh pihak berkuasa agama.
6. Dakwaan kononnya orang Perlis ramai yang tidak solat, 'bersidai' dan berzina di Kuala Perlis setiap malam amatlah memerlukan bukti. Jika dakwaan ramai yang melepak di pantai Kuala Perlis terutama pelancong dan para pelajar pelbagai institusi di Perlis itu benar. Pun begitu masjid pelancong yang indah di Kuala Perlis menyediakan kemudahan solat dan pelbagai program kesedaran untuk orang ramai.
7. Mungkin ada yang tidak puashati kerana pihak kita bertanya tentang ketelusan pengurusan sumbangan orangramai termasuk dari luar Perlis kepada MATIN berkenaan. Kita hanya bertanya kerana banyak aduan dan sungutan dari pelbagai pihak sejauhmanakah ketelusan wang dan sumbangan orangramai digunakan. Pelbagai persoalan timbul. Maka pihak kita sekadar mengambil aduan yang banyak itu dan bertanya khabar.
8. Pegangan Perlis Ahlus Sunnah wal Jamaah. Golongan Ahbash ada yang cuba menuduh Perlis wahabi. Namun mereka boleh rujuk kepada perlembagaan Perlis dan hujah-hujah dalam fatwa Perlis. Golongan yang menyalahguna jenama Ahlus Sunnah wal Jamaah menimbulkan kekeliruan dalam hal ini.
you jangan terkeliru - u have to know yg perlis ni depa lain sikit. u tengok Maza tu lah.
alah benda yg nak pertikai pun qunut, basmalah kuat ke tak, if u nak kebenaran carilah ilmu untuk dapatkan perspektif atau sudut pandangan yg jelas...bukan neutral sebab once you know , kita akan ada assumption sendiri tentang isu itu ...cari ustaz atau kelas agama.
so lebih baik ambik pendapat ustaz yg memang kita yakin pakar , pada i UZAR tu baik dalam fiqh...sebab kalau baca buku dia dia telus dan jelas sumber sumber , apa pertikaiannya , apa dalilnya dan dia nyatakan apa pendapatnya - ni saya tulis ni berdasarkan buku yg beliau hasilkan - tentang formua solat lengkap tu...i suka cara paparan dia tentang rukun solat - apa yg 4 mazhab tu setuju , apayg khilaf , ada dalil , sumber dan apa rumusannya
telus...
i mean uzar is teliti in that sense..i have my own opinion about maza anyway.
macam biasa le
yg terjadi kat golongan umat MUHAMMAD
apabila: TIAP2 GOLONGAN BERMEGAH DGN APA YG ADA PADA MEREKA
jadi bila gajah vs gajah
maka........kalian nak jadi apa
anak gajah ke???......................mampus kena pijak nanti
atau
jadi le sang kancil yg MENGGUNAKAN AKALNYA
.......MENDENGAR, BERFIKIR DAN CARI YG LEBIH BAIK
dan jangan lupa
JANGANLAH KAMU IKUT JIKA KAMU TIADA PENGETAHUAN TENTANGNYA
Author|Post time 9-9-2015 10:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mbhcsf replied at 9-9-2015 07:57 PM
you jangan terkeliru - u have to know yg perlis ni depa lain sikit. u tengok Maza tu lah.
alah ...
U ada baca ke atau masuk2 terus komen? You tak tgk ke setiap hujah DrMAZA tu ada disertakan dgn dalil2? Lagi satu you ni suka sgt sebut UZAR terutama dlm thread berkenaan DrMAZA seolah mcm nk membandingkan, tapi rasanya mcm tak pernah pulak tgk u bukak thread artikel2 atau video ceramah dr UZAR.
Nak ‘bismillah’ pelan nak ‘bismillah’ kuat buatlah nak ‘bismillah’ dengar dari Kangar sampai Alor Setar pun tak apa. Tak ada masalah pun yang ada dalil belaka. Kalau benda tu disepakati ulama takpalah. Kecuali kalau tok imam tu solat subuh lapan rakaat wajib tak kena pecat? Tentulah kena pecat,” ujarnya pula.
soal macam ni nak balah pun atau nak sampai pecat memecat pun i rasa kecik sangat.
u all nak tahu apa hukum baca basmalah
sila rujuk buku tulisan Ustaz zaharuddin Abdul Rahman
Formula lengkap solat
beli dan belek buku tu
dan salah satu benda yg Dr Zaharuddin ulas ialah baca basmalah - ada dalilmenyokong, ada dalil yg sebaliknya dan rumusannya
so we all , tak payah lah sangat u know terkelirulah
start label org tu bidaah lah
KALAU TAK CUKUP ILMU
especially yg dok kata mazhab itulah inilah
mazhab IS OKAY - ia furuk bukan hal ranting
tapi org menjadi imam mazhab tu punyai ilmu lebih tinggi lagi...
dan org yg macam Dr Zaha dia ilmu fiqh ibadah bagus.
semua ustaz taraf Dr UZAR or Maza depa memiliki satu body of knowledge yg cukup untuk depa buat kesimpulan akan sesuatu. yes among ilmuwan agama depa boleh debat
anda tak tahukah yg deat memang ada dalam kalangan agama dari satu dislin pemikiran untuk hayati sesuatu isu?
memang ada - tapi mereka lakukan secara hormat kritis.
itu sahaja
tapi lainnya pula dengam masyarakat luas ni - the level of knowledge acquisition - the level of body of knowledge tu tak sama dan bagi vulnerable groups macam ni depa mudah terikut sesuatu especially kalau digesa gembur oleh orang yg bertokoh.
Tapi bagi seorang yg jujur dan bersifat ilmiah...dia akan lampirkan semua
i suka baca ulasan UZAR dalam hal baca basmalah tu kuat ke tak - dinyatakan hadith semua yg ada menyokong dan hadith yg berkata sebaliknya dan sumbernya - nah itu satu penilaian yg mana kuat dan apa pendapat ulama silam ketika itu.
dan akhir sekali dinyatakan pendapat peribadi.
itu baru tak menghukum atau adil, dan apa yg saya sukai ini baru dikatakan lay down the actual context.
ada beza masyarakat umum nak memahami isu solat terawikh apabila tak faham konsep konsep asas berbanding dengan depa yg TAHU KONTEKS.
they wouldn't make a big deal so much dalam perkara KHILAF.
benda-benda yang ada nas jelas dalam Al Quran seperti hukum hudud tidak pula dijadikan matlamat utama , sepatutnya mufti dan parti politik Islam bersepakat dan bersatu memperjuangkan hukum hudud
Kalau tengok ceramah/tulisan DrMaza ni, nampak jelas beliau bawa style: 'apa-apa pun, dalil.'
Memang pun agama gitu. Pernah tak korang kaji agama lain? Jangan terkejut ada agama lain yg ada hari ni,
lain terus dari yg diamal oleh tuk nenek moyang dulu. Sebab along the way sampai hari ni,
akan ada penambahan yg rasa baik etc dlm agama tu. Islam tak macam tu. Apa-apa pun kena rujuk Al Quran dan hadith. Macam ada orang bagi contoh hari tu... baca fatihah masuk masjid,kot. Salah ke? Bukan baca jampi serapah pun. Ye la bukan sunnah, tapi salah ke? Tak salah. Tapi lepas 60 tahun, orang akan letak satu tahap dengan agama. Tak baca, rasa tak kena oooooo...
Ada jugak orang kata, kalau tak doa lepas solat maknanya sombong dgn Allah. La... Nabi pun buat gitu la.. ayoyo... tak boleh la salah diorang, pasal kita memang tak diajar cara doa dalam solat. Makbul tu...waktu sujud dng lepas tashahud akhir. Tak caya cuba tanya, macam mana doa dalam solat? Haaaa... tu yg silap. Yg ada dalil, tak mau tekan. Yg takder dalil pulak ditekan-tekan.
tu yg kena elak. Apa-apa pun dalil. Biar lenguh menulis dalil, baru belajar namanya. Balik kena bukak buku, search kat web. Ye la, itu la cara belajar agama.
nak mendidik org kepada agama islam
ada manyak senanggggg
dr cuba mendidik mereka yg kononnya dah islam
ada manyak susah woooooooo
bila perasan dah islam dirinye tuuuuu