CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3470|Reply: 26

[tazkirah] KEBAIKAN MUNGKIN MEMBAWA KE NERAKA

[Copy link]
Post time 9-9-2015 07:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ussopp at 23-9-2015 09:10 AM

DrMAZA.com
18 mins ·

KEBAIKAN MUNGKIN MEMBAWA KE NERAKA

Dosa membawa insan ke neraka. Perbuatan baik pula membawa insan ke syurga. Itulah hasil yang sepatutnya. Dosa adalah perbuatan salah yang dimurkai Allah. Kebaikan adalah perbuatan baik yang disukai Allah.
Pun begitu dalam kehidupan insan tidak mustahil untuk dosa menyebabkan seseorang itu mendampingi Allah sehingga membawanya ke syurga. Juga tidak mustahil kebaikan membuatkan seseorang melupai Allah sehingga membawa pengamalnya ke neraka.

Ujub


Ujub atau kagum dengan diri sendiri adalah penyakit rohani yang kronik. Dalam kalangan manusia, ada yang merasa sombong dengan amalan agamanya sehingga melihat orang lain hina di sisi Allah dibandingkan dirinya. Dengan kesombongan itu dia meminta orang mencium tangannya atau meminum bekasnya ataupun mengambil syafaat darinya. Jika itu perkara berlaku tanpa permintaannya, tidak mengapa. Tidak dinafikan pun keberkatan Allah yang diturunkan untuk orang-orang soleh. Namun apabila ada manusia merasakan merekalah merupakan orang soleh yang diturunkan keberkatan itu, bagai sudah pasti ahli syurga sementara orang lain adalah pendosa yang memerlukan syafaat mereka untuk ke syurga, maka itu adalah tanda ujub, sombong dan riyak. Ia mengheret ramai yang bersolek dengan solekan agama ke neraka.
ثَلاثُ مُهْلِكَاتٍ شُحٌّ مُطَاعٌ وَهَوًى مُتَّبَعٌ وَإِعْجَابُ الْمَرْءِ بِنفسه
Sabda Nabi s.a.w: “Tiga pembinasa; iaitu: kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti dan kekaguman seseorang dengan dirinya sendiri” (Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani, al-‘Uqaili dll. Hadis berstatus hasan)

Dosa ke syurga?

Jangan hairan bahawa jika nanti di akhirat ada dalam kalangan mereka yang kelihatan pernah melakukan dosa di dunia ini menuju ke syurga. Bagaimana?

Ya, terdapat insan yang apabila dia melakukan dosa, dia tersangat menyesal. Dia bertaubat dan sentiasa merasa hina diri di hadapan Allah Yang Maha Agung. Terasa kesalahan itu mengikuti setiap langkahnya. Malu kepada Allah meliputi perasaannya. Segala ibadah yang dia lakukan dirasakan kerdil dan kecil. Dia bertungkus lumus membaiki diri lebih dari keadaannya sebelum terjatuh ke dalam dosa tersebut.
Timbul rasa tawaduk dalam jiwanya. Apabila dia melihat orang lain dia merasa betapa mereka lebih mulia daripadanya di sisi Allah kerana dia seorang yang berdosa. Segala kesombongan dalaman jiwanya dikikis apabila dia mengenangkan dosa-dosanya itu. Mungkin orang lain tidak tahu tentang dosanya, namun dia sendiri tahu dan Allah Maha Mengetahui. Betapa dia bersyukur kerana Allah menutupkan keaibannya, ataupun memberikan ruang untuk dia terus hidup sekalipun dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Maka kalau demikianlah keadaan, dosa-dosanya itu membawanya ke syurga dengan izin Allah.

Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam karyanya Miftah Dar al-Sa’adah: “ Antaranya, bahawa sesungguhnya Allah apabila mengkehendaki kebaikan untuk seseorang hambaNYA, DIA jadikan hamba itu lupa gambaran ketaatan-ketaatan yang telah dia lakukan. Diangkat itu semua dari jantung hati dan lidahnya (tidak membangkit-bangkitkannya). Apabila dia diuji dengan dosa, Allah jadikan dosa itu memenuhi ruang matanya, dia lupa segala amalan baiknya dan dia jadikan segala ingatan dukanya terhadap dosanya. Sentiasa dosanya itu berada di hadapannya, semasa dia berdiri, duduk ataupun berjalan. Maka inilah sumber rahmat pada dirinya. Ini seperti kata sebahagian Salaf Soleh: “Sesungguhnya ada hamba Allah melakukan dosa, lantas dengan dosa itu dia masuk syurga. Ada pula yang beramal dengan kebaikan lantas dengannya dia masuk neraka”. Bagaimana demikian? Sebabnya, dia melakukan dosa lalu sentiasa dosa itu memenuhi matanya, setiap kali dia ingat dia akan menangis, menyesal, beristighfar, merendah diri kepada Allah, kembali kepadaNYA, merasa hina dan pasrah. Lantas dia beramal dengan amalan-amalan soleh maka itu menjadi sebab kerahmatan untuk dirinya” (1/445-446. Beirut: Muassasah Fuaad).

Pahala Ke Neraka?


Kebaikan sepatutnya membawa ke syurga. Namun jika pengamal kebaikan itu menjadi riak, sombong, takjub dengan dirinya sendiri sehingga merasa dia tiada cacat di hadapan Allah. Hilang dari jiwanya perasaan tawaduk, kerendahan diri sebagai hamba dan seakan pasti dirinya ke syurga. Ditambah lagi, dia memandang lekeh kepada orang lain. Orang lain bagaikan pendosa, dialah bagaikan sumber pahala. Ini merupakan musibah terhadap kerohaniannya. Ini telah menimpa ramai golongan yang berpakaian agama sehingga mereka bagaikan penentu siapa ke syurga dan siapa ke neraka. Berjalan dengan sombong sambil menghulur tangan untuk dicium oleh orang lain dengan bangganya.

Inilah yang dinukil oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah tadi: “Ada pula yang beramal dengan kebaikan lantas dengannya dia masuk neraka”.

Ibn Qayyim menjelaskan maksud hal ini dengan menyebut: “Dia beramal dengan kebaikan lalu sentiasa fikirannya mengungkit, mengingat dan menghitung-hitung kebaikan itu terhadap tuhannya dan manusia. Dia takabur dengannya, dia merasa pelik jika orang tidak mengagung, memulia dan membesarkan kebaikannya. Sentiasalah keadaannya begitu sehingga bertambah kuasa pengaruh perasaan itu lalu ia memasukkannya ke dalam neraka. Tanda kebahagiaan itu apabila kebaikan-kebaikan seseorang hamba Allah itu berada di belakangnya (dia tidak mengingatinya) sementara kejahatan-kejahatannya pula berada dalam ruangan matanya (mengingatinya). Tanda kecelakaan pula apabila hamba itu menjadikan kebaikan-kebaikannya memenuhi ruang matanya sementara kejahatan-kejahatannya berada di belakangnya (dia melupainya)” (ibid, 1/446).

Pakaian Agama

Maka janganlah kita sangka semua yang berpakaian agama itu akan ke syurga. Tidak mustahil lengangan jubah, rida, serban dan segala lambang-lambang agama yang dipakai dengan kesombongan sehingga merasa dirinya lebih baik dan sempurna dibanding orang lain, itu semua hanya mengheret pengamalnya ke dalam neraka.

Ibn Ataillah dalam hikamnya menyebut: “Boleh jadi Allah membuka untukmu pintu ketaatan tapi tidak dibuka pintu penerimaan amalan. Boleh jadi ditakdirkan untukmu maksiat maka itu menjadi sebab jalan sampai kepada Allah. Maksiat yang menyebabkan seseorang rendah diri dan pasrah lebih baik daripada ketaatan yang membawa kepada ujub dan takabur”
Apatahlagi mereka yang ujub dan sombong dengan keturunan seperti yang mendakwa dirinya dari keturunan Nabi s.a.w ataupun wali ataupun ulama sehingga dia memandang lekeh kepada orang lain. Ini sama dengan slogan Iblis ketika membantah Allah: “Aku lebih baik daripadanya (Adam), aku diciptakan dari api sedangkan dia diciptakan dari tanah” (Surah al-A’raf ayat 12).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 10:18 AM | Show all posts
'Kebaikan' yang menjadikan diri semakin jauh dari Allah, bukanlah kebaikan yang sebenarnya. Kalau zahir nampak baik, hakikatnya bukanlah baik, bukanlah elok dikatakan sebagai kebaikan... hanya setakat zahir...

Macam munafiq lah, zahirnya dia nampak sebagai seorang Islam, tapi sebenarnya dia kafir. Baik kah seorang Munafiq? Mungkin zahirnya dia ada buat baik supaya dilihat sebagai Islam, hakikatnya dia tak baik berbuat begitu...

Comments

inilah masalah istilah....dua2 tahu maksud mereka sama.... tetapi ada istilah masing2..... dlm keadaan ini kena cari satu istilah kongsi.....  Post time 17-9-2015 10:33 PM
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 10:42 PM | Show all posts
Muhasabah diri lagi...
segalanya terletak di hati.
ikhlas keranaNYA..

bimbang juga jika ada sifat riak, ujub, sombong etc..
tapi pernah saya pergi dengar ceramah..ada ustaz/ustazah yang bercakap riak, bangga dengan ilmu yang ada dan perlekehkan mereka yang begitu ingin belajar, cakap celupar, dan bila ditegur, jawabnya..mulut je celupar, hati baik. Bagaimana tu?
Pada saya, lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Percakapan yang baik lahir dari hati yang baik dan akhlak yang baik lahir dari percakapan yang baik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2015 04:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Qura sebut... kl  kita ingat syurga tuh utk kita aje... maka cita2kan mati....

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2015 04:58 AM | Show all posts
True-X replied at 12-9-2015 04:53 AM
Qura sebut... kl  kita ingat syurga tuh utk kita aje... maka cita2kan mati....

orang yg bijak yg mengingati mati.

betul tu sebab dengan mengigati seorang poltician may be tak akan tergamak menyeleweng
atau dengan mengingati kita lebih berhati menjaga hubungan dengan Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2015 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 12-9-2015 04:58 AM
orang yg bijak yg mengingati mati.

betul tu sebab dengan mengigati seorang poltician may be tak ...

"Cita2kan mati" dan "mengingati mati"..... adelah perkara yg berbeza. ..

Tp xde bukti yg menunjukkan org yg asik ingat mati lebih bijak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2015 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
True-X replied at 12-9-2015 08:00 AM
"Cita2kan mati" dan "mengingati mati"..... adelah perkara yg berbeza. ..

Tp xde bukti yg menunj ...

Dan x der bukti yg menyanggah org yg ingat mati ITU tidak bijak.
Tapi yg bawa Sumner thesis palsu tu tak bebetul bijak pun tak kritikal..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2015 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade ke aku cakap orang yg sanggah mati tuh bijak?....proof?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2015 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 9-9-2015 10:42 PM
Muhasabah diri lagi...
segalanya terletak di hati.
ikhlas keranaNYA..

"ada ustaz/ustazah yang bercakap riak, bangga dengan ilmu yang ada dan perlekehkan mereka yang begitu ingin belajar, cakap celupar, dan bila ditegur, jawabnya..mulut je celupar, hati baik. Bagaimana tu? "


Orang2 yg sebeginila buat orang lain nak berbincang... ulas buah fikiran....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 03:59 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 12-9-2015 04:58 AM
orang yg bijak yg mengingati mati.

betul tu sebab dengan mengigati seorang poltician may be tak ...

BISMILLAH

refer 49:9


WALLAHU'ALAM
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:58 PM | Show all posts
jauh jauh kod bersembang
lebih baik perhati dekat2 sama
iaitu pada diri sendiri

adakah UJUB tu masih dok tahap semalam dan hari2 terdahulu???
UJUB= PERASAN kannnn
kalau dok perasan diri adalah dalam golongan yg SATU tuuuu
memang sah = ujub masih dalam diri

cuba cuba SYOHHHH JAUH2 SIKIT si ujub ni
baru dapat KETENANGAN DAN KEDAMAIAN
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 01:02 PM | Show all posts
orangbesi replied at 14-9-2015 09:58 PM
jauh jauh kod bersembang
lebih baik perhati dekat2 sama
iaitu pada diri sendiri

Mcm mana cara awak 'usir' ujub tu?
heheh

eh ujub.. syuh2..p men jauh2..mcm nie bekesan ka?


Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Apekejadahnya kebaikan membawa ke neraka? Very misleading......buat jahat, tapi hati baik kekdahnya,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 12:01 AM | Show all posts
apam replied at 16-9-2015 10:54 PM
Apekejadahnya kebaikan membawa ke neraka? Very misleading......buat jahat, tapi hati baik kekdahnya, ...

tajuk tu sensasi tapinya kalau dilihat kandungan topik ia berkenaan penyakit hati.

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 03:59 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 17-9-2015 12:01 AM
tajuk tu sensasi tapinya kalau dilihat kandungan topik ia berkenaan penyakit hati.

Aiik,,boleh boleh pulak ustad perlis tu cerita pasal bwnda tak nampak ie intangible ye.......kalau org lain tak bleh tau....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 05:39 PM | Show all posts
miftahuljannah replied at 15-9-2015 01:02 PM
Mcm mana cara awak 'usir' ujub tu?
heheh

eh ujub.. syuh2..p men jauh2..mcm nie bekesan ka?




memang berkesan pun
sangattt sangatttttt berkesan


cuma yg dok syuh syuh tu
bukan kat sekuntum bibir
bukan pula kat si hati yg berdetik tu
tapi SI UJUB tu sendiri maaaaaa


jadi dipendekkan cite
kenalah panggil dulu SI UJUB niiii
kenal le betul2 SI UJUB ni
baru le dapat syuh syuh dia jauh jauh sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2015 05:45 PM | Show all posts
apam replied at 17-9-2015 03:59 AM
Aiik,,boleh boleh pulak ustad perlis tu cerita pasal bwnda tak nampak ie intangible ye.......kalau ...

kalau dia punya ayat hang tak leh pakai
ni aku punya ayat plak
renung baik-baik yaaaa

RIAK, TAKABUR, SOMBONG, UJUB, BANGGA DIRI, PERASAN
bila perasaan sebegini ada semasa kita buat kebaikan (ikut hukum feqh laa)
maka tertolak segala amalan kita tu
dan dosa mereka yg teraniaya plak yg akan kita pikul
apa lagi .......di flying kick le dalam api

ok ke ayat camni...........sudi2lah tambahnye ya
tq
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbesi replied at 18-9-2015 05:45 PM
kalau dia punya ayat hang tak leh pakai
ni aku punya ayat plak
renung baik-baik yaaaa

Cemana hang boleh tau kebaikan seseorang itu disertakan dgn ujub? Hang Dr bedah hati ke der?  Kalau dah buat salah taubat ajelah, mudah mudahan diterima Allah. Bukannya dok gebang kalau kita buat salah tapi khusyuk dan tawaduk bertaubat sentiasa akan jadi lebih baik daripada org lain. Konsep tu aje dah misleading dan ujub.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 10:08 PM | Show all posts
BISMILLAH

apa natijah yg kita dgn muhasabbah org lain?

nak bg pahala free ?

WALLAHU'ALAM
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 03:15 PM | Show all posts
apam replied at 18-9-2015 06:21 PM
Cemana hang boleh tau kebaikan seseorang itu disertakan dgn ujub? Hang Dr bedah hati ke der?  Kala ...

Cemana hang boleh tau kebaikan seseorang itu disertakan dgn ujub? Hang Dr bedah hati ke der?  Kalau dah buat salah taubat ajelah, mudah mudahan diterima Allah. Bukannya dok gebang kalau kita buat salah tapi khusyuk dan tawaduk bertaubat sentiasa akan jadi lebih baik daripada org lain. Konsep tu aje dah misleading dan ujub.




maaf lambat jawab - pc tergolek seround

ujub tu sebijil perkataan kita iaitu PERASAN
dok perasan buat baik kononnya kita yg buat, tak plak terlintas HIDAYAH ALLAH
dan nak tau PERASAN kat org lain ni
kenalah tau PERASAN tu dulu camana
perasan yg kecil kecil sampai yg besau besauuuuuu9

[pasa tu dlm SURAH ALMAUN: CELAKALAH MEREKA YG SOLAT
LALAI DALAM SOLAT DAN RIAK    (sila baca yeee)
napa plak TUHAN tak kata celakalah mereka yg tidak solat???
tanya tanyalah kat dalam diri tu yeeee

dan kalau kamu nak juga tahu dia tu ada ciri2 kemunafikan
wat le cam aku - dok dgn org tu 3 hari ka/ berperjalanan dgn dia ka
baru tau hati budinya yg sebenar
selamat mencuba


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.522220 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list