|
Edited by kakasotong at 8-9-2015 12:50 PM
Sekali Kena 'Kencing' Daa...
Bunyinya agak kasar. Tapi itulah realitinya. Setelah lama team MW approach pasangan selebriti ini, akhirnya giliran aku pula mencuba nasih. Alhamdullillah, dapat juga tarikh untuk sesi photoshoot.
Hari terakhir minggu sebelumnya, aku bersama si rakan kamceng, kak Naimah pergilah mencari pakaian sesuai untuk pasangan selebriti itu. Memang perbincangan awal, mereka mahu mengenakan pakaian sendiri, maklum sahaja duta butik. Tetapi pakaian standby itu kena tetap ada. Mana tau pakaian mereka tak sesuai pula dengan konsep, muncung sedepa nanti editor kami. Hihi.
Hampir seharian mencari baju sesuai, pulanglah aku ke pejabat semula. Lega sudah. Namun sebenarnya rasa tidak sedap hati itu tetap ada. Tidak tahu mengapa. Mainan perasaan kot. Tarikh dijanjikan hari Isnin jam 11 pagi. Hari Ahad sebelah malamnya, aku terima pesanan WhatsApp daripada artis berkenaan. Terdiam seketika. Esok kot nak photoshoot tapi kena cancel sebab pasangannya demam panas, sampai tak boleh bangun. Yelah, dah nak sakit bukan boleh dijangka kan.
Masih boleh positif dan berharap esoknya akan sembuh. Keesokan paginya, aku masih mengharapkan keajaiban. Moga beransur sihat dan sesi kami berjalan seperti yang dirancang. Namun sehingga jam 9 pagi, tiada balasan danaku andaikan memang tiada rezeki aku mahu bekerjasama dengan pasangan hot tersebut. Photographer cancel, make up artist cancel dan aku pun termenung sendiri.
Tiga hari selepas itu, aku tanyakan perkembangan si artis itu. Aku cadangkan tarikh baru dan dia setuju. Mungkin pasangannya akan beransur pulih. Aku set semula dengan mereka terlibat dan minta penangguhan loan baju daripada butik yang aku minta minggu sebelumnya.
Dalam hati berdoa semuanya akan baik-baik sahaja. Sehari sebelum tarikh photoshoot baru, aku tanyakan perkembangan terbaru lagi. Kata si artis, pasangannya sepertinya sudah sembuh cuma batuk masih belum hilang. Lega namun masih bimbang.
Keesokannya paginya, aku dapat pesanan WhatsApp daripada artis tersebut. Katanya akan lewat hadir ke studio kami. Aku jawab OK namun diselangseli dengan gurauan ‘Jangan cancel lagi tau’. Segera aku WhatsApp make up artist memberitahu perkembangan terkini tersebut. Hampir dua jam menunggu, aku terima panggilan telefon dari si artis.
Sebelum dia sempat berkata-kata, aku memotong perbualan dan berkata ‘Hai adik, ada kat mana sekarang? Jangan cakap cancel pula tau.’ Huhu. Tapi suara di hujung talian bergetar pula. Ah sudah, memang cancel lah tu. Sempat hatiku berteka sendiri. Sambil sesekali terdengar esakan kecil, ya comfirm photoshoot cancel untuk kali kedua. Sebabnya? Pasangannya masih belum sihat sepenuhnya. Ermmm... nak terkata apa aku.
Pada hari kejadian selepas menanti dari jam 11 pagi, jam 1.30 tengahhari, khabar tidak seronok itu aku dengar.
Aku khabarkan pada editor, cancel lagi. Agak kecewa juga dia. Paling terkesan di hati aku, nak gantikan dengan artis mana pula sebagai muka depan selepas giliran aku artisnya cancel pada hari kejadian? Gila, tak sentap. Maklumlah deadline mingguan ini, sekali cancel kena fikir back up plan cepat. Ke nanti nak letak muka aku sebagai cover majalah? Haha.
Sudahnya aku terdiam. Teringat geng MW, kak Julie yang sudah shoot cover tetapi gilirannya lambat lagi. Jadi dia tolong masukkan dulu. Terima kasih Kak Julie, sayang. Syukur ada back up. Reda dari rasa sentap, aku kembali positif. Jadi wartawan ini, sentap itu biasa. Tapijangan lama-lama. Kalau lama-lama sentap, baik berhentijaga anak jadi suri. Hihi.
Jadi, kesimpulannya, 10 tahun jadi wartawan 1st time aku kena ‘kencing’. Bukan sekali tetapi dua kali. Kenapa aku kata kena ‘kencing’? Sebab kalau sekali, mungkin betul. Tapi dah masuk dua kali, siapa boleh terima beb.
Gitulah asam garam dunia wartawan...
**********************************************************
Jom berspekurina chuols semua. Klu diberikan:
1. Pasangan selebriti hot
2. Jadi DUTA butik
3. Pasangan ada sakit demam panas baru2 ni. (Ada mana2 retis yg update ig kata demam, etc.?)
Sumber: mingguan.wanita.karangkraf
|
|