CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10068|Reply: 97

[Tempatan] Kepala dia masuk air – Zahid Hamidi

[Copy link]
Post time 7-9-2015 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Kepala dia masuk air – Zahid Hamidi
Dr Zahid dituntut penjelasan oleh Abdul Hamid mengenai pertukaran serta-mertanya yang menyaksikan beliau dikeluarkan daripada PDRM. Foto fail TRP/ Azrol Ali



[size=100%]KUALA LUMPUR, 6 September:
“Kepala dia dah masuk air.”
Itu jawapan ringkas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Datuk Abdul Hamid Bador yang mempersoalkan alasan dia dipindahkan secara serta-merta.

Jawapan itu dihantar Dr Ahmad Zahid kepada The Rakyat Post menerusi aplikasi Whatsapp.

Terdahulu, Abdul Hamid dalam kenyataannya menuntut jawapan daripada Dr Ahmad Zahid sendiri mengenai alasan beliau dikeluarkan daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

“Oleh kerana beliau yang memaklumkan secara lisan kepada saya tentang “pertukaran” tersebut maka sudah tentu beliau tahu sebab musababnya.

“Saya merasakan diri saya dihina seolah-olah seperti najis `mughallazah’ dan tak layak utk memakai lencana keramat PDRM itu lagi,” katanya.

Abdul Hamid dalam membayangkan rasa tidak puas hatinya, berkata banyak pihak menuduhnya menyalahkan pihak lain sambil sambil mendakwa pertukaran itu sebagai sesuatu yang `normal’ di mana sebelum ini ramai pegawai kanan polis telah dipinjamkan ke jabatan atau kementerian lain untuk menjalankan fungsi-fungsi khusus.

“Betul. Tetapi dalam kes saya ini ia amat luar biasa sekali kerana arahan tersebut datang dari seorang Timbalan Perdana Menteri.

“Seperkara lagi yg luar biasa tentang pertukaran saya ini ialah tiadanya jawatan yang menunggu sewaktu saya melapor diri untuk mula bertugas,” katanya.



Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/07/kepala-dia-masuk-air-zahid-hamidi/#ixzz3l0S0ldYp

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2015 08:05 AM | Show all posts
in other word ... I m the boss ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:08 AM | Show all posts
Edited by zorrro_03 at 7-9-2015 08:20 AM

Kepala zahid masuk apa pula.  Makin celaka muka dia sejak akhir ni.  Mcm nak.kena bala saja...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:08 AM | Show all posts
akak ingatkan dia cakap gitu sambil merujuk kepada anaknya si dayah
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:09 AM | Show all posts
MissNigga replied at 7-9-2015 08:05 AM
in other word ... I m the boss ...

rule : the boss is always right
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 7-9-2015 08:08 AM
akak ingatkan dia cakap gitu sambil merujuk kepada anaknya si dayah

me too.si dayah tu mmg nmpk sgt msk airnye.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2015 08:12 AM | Show all posts
kepala zahid dah tak mampu keluarkan air lagi sis....andropause  gitewww
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:12 AM | Show all posts
another drama...cpt la PRU
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2015 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ewah2 sukati jawab macam tu.xprofesional.kalau betul la tu yg zahid jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
boleh ke seorang menteri bagi jawapan mcm.budak skolah?
jawapan yang menunjukkan dia memang x blaja cara menjawab soalan dengan baik...
kalo masa dia kecik jawab gitu dengan cikgu...dh lama dia ni kene pelempang (uols kan kata dolu dolu pelempang makpak x kesahl)
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:24 AM | Show all posts
Abdul hamid ni nak penjelasan apa lagi..dah kena tukar, tukar lah, tukar dan bertukar dan ditukarkan ini bukan perkara ganjil bila berkhidmat dalam perkhidmatan awam..ditukarkan bila bila ada sesuatu keperluan untuk diisi maupun lain lain sebab...aku rasa tiada seorang pun penjawat awam yang lain bertanya direct kepada tpm kenapa dia ditukarkan seperti dia nih..dah tugas penjawat awam berkhidmat untuk negara..terlalu ramai penjawat awam yg di tukarkan kemerata rata tempat...dia ni tak tahu ke??
jawapan tpm untuk abdul hamid ini dah kena pada tempatnya..jawapan yang layak dan betul ...kepala masuk air..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:35 AM | Show all posts
zorrro_03 replied at 7-9-2015 08:08 AM
Kepala zahid masuk apa pula.  Makin celaka muka dia sejak akhir ni.  Mcm nak.kena bala saja...

skrg nampak kan perangai zahid ponorogo nie mcm mana...

hancur msia, dia blh balik indon naik tongkang..epss..upgrade ke kapalterbang
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Macai dna jawa cuba membeking kaum sespisis..... mcm biasa. .statement xde point..tulis pjg2. ..kosong..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:46 AM | Show all posts
mcm ni ke TPM??


makin menggila org2 kabinet Najib ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:47 AM | Show all posts
abdul hamid ni jadi ape pasni da xde jawatan menu ggu dia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2015 08:47 AM | Show all posts
Saya ingin jawapan kenapa ‘ditendang’
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
                                                             6 September 2015                              


                                            Abdul Hamid Bador - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB



                                                                                                                              SHAH ALAM - "Saya ingin jawapan dari (Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri), Datuk Seri Dr Ahmad  Zahid Hamidi sendiri atas alasan apakah saya 'ditendang' keluar dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

        Oleh kerana beliau yang memaklumkan secara lisan kepada saya tentang pertukaran tersebut maka sudah tentu beliau tahu sebab musababnya," kata bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

        Dalam kenyataan itu lagi, Abdul Hamid berkata, dirinya seperti teraniaya dan dihina dek kerana pertukaran aneh tersebut.

        "Saya merasakan diri saya dihina sebegini dan tak layak untuk memakai lencana keramat PDRM itu lagi. Adakah pertukaran ini dibuat kerana saya berada bersama (bekas Peguam Negara) Tan Sri (Abdul) Gani Patail di rumah beliau pada malam sebelum beliau dipecat?.

        "Atau adakah semata-mata atas sebab saya sering mengkritik tentang hala tuju dan tempoh  lembap proses siasatan ke atas kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad)?.

        Saya dimaklumkan bahawa di dalam salah satu mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pegawai tinggi kerajaan yang lain.

        "Adakah sewaktu mesyuarat ini hukuman ke atas saya diputuskan? Jika benar, amatlah hina diri ini saya rasakan. Ramai yang menuduh saya sebagai ‘sore loser’ sambil mendakwa pertukaran itu sebagai sesuatu yang normal di mana sebelum ini ramai pegawai kanan polis telah dipinjamkan ke jabatan atau kementerian lain untuk menjalankan fungsi-fungsi  khusus. Tetapi dalam kes saya ini ia amat luar biasa sekali kerana arahan tersebut datang dari seorang Timbalan Perdana Menteri.

        "Saya mengaku bahawa memang saya berada di rumah Tan Sri  (Abdul) Gani Patail hampir sejam setengah, dua malam sebelum beliau dipecat di mana banyak perkara telah dibincangkan. Saya mengaku bahawa di masa lalu Gani Patail sering meminta pandangan Cawangan Khas dalam banyak isu tertentu, khususnya yang mempunyai implikasi terhadap keselamatan negara. Jika fakta inilah yang dijadikan alasan oleh Datuk Seri (Dr) Ahmad Zahid Hamidi untuk menghukum saya maka kejamlah," katanya kepada Sinar Online hari ini.



        Sebelum ini beliau pernah tampil untuk menegur pentadbiran Putrajaya walaupun masih menjadi penjawat awam dan dikehendaki menjawab surat tunjuk sebab berikutan melakukan sidang media tanpa kebenaran.

        Beliau kini dikendaki melapor diri ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai Timbalan Pengarah Isu-Isu Keselamatan dan Transnasional (SIS).

        Dalam satu laporan lain sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pertukaran Abdul Hamid adalah sebagai pengiktirafan atas kemampuan dan pengalamannya dalam menangani isu keselamatan.

        Khalid berkata, pertukarannya keluar daripada perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukanlah sesuatu yang 'luar biasa'.

        "Sebelum ini, Tan Sri Bakri Omar, Tan Sri Zaman Khan, Datuk Seri Zulkifli Md Noor dan saya sendiri pernah ditempatkan di beberapa agensi kerajaan untuk tujuan memenuhi tuntutan dan keperluan semasa," katanya.

        Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, beliau berkhidmat dalam PDRM adalah kerana tanggungjawab bukan untuk kepentingan peribadi.

        "Tidakkah beliau sedar bahawa saya ini seorang ‘career officer’ dalam PDRM  dan bukannya macai politik?

        "Bukankah sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau sepatutnya membela saya?” katanya lagi.

        Katanya, tindakan saya melawan arus ini beliau ambil dengan penuh keinsafan dan kesedaran bahawa masa depan saya dalam PDRM akan terjejas dan nyawa saya juga mungkin terancam. “Saya pasrah dengan harapan agar nasib yang menimpa diri saya ini tidak berlaku ke atas penjawat awam yang lain.

“Saya berdiri atas prinsip bahawa kebenaran itu diredai ALLAH SWT," katanya.-Sinar Harian


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2015 08:50 AM | Show all posts
ermmmmm....slow² dia akan bangkit......
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Gilaa punya tpm, camtu punya jwpn pun boleh. Bru brape bln jd tpm dh mcm2 jwpn bodo yg dia kasi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:53 AM | Show all posts
Indon2 sekalian.....sila klaim si Zahid Komedi nih....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila indon mula tunjuk kuku.
Kan dh ckp indon jgn dibg muka.
Skrg dah tunjuk belang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.065313 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list