CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3750|Reply: 7

[Politik] Bahana! Lantang Bersuara Tanda Pendek Akal

[Copy link]
Post time 3-9-2015 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-IIN at 3-9-2015 04:59 PM

Oleh Izzah Abbasy

Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap ia memberi manfaat tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh. - Amru al-As

Anda pasti menyangka percakapan dan tindakan di luar batas merupakan satu keberanian yang dapat menggerunkan orang, padahal ia membuatkan orang semakin menjauh selain ia mencerminkan diri anda sendiri.

Hari ini, rata-rata masyarakat tidak kira daripada pemimpin, ulama, majikan, pegawai, pekerja, peniaga, jiran tetangga, belia, remaja, pelajar sekolah, anak kecil dan lain-lain lantang bersuara sehinggakan tiada rasa malu sedikitpun. Ke mana hilang sopan santun dan perasaan malu dalam diri? Kurang didikan agama barang kali sedangkan belajar bukan main jauh lagi sehingga ke luar negara.







Penulis suka berkongsi sesuatu yang boleh membawa kita sama-sama bertenang dan berfikir sejenak sesuatu isu. Kenapa setiap kali kita diherdik dan dimaki kita akan marah? Mengapa saat kita dipuji kita bagai melayang-layang indah dan terapung-rapung? Bagaimana pula ketika perbincangan, kita tidak boleh menerima pendapat orang lain? Apakah yang membuatkan kita cemburu dan sakit hati dengan seseorang itu? Kadang-kadang kita merasakan kita sahaja yang betul. Percayalah, semua yang terjadi ia bermula daripada hati dan akal yang menggerakkan segala-galanya. Sebab itulah, orang-orang tua selalu berkata, "biar buruk rupa, jangan pendek akal".

Berbicara dengan orang perseorangan atau awam sama ada secara langsung atau melalui tulisan, media cetak mahupun elektronik dan lain-lain mempunyai tatacara dan adab yang tertentu.
Setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta perangainya. Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah merupakan ibadah yang besar pahalanya. Lantang bersuara bukan sahaja secara lisan, secara tulisan seperti memuatnaik status di laman sosial juga merupakan lontaran suara hati.



Kata-Kata Motivasi Prof Dr Muhaya


Bukan mudah kita mengubah seseorang, ia harus berbalik pada diri sendiri. Jika hati sudah mati, nasihatlah bagai manapun, ia tetap begitu. Malu dan sedih melihat rata-rata bangsa kita hari ini yang hilang nilai kesopanan dan perpaduan. Masing-masing tidak mahu mengalah, apatah lagi ingin mengaku kesalahan sendiri.

Bak kata pepatah ini, "ikutlah resmi padi, makin berisi makin ia tunduk kebumi. Jangan ikut rasmi lalang, makin tumbuh, makin menjulang". Seharusnya, semakin banyak ilmu atau semakin tinggi pangkat semakin merendah diri. Tetapi hari ini? Jawapan ada pada diri sendiri.

Sampai bila mahu tunding jari, tunding kata sesama kita? Jadilah orang yang bijak, tidak membuka aib musuh mahupun sahabat pada khalayak lain. Fikirkan bersama. - CARI Infonet


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 04:54 PM | Show all posts
Anda Layak Jika Gaji Melalui Bank (Kerajaan, Swasta dan Pencen)

SYARIKAT PINJAMAN PERIBADI DI KEPONG
PAKEJ TERHANGAT :: Kami menyediakan satu PAKEJ KHAS bagi anda yang mempunyai pinjaman di syarikat lain

** CTOS / CCRIS & BLACKLIST layak memohon !!

:: FREE INTERST 2BULAN !!
:: Tanpa UPFRONT :: Tanpa PENJAMIN
:: Kelulusan Segera  
:: Dokumen ringkas !!
:: Skim bayaran yang FLEKSIBEL (boleh dirunding) !!
:: Had pinjaman lebih tinggi * tertakluk kepada syarat-syarat syarikat !!

Dokumen yang perlu disediakan :- ORIGINAL
* Penyata gaji 3 bulan (terkini)
* Penyata bank 3 bulan (terkini)
* Bil Elektrik & Bil Air (terkini)
* Surat Pengesahan Jawatan

HUBUNGI KAMI DI TALIAN:

Tel : 011-33825563/ 03-62594889 Zila

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 05:02 PM | Show all posts
aku perati memang generasi baruni padnai ckp la..rata ex staff aku yg lepas u tu semua ..wah kalu bercakap kalah popeser..tapi bagi keje terkemut2. tu blom bab mengulau..akai kt lutut.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 05:09 PM | Show all posts
muhaya ikan bilis tu kan???
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 05:37 PM | Show all posts
kenape muhaya ikan bilis ek?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 06:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2015 06:55 PM | Show all posts
macamlah org yg dikategorikan pendek akal ni kesah pasal martabat ngan maruah ni semua... diorang xkisah langsung, sbb diorang tahu benda tu sebenarnya xmemberi kesan pn. xmati, xsakit. kadang ramai yg hidup berjaya tp lantang juga. biasanya motif dendam, nak lepaskan geram. nti bila dah lama2 diorang akan slow dan mula slow.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku boleh terima sikit kalau lantang face to face.. tp kalau takat kt social media.. rasa cm nak tampor je. Ade tu depan2 pijak semut pon x mati.. dalam fb kemain maki hamun carut die
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Clash of Titan:TMJ tak puashati MFL kurangkan denda Selangor FC.Sindir Sultan Selangor?
YgBenarClash of Titan:TMJ tak puashati MFL kura
Views : 10462 Replies : 62
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 8587 Replies : 39
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 267538 Replies : 6691
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 14698 Replies : 85
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106011 Replies : 2908
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 13830 Replies : 19
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 77359 Replies : 3190
KUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak ini dalam filem P Ramlee?
akuperatijeeKUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak in
Views : 77001 Replies : 260
Korang beli lagi tak surat khabar
makitingKorang beli lagi tak surat khabar
Views : 11080 Replies : 75
...Skrin TV...
seribulan...Skrin TV...
Views : 5223 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.087487 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list