Video pengawal keselamatan belasah wanita pengemis jadi viral
[size=100%]KUALA LUMPUR, 2 September:Satu klip video yang memaparkan seorang pengawal keselamatan membelasah seorang wanita warga emas menjadi viral di internet.
Klip video berdurasi 1 minit 32 saat itu menunjukkan pengawal keselamatan terbabit menendang wanita malang itu yang dilihat duduk di tepi kaki lima.
Video yang dimuat naik oleh Facebook Cerita kita itu juga menunjukkan lelaki berkenaan mengacu cota ke kepala ewanita terbabit dan mengancamnya sebelum beredar.
Menurut komen pada klip video tersebut, insiden berkenaan dipercayai berlaku di sebuah bank di Sandakan, Sabah.
Menurut pengguna Facebook Juhan Junaidi, wanita tua terbabit merupakan pengemis yang sering dilihat berada di kawasan berkenaan.
“Dia biasanya memaksa orang ramai memberikannya wang,” kata Juhan pada ruangan komen video terbabit.
Dalam video berkenaan, seorang lelaki dilihat menghampiri wanita itu selepas pengawal keselamatan meninggalkannya dan berbual ddengannya sebelum menghulurkan wang.
Malah tindakan pengawal keselamatan berkenaan yang mengasari wanita itu menimbulkan kemarahan netizen.
Seorang pengguna Facebook, Shakirnah Osman berkata, “Ini tidak patut. Bagaimana seorang wanita boleh diperlakukan demikian. Pihak polis perlu mengambil tindakan ke atas pengawal keselamatan itu.
Seorang lagi pengguna Facebook, AznIzam AzIz berkata, wanita berkenaan adalah pengemis dan sering berlegar di kawasan itu, tindakan pengawal keselamatan itu tidak wajar: “Beri sahaja sedekah kepadanya, bukan tendang macam itu.”
Video yang dimuat naik hari ini itu ditonton sebanyak 7,394 kali.
Pautan: https://www.facebook.com/831511046904045/videos/864080853647064/
TRP
Sandakan: Seorang wanita berusia 50-an bukan sahaja kepalanya ditolak menggunakan cota, malah turut disepak pengawal keselamatan di sebuah syarikat perbankan dengan rakaman video kejadian berkenaan menjadi ‘viral’ di laman sosial Facebook.
Video berdurasi 17 saat itu dipercayai berlaku di hadapan bank di Bandar Prima Square, Batu Empat, di sini, kelmarin, sebelum tersebar di laman sosial sehingga mencetuskan perasaan tidak puas hati orang ramai khususnya penduduk di daerah ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila wanita terbabit yang dipercayai mengalami tekanan jiwa duduk di hadapan sebuah bank sebelum didatangi pengawal keselamatan dan berlaku pertengkaran menyebabkan wanita itu ditendang dan kepalanya ditolak menggunakan cota.
Seorang wanita yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian itu, dia berada di dalam bank terbabit untuk mengeluarkan duit.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 7:19 AM
PENGAWAL keselamatan menendang wanita terbabit dihadapan bank. Gambar kanan, kepala wanita ditolak menggunakan cota.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74818#sthash.hqMcpcAn.dpuf
|