View: 8219|Reply: 97
|
[Tempatan]
Nigeria scam masa jual barang online
[Copy link]
|
|
Negara disasar jadi hab penipuan warga Afrika
24 Ogos 2015 6:02 PM
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Malaysia dikhuatiri akan menjadi hab kepada sindiket penipuan warga Afrika (African Scam) jika jenayah itu masih berterusan dan tidak dibanteras dengan serius.
Perkara itu bakal terjadi apabila kemasukan warga Afrika tanpa penapisan ‘khusus’ dijangka memudaratkan negara ini berikutan sindiket tersebut dikesan mula melakukan penipuan terhadap mangsa-mangsa di luar negara.
Menurut satu sumber, sindiket penipuan yang didalangi warga Afrika itu mula menyasarkan individu dari luar negara seperti Singapura, Hong Kong, Taiwan, Kanada dan Austalia.
Sumber berkata, keuntungan yang diperoleh daripada mangsa luar negara jauh lebih besar daripada mangsa tempatan kerana nilai mata wang mereka yang besar di Malaysia dan Afrika.
“Polis mengesan, sindiket dari negara terbabit mahu menjadikan Malaysia sebagai hab dalam penipuan African Scam kerana kemudahan yang ada di negara ini seperti sistem perbankan yang teratur serta kebanjiran warga Afrika di sini.
“Walaupun kebanyakan mangsa yang dikesan adalah warga tempatan namun jika ‘pancing’ mengena mereka tidak akan melepaskan peluang memperdaya warga asing kerana transaksi yang akan diperoleh nanti jauh lebih banyak,” katanya.
Sumber turut memberitahu, siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan mangsa-mangsa sindiket African Scam yang beroperasi di Malaysia adalah meliputi satu dunia.
Ini disebabkan terdapat sekurang-kurangnya 50 kumpulan sindiket penipuan yang didalangi warga Afrika di negara ini.
“Mereka ini dikesan bukan daripada satu sindiket yang sama tetapi dipercayai berasal dari satu kumpulan sindiket yang beroperasi di Nigeria. Setiap wang yang masuk ke dalam akaun akan dikeluarkan segera dan dipercayai terus di hantar ke negara terbabit.
“Dalam satu kes melibatkan seorang wanita warga Australia sindiket berkenaan telah berjaya menipu mangsa sebanyak beratus-ratus ribu dan terbaharu, seorang wanita Singapura turut berjaya diperdaya sehingga kerugian hampir RM100,000,” katanya.
Jelas sumber lagi, strategi penipuan yang dilakukan terhadap mangsa warga asing juga tidak banyak beza daripada penipuan kepada warga tempatan.
“Dalam penipuan Love Scam atau Parcel Scam sindiket disyaki menggunakan taktik dan ‘skrip’ sama yang digunakan terhadap warga tempatan.
“Mangsa ditipu di Facebook sama ada dengan taktik menghantar sejumlah wang untuk mendapatkan barangan berharga yang dihantar tetapi dihalang masuk di pintu masuk negara mereka atau taktik mahu meminjam wang untuk satu peluang perniagaan,” katanya.
Tambah sumber, tidak seperti proses penipuan warga tempatan, penipuan melibatkan mangsa luar negara lebih kompleks kerana melibatkan dua atau tiga buah bank sebelum wang terbabit berada di tangan sindiket.
- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/negara-disasar-jadi-hab-penipuan-warga-afrika-1.127908#sthash.wi27qiB1.dpuf
Saya pernah kena baru-baru ni. Saya iklankan radio antik tahun 1960-an di mudah.my... Saja la letak harga tak logik rm1200 sebab kalau sapa yg berminat mesti dia tawar menawar kan..Tak lama lepas iklan ada whatsapp masuk, gambar profile satu family omputih...cakap dr kanada..nak beli radio buruk tu dgn rm1200...saya kata la kat dia, tak boleh kot jual kat u sebab kos penghantaran mestilah majal giler..mahal dr harga radio tu..
Dia kata dont worry, dia akan arrange agent private yg akan mai pick up brg tu..siap agent tu yg akan packing semua..dia mintak add email paypal saya..
Gedebuk gedebak gedebuk gedebak, esok tu dia whatsapp call, bgtau dah transfer ke paypal..dia suh saya baca email n reply confirmation la..masa tu dah sangsi, sebab suara mcm bukan slang canada or US pun..mcm slang timur tengah cakap omputih..
Check email n paypal, takde apa pun...agaknya lama dia tggu saya reply, dia whatsapp kata cuba check kat kat spam..masa ni tak terpikir lagi..yerla excited nak dpt rm1200 kan, pdahal radio antik nak reput dah pun hahaha..
Ni email dia
You've received an instant payment!
Dear Mrs Fimie
This e-Mail confirms that you have received an Instant payment of RM 2,800.00 MYR
from lugard fredrick via PayPal MERCHANDISE Payment Service.
Reversals : This method of payment can not be reversed.
Status : Pending - Transport Company Awaiting Payment.
View the details of this pending transaction below.
Summary of this transaction
Sent From lugard fredrick
[email protected]
Sent to Fimie
Transaction ID KMM69870892V1725L0KM
Item Amount RM1,200.00 MYR
Transport Charges
Western Union charges
Total Amount
Item Title
RM1,500.00 MYR
RM100.00 MYR
RM 2,800.00 MYR
Purchase
Transport Company:
Courier Details: Agent Name : Hammed Ajani
City: Ibadan
State: Oyo
Zip code: 23402
Country: Nigeria
Address Status: Confirmed https://www.paypal.com/us/cgi-bin/?cmd=p/pop/confirmed_address
Nampak tak situ, dia bank in rm2800, lebih dr rm1200..dia kata yg lebih tu kos kourier..ada lagi satu email lepas tu, suh saya pi western union, byr dulu rm1500 utk shipping, supaya pembeli tu tak tertipu ngn saya la, lps dah konfirm baru dia akan byr blk rm1500 tu, which is dah transfer la kononnya dlm rm2800 tu, lps western union confirmkan baru rm2800 akan released ke akaun paypal saya..
Tak sempat nak hadam lagi, dlm kepala dok pikir aku dok kampung ni, celah mana ada western union..sbb lama sgt pikir kot dia call lagi..then baru otak saya register..kepala hotak hang la penipu!!
Saya maki la dia, hang ingat aku bodo ka? Aku takmau juai radio aku kat hang? Pastu apa tah dia dok cuba yakinkan saya dan saya terus maki hamun dia lalu dia pun terus letak.
Kesimpulan nya saya dah buang masa beberapa jam sebab benda ni.
Harap takde yg terkena lagi lps ni..
T.kasih..
|
|
|
|
|
|
|
|
Negro menyamar perempuan pun ada arituh |
|
|
|
|
|
|
|
bayar je la.
mana taw kot2 rm2.6 beliyon masuk akaun kita |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin dia nak derma tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
wanita2 .. xkira apa status anda.. sehebat mana kesunyian yg anda rasakan.. seteruk mana rasa rndah diri yg anda hadapi.. tlg la berpikir dgn waras.. jgn mudah ditipu dgn wang ringgit... cinta dan kasih syg sejati xdmulai dgn wang ringgit... pliss |
|
|
|
|
|
|
|
Pembeli barangan online sememangnya bodoh sejak azali kan?mudah percaya beli barang yang tak nampak pun depan mata..pas terkena pakat mengelupor sorang2.. |
|
|
|
|
|
|
|
mna radio antik tu? pm kt aku |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-8-2015 08:55 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
tricomonas replied at 31-8-2015 08:19 PM
Pembeli barangan online sememangnya bodoh sejak azali kan?mudah percaya beli barang yang tak nampak ...
Ni mesti tak baca pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tt..nama.kita dekat2 |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-8-2015 09:02 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
TuntungReturn replied at 31-8-2015 08:27 PM
mna radio antik tu? pm kt aku
Alaa baru delete iklan tu..pic pun dah delete dr phone, radio tu ada kat umah mak..esok insyaallah ingt nak balik sana, nnt saya pm |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-8-2015 09:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
fiemie replied at 31-8-2015 08:56 PM
Tt..nama.kita dekat2
Hehe haii.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia tak beli, dia JUAL barang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-8-2015 10:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
hanalisa replied at 31-8-2015 09:10 PM
dia tak beli, dia JUAL barang.
Betul tu.. Org citer pasal benda lain... Takdak terkena apa2 pun, takde menggelupur apa pun ..
cuma sharing sebagai peringatan kpd org lain yg juga JUAL secara online, terutamanya kat mudah.my, supaya berhati-hati dengan yang menyamar jadi pembeli dan suruh kita pulak masuk duit shipping kat dia dulu...
Tetiba je kata pembeli online bodoh sejak azali... zaman internet ni normal kot beli online..
|
|
|
|
|
|
|
|
andartu atau janda malaysia yg terdesak aja mudah percaya ya haha |
|
|
|
|
|
|
|
si cikgu laki lari dgn maid indon jiran tu pun mesti percaya dgn benda2 bodoh macam ni punyer la...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pergi kedai iStudy kat Subang Jaya sebab nak beli komputer, depa suruh balik order online jer sebab stock takde. so sapa yang bodo? aku ke orang kedai tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-8-2015 10:51 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
hanalisa replied at 31-8-2015 10:38 PM
Aku pergi kedai iStudy kat Subang Jaya sebab nak beli komputer, depa suruh balik order online jer ...
Skang ni segala benda boleh beli online tapi kena la pandai beli kt org/company yg boleh dipercaya.. Google dulu ke, tgk feedbacks customer ke..
Kannn...
Isunya di sini adalah scammer nigeria yg menyamar jd pembeli..dan cuba menipu penjual online dgn pelbagai cara.. Diorg ni berpusat di malaysia..so sama2 ingtkan org2 tua kita ke yg baru2 guna internet, kot jual apa2 kt online, excited ada pembeli, tetiba kena tipu konon2 byr duit shipping dulu ...saya google..benda ni ramai yg terkena sejak 2009 lagi.. Bkn kt msia saje plak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ye btul. kena rajin sket nak survey
|
|
|
|
|
|
|
|
yang nak beli barang pun ade la...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalu kat mudah tuh senang jah nak detect genuine enquiries dgn scammer punya ayat...sbb ayat2 scammer ni sepesen jah, aku dpt mesej pertama pun dah block nombor depa...kosserrrr nak layan |
|
|
|
|
|
|
| |
|