View: 22378|Reply: 123
|
[Politik]
{1}Pramugari nangis seharian sblm terjun dari tgkt 4! pic
[Copy link]
|
|
3 jam yg lalu
Pramugari Dilihat Menangis Sehari Sebelum Ditemui Mati Jatuh Tingkat 4
------------------------------
Mayat mangsa, Chong Nyuk Moi, 29, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh beberapa penduduk di situ pada jam 6.25 petang semalam.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat seorang perempuan yang dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan itu pada jam 6.28 petang.
Katanya, beberapa anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang perempuan yang lengkap berpakaian berada dalam keadaan tertiarap di atas jalan di bawah bangunan Blok B Green Avanue Bukit Jalil.
“Mangsa yang bekerja sebagai pramugari syarikat penerbangan MAS dipercayai mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dikatakan bertindak terjun dari tingkap rumah di blok berkenaan berdasarkan bukaan pada tingkap dan juga selari dengan tempat dia jatuh.
“Tiada saksi melihat kejadian itu, tetapi dipercayai berlaku ketika hujan lebat sekitar jam 6.30 petang semalam,” katanya.
Menurut jurucakap itu lagi, polis turut menemubual seorang rakan mangsa yang tinggal serumah, tetapi tidak sedar kejadian itu berlaku kerana sedang tidur di bilik berasingan.
Bagaimanapun, katanya, rakan itu memberitahu pada awal pagi kejadian, mangsa dilihat menangis seorang diri di bilik tidurnya, tetapi tidak mengetahui punca yang berlaku.
“Namun, anggota polis menjumpai nota kecil yang diconteng dengan perkataan yang disyaki untuk membunuh diri terletak di atas katil dalam bilik tidur mangsa.
“Keadaan bilik mangsa tidak berselerak dan dompetnya juga masih berada di atas katil serta tingkap bilik tidur telah terbuka dan konsisten dengan tempat mangsa jatuh,” katanya.
Siasatan juga katanya, mendapati kematiannya tiada unsur jenayah dan mangsa dipercayai bertindak terjun keluar melalui tingkap bilik untuk membunuh diri.
Mayat Nyuk Moi kemudian di bawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.
‪#‎infoBSKHKUcrew‬
p/s takkan pasal acong plak...opss acong plak...alongggg laaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah termengandung bf pulak cha alif bot ~ gitu sokmo lah motip bunuh diri |
|
|
|
|
|
|
|
skeri pulok nengok picca beruniform sheols tu |
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun (sebelum ada aje orang yang nak komen tak boleh sebut gini, saya rasa saya dah lepas dah level dimana saya nak kena explain; RSAW terpadam pelita kat rumah Baginda pon Baginda kata innalilllah..) |
|
|
|
|
|
|
|
sayangnye....lawa
what a waste |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya, tak dpt handle tekanan. |
|
|
|
|
|
|
|
Selfish nya member serumah. Kawan kau menangis seharian takkn kau xtanya apa masalah dia tkpun try pujuk mangsa ke. Alih2 kau sedap tido kat bilik sebelah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurangsorang amoi omei putih gebu kat mesia |
|
|
|
|
|
|
|
apapun tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
siap ler lepas nie...sekitar jam 6.30 petang...... |
|
|
|
|
|
|
|
Lawanya mendiang amoi ni...RIP |
|
|
|
|
|
|
|
Kecewa ke moi MAB tidak seindah MAS dulu..
R.I.P.. |
|
|
|
|
|
|
|
lawa la dia |
|
|
|
|
|
|
|
Kecewa sbb kerusi plane MAS koyak kot.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|