View: 6772|Reply: 49
|
[Tempatan]
Rosmah: 'Isteri bersalin, suami jangan main golf'
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 25-8-2015 02:04 PM
'Isteri bersalin, suami jangan main golf'
Zulaikha Zulkifli Hari ini, 6:54 pm Hari ini, 7:21 pm
http://www.malaysiakini.com/news/309871
Isteri perdana menteri Rosmah Mansor menyarankan kepada para suami supaya menjaga isteri dan bayi mereka semasa cuti paterniti.
Beliau berkata, selain cuti bersalin selama 60 hingga 90 hari diberikan kepada pekerja wanita, cuti paterniti selama tujuh hari juga diberi kepada suami.
Sehubungan itu, secara berseloroh, beliau berharap semasa cuti tujuh hari itu, para suami duduk di rumah dan tidak bermain golf.
"Jadi saya harap, para suami jaga ibu dan bayi. Jangan tujuh hari cuti, main golf. Para isteri kena periksa, suami kalau cuti tujuh hari dia mesti jaga anda dan bayi.
"Jangan benarkan mereka keluar. Saya tahu kaum lelaki tidak gembira dengan perkara ini tetapi saya di sini adalah untuk membela kaum wanita," katanya sambil mendapat tepukan hadirin.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia peringkat kebangsaan di Putrajaya hari ini.
Sementara itu, berkongsi pengalaman beliau sendiri, Rosmah berkata beliau sebelum ini tidak sempat menikmati cuti bersalin selama 60 hingga 90 hari.
Malah, suaminya Datuk Seri Najib Razak juga, katanya tidak pernah mendapat cuti paterniti selama tujuh hari berikutan kesibukan mereka.
"Dia (Najib) tak pernah dapat cuti dia. Dia tak pernah ada peluang untuk ambil (cuti) tujuh hari.
"(Tempoh) 60, 90 (wanita) bercuti, saya cuma dapat 40 hari, lepas 40 hari siaplah pergi kerja," katanya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
kak mah ada beranak kecik ka dlm beberapa tahun kebelakangan nih, yg menceceh najib tak dapat amik cuti paterniti segala bagai? dah sah2 somi dpt cuti 7 hari tuh baruuuu sangat diimplement kat tanah melayu nih |
|
|
|
|
|
|
|
Tu dia.. bg contoh main golf trus.. padahal rkyat marhaen nk cuit kayu golf pun x gamak.. harga melebihi gaji minimum marhaen la kot kan..
Ke dia mksudkn golf lain? |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah bikmama berambutkan singa ini berfikiran? Aku yang takde anak ni pun tau cuti 7 hari tu bukan sepenuhnya untuk menjaga isteri berpantang. Nak urus dokumen segala. Jadi driver itu-ini.
Kalau duduk rumah, siapa yang urus benda tu semua? Malam boleh je jaga isteri.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda bonda seorang yang perihatin..sememangnya negara maju seperti malaysia. .gimana 75% dari lelaki dewasa menghabiskan masa lapang dipadang golf.. 25% lagi melayan deruman superbike dan naked bike.. |
|
|
|
|
|
|
|
masa ku yie beranakkan anak bongsu tu najib sibukkkkkk juga...sibuk kejar kak mah...oooppsss |
|
|
|
|
|
|
|
ni sempena nak sejukkan hati rakyat la kan, ambil hati rakyat semula, bila 2-3 bulan nak bentang budget 2016 harap kak mah dapat sebat beratus juta lagi untuk projek permata dia, off- budget lagi ru. kira selamat la tak terusik sikit 2.6 bilion tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka dia dlm pic tu buat i teringat kt wicked witch of oz...
Wicked.. |
|
|
|
|
|
|
|
Igt semua wanita..tempoh cuti 60 ke 90 hr pantang betul2
Nnt badan jd cam kak mah.. |
|
|
|
|
|
|
|
berapa kerat laa laki yang main golf ni....terutamanya pekerja gomen |
|
|
|
|
|
|
|
Jibby yang kerja gomen pun dapat main golf.
|
|
|
|
|
|
|
|
Contoh tak relevan langsung.
Rakyat bukan hayun kayu golf je ahkak..
hayun parang menebas, hayun mop, hayun penyapu, banting tulang bekerja..
Golf my a** |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman replied at 25-8-2015 10:11 PM
Apakah bikmama berambutkan singa ini berfikiran? Aku yang takde anak ni pun tau cuti 7 hari tu bukan ...
Ahhahaha..., berambutkan singa |
|
|
|
|
|
|
|
Set ayat lawak dia berkenaan golf tu tapi aku setuju bab suami kalau bini beranak tlg la jaga bini n baby. Sesetengah suami dan ayah ni igy beranak ni cam berak aje kot. Lepas berak hidup berjalan spt biasa. Kebanyakka kawan2 aku kt opis time bini bersalin mmg tak jaga. Diorang htr ke kg kasi mertua jaga. Alasan: tak pandai jaga org berpantang.. kalau x pandai belajar la. Smp bula nak memandir cam tu.
K.mah mungkin kasi contoh rakyat atasan golongan kaya bandar. Kalau rakyat marhaen miskin bandar mungkin contoh tu kurang tepat. |
|
|
|
|
|
|
|
Bik mama....bik mama kenal Azrene tak...masa bik mama beranak kan Azrene dulu...suami bik mama tak cuti ke...dia tak jaga bik mama ehh..tu yg sampai laaa bik mama meroyan....tekanan perasaan...: |
|
|
|
|
|
|
|
primemova replied at 25-8-2015 11:19 PM
Ahhahaha..., berambutkan singa
Macam singa kan? Tu yang ganas tu! Hihi... |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman replied at 25-8-2015 10:11 PM
Apakah bikmama berambutkan singa ini berfikiran? Aku yang takde anak ni pun tau cuti 7 hari tu bukan ...
Betul tu.. Nk uruskan dokumen, nk kne bawak isteri n anak sesama gi check kuning baby, kne jd runner if kne warded balik kat hospital, pakaikan bengkung isteri, mcm2 la.. Lain la makcik semah ni, ada driver, ada maid, ada inang, ada private chef bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
kak mah mana boleh beranak lagi dah turun mesin kot |
|
|
|
|
|
|
|
ermmmm..untung laa kak semah......suami minat main golf.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|