Oleh : TS LOO
sumber foto : http://www.freemalaysiatoday.com/
Penganjur dan peserta perhimpunan Bersih 4.0 tidak dibenarkan menceroboh atau membina sebarang khemah bermula dari Dataran Merdeka sehingga Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Jika ingkar, DBKL akan merampas dan menyita sebarang sturuktur khemah atau kanopi sama ada di sekitar bahu jalan atau atas bahu jalan sekitar dalam kawasan larangan tersebut.
Itu amaran keras yang dinyatakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz dalam sidang media di Menara1 DBKL pada sebentar tadi.
“Perlu diingatkan Dataran Merdeka adalah kepunyaan DBKL dan dalam apa jua keadaan sekalipun kami tidak akan benarkan Dataran Merdeka digunakan untuk Bersih 4.0,”
Menurut laporan Astro Awani, Datuk Mohd Amin menegaskan, DBKL tidak akan memberi kelulusan kepada penganjur Bersih 4.0 kerana Dataran Merdeka bukan untuk berpolitik tetapi untuk menjalankan aktiviti kebangsaan, sukan, Kebudayaan dan Keagamaan.
Katanya, DBKL dan poilis akan mengawal ketat sekitar kawasan Dataran Merdeka dan Dataran DBKL yang sedang digunakan untuk sambutan Hari Kemerdekaan.
Berdasarkan petikan Free Malaysia Today, Mohd Amin mencadangkan penganjur mengadakan perhimpunan Bersih 4.0 ini diadakan di Stadium Titiwangsa atau di Stadium Nasional Bukit Jalil yang lebih sesuai untuk perhimpunan aman. - CARI Infonet
Post time 25-8-2015 06:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
klu minta tmpt pn x lulus.. blh la nk prolok rkyt yg bodoh kononnya buat prhimpunan hrm sdgkn x bg.. nnt time nk pru insecure trlbh suh pnatau mana2 student trutama yg tudung labuh/ nmpk warak yg duk brkump..
gi la buat kat jalan bukit bintang nun.. takpun kat jln p.ramlee..
ini idak... nak buat kat tempat org melayu nak meniaga pasar malam.. aku nak pi pasar malam pun susah..