CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2796|Reply: 12

[Tempatan] Pemegang kerusi Boeing 737 tercabut, MAS jangan pandang sebelah mata

[Copy link]
Post time 25-8-2015 08:31 AM | Show all posts |Read mode
Pemegang kerusi Boeing 737 tercabut, MAS jangan pandang sebelah mata
Malaysian Airlines (MAS) disaran supaya tidak 'menutup sebelah mata' dan memandang ringan kepada 'perkara' kecil yang sebenarnya mampu mempertingkatkan perkhidmatan mereka ke taraf antarabangsa. - Foto Prof Dr Azizul Hilmi Yahya



[size=100%]
KUALA LUMPUR, 24 Ogos:
Malaysian Airlines (MAS) disaran supaya tidak ‘menutup sebelah mata’ dan memandang ringan kepada ‘perkara’ kecil yang sebenarnya mampu mempertingkatkan perkhidmatan mereka ke taraf antarabangsa.

Cadangan itu diluahkan pengguna setia lebih 30 tahun penerbangan nasional itu, Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Dr Azizul Halim Yahya.


Katanya, berdasarkan pemerhatiannya sepanjang menggunakan perkhidmatan itu, MAS dilihat telah mengabaikan perkara-perkara kecil seperti kerosakan kerusi dalam pesawat di sebalik imej antarabangsa yang sinonim dengan syarikat itu.

“Saya memang selalu travel dengan MAS tetapi kali ini keadaan penyelenggaraannya tidak seperti dulu.

“Perkara ringkas, kerusi tercabut.. semua orang lalu dan nampak, kalau itu tidak dibaiki maka boleh timbulkan pandangan tidak baik dari segi penyelenggaraan,” katanya kepada The Rakyat Post.

Menceritakan pengalamannya ketika menaiki pesawat Boeing 737 dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu petang tadi, beliau berkata MAS sepatutnya lebih peka dengan keadaan dalaman pesawat yang boleh dilihat dengan mata kasar oleh penumpang.

Jelasnya, perkara sebegitu mungkin akan mendatangkan implikasi negatif kepada syarikat penerbangan itu sekiranya perihal itu tidak segera diambil tindakan.

“Perkara yang kecil sebegitu sepatutnya dijaga dan tidak boleh dipandang remeh.

“Kos untuk membaikinya mungkin hanya tidak besar lebih kurang RM200 atau RM300 namun implikasinya mungkin bernilai jutaan ringgit,” katanya.

Terdahulu beliau meluahkan rasa kecewanya terhadap perkhidmatan syarikat itu yang dilihat tidak mengendahkan keadaan sebuah kerusi yang tercabut.

Perkara itu katanya, memberi gambaran tidak menyenangkan setiap penumpang yang melalui kerusi itu.
Ia katanya secara langsung akan memberi persepsi buruk terhadap syarikat penerbangan itu.



therakyatpost



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2015 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kalau kroni macai lahanat yg pegang kampeni mmg hancur la jawabnya. Buat la apa pon ujong2 benkrap jua dek duit jutaan ringgit disonglap smpai licin.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:06 AM | Show all posts
masa tun m dulu lagi dia byk mintak gomen bantu mas..time tu dia jaga awat korup dan menhancurkan jugak..skrg baru bimbo tengok hasil takdak..wadehek
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:07 AM | Show all posts
harap bawah Mueller akan lebih bagus.. dan tangan2 ghaib politik kena potong..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:12 AM | Show all posts
bulan lepas g KB, sama gak kondisi kerusi..tempat pemegang kerusi dah berlubang, seolah2 dikorek oleh penumpang yg geram dgn MAS.

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:17 AM | Show all posts
yg kenyang makan duit, macai2 yg songlap duit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2015 09:21 AM | Show all posts
x dan nak bawak masuk hangar lagi ni. duk kejar trip nk cover losses sikit2 gitu.
sian, MAS.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:25 AM | Show all posts
MAS dah teruk dah..

Hanya tahun 80-90an je MAS cemerlang.. pekerja masa tu A++

Masa Tengku Azmil ambik.. HABISHH!! Design livery baru pun macam sial (kecuali A380)!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2015 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by primemova at 25-8-2015 09:34 AM

So far antara improvement MAS ialah makanannya...Bebaru ni naik MAS , makanan yg dihidangkan sedap... Kualiti makanan dh dijaga ... Harap berkekalan gitu
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:35 AM | Show all posts
ohh...aku ingatkan aku sorang je yg perasan pasal mende2 camni dlm flt MAS. Aku tak kisah sangat bab makan dgn tempat duduk2 bagai ni. Pehal2 pun uniform crew MAS tetap terseksi!
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:35 AM | Show all posts
Flew MAS recently..tak jauh pon aku pegi..interestingly food dia sedap..both pegi and balik (walaupon balik tu kena hidang sandwich je tapi sedap hokkkaaaayyyyy!!) and yes, armrest dia cam nak terkopak sikit la..

perhaps ada ummah yg tak reti guna entertainment set tu kot..jenis yg sentap kuat pastu tak reti nak masukkan balik dia main tonyoh je..haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
applemy replied at 25-8-2015 09:25 AM
MAS dah teruk dah..

Hanya tahun 80-90an je MAS cemerlang.. pekerja masa tu A++

Kawan aku keje ms zaman tengku ni
Hari2 kt fb cite psl tengku (status yg lebih kpd membodek la)
Last aku hide je post dia.
Sama2 gedik...sama2 melingkupkan kompeni
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:56 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 25-8-2015 09:49 AM
Kawan aku keje ms zaman tengku ni
Hari2 kt fb cite psl tengku (status yg lebih kpd membodek la)
...

Kawan ko tu bini org ke..ish3 memang layak kena hide.. bodek2 skali tergolek gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.537249 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list