View: 2248|Reply: 3
|
Bahaya Jika Terlalu Memuji Anak-anak
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Sebagai ibu bapa, pasti anda sering menitipkan pujian dan kata-kata yang membuatkan dia berasa gembira, bukan?
Namun, berdasarkan kajian terbaharu, jika anda terlalu kerap memberikan pujian, ia boleh menyebabkan anak anda menjadi seorang yang terlalu yakin pada dirinya.
Ia tidak bagus kerana mereka akan membentuk peribadi yang dominan, superior dan selalu berasakan berhak terhadap penghargaan meskipun apa yang dilakukan itu adalah satu nilai yang kecil.
Lebih parah, ia menjadikan anak-anak ini takut kepada kegagalan kerana telah biasa 'diangkat' sejak dari kecil lagi.
(Sumber foto: Detik)
"Anak yang sering dipuji tidak hanya menganggap diri mereka hebat, malah mereka sering merasakan diri lebih hebat dari orang lain," ujar Brummelman yang melakukan eksperiman kajian ini di Utrecht University di Belanda.
Oleh itu, berpada-pada memberikan pujian kepada anak anda, ya. Biarkan dia membesar secara realistik! - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
ada parent ni mmg suka megah2 kan anak mereka...show off result dan sebagainya... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau salah didikan dari kecik, bila dah besar sukar yang di bentuk lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada je anak ofismate ni yg besar kepala sbb makbapak dukpuji je manjang.
bila jmpa kwn2 bapak dan maknya ckp pun dah meninggi diri. padahal budak lagi tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|