CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1830|Reply: 2

10 Warga Tempatan Ditahan Terlibat Militan IS - PDRM

[Copy link]
Post time 21-8-2015 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO

sumber foto : http://www.utusan.com.my/





10 suspek termasuk enam anggota pasukan keselamatan, dua kakitangan jabatan kerajaan, seorang bekas pereka hiasan dalaman dan juga seorang guru tadika berjaya ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Mereka disyaki terlibat dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) di beberapa buah negeri di seluruh negara semalam.


Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, kesemua suspek yang ditahan ialah lapan lelaki dan dua wanita warga tempatan yang berumur antara 24 hingga 42 tahun.


Lebih membimbangkan, suspek-suspek yang ditahan itu juga dipercayai merancang untuk membeli senjata api bagi tujuan melancarkan serangan di Malaysia.


Operasi yang dilakukan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawa-ngan Khas Bukit Aman itu dilaksanakan secara serentak di Perlis, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.


Tambah Khalid, kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2015 07:23 PM | Show all posts
Yang dok sebat duit negara sampai juta-juta lagi bahaya.
Yang itu ko tak nak tangkap ke bahalol??
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 07:34 PM | Show all posts
Ada tak ummah terrorists cg dalamm gamba tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-7-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.064112 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list