View: 2894|Reply: 7
|
[Tempatan]
Aplikasi Telefon Pintar Laluan Mudah Melacur
[Copy link]
|
|
Hari ini dunia meningkat maju dengan adanya teknologi canggih yang telah berjaya memudahkan pelbagai kegiatan harian di rumah mahupun di pejabat malahan di mana-mana sahaja. Namun, perkembangan teknologi ini telah membawa keburukan terutamanya masalah jenayah siber, penipuan, penyebaran virus, penggodam dan sebagainya. Terdapat pelbagai telefon pintar, gadjet dan permainan talian telah menjadi 'harta' utama untuk sesiapa sahaja memilikinya. Pelajar sekolah rendah juga sudah mempunyai gadjet sendiri.
Apabila mempunyai 'harta' sendiri ini, secara tidak langsung kita berhak atau bebas untuk melakukan apa sahaja. Mahu bergambar, merakam video, mengedit gambar, berbual secara talian dan sebagainya. Kewujudan pelbagai aplikasi seperti WhatsApp, We Chat, LINE, Facebook, Instagram dan sebagainya menjadi laluan mudah untuk sesiapa sahaja mengenali atau menambah kenalan di serantau dunia.
Jangan terkejut apabila anak muda atau remaja perempuan sudah berani untuk menjadi pelacur murahan ini gara-gara aplikasi canggih yang terdapat di dalam telefon pintar. Mereka boleh mengenali pelbagai jenis manusia. Pada mulanya sekadar kawan, kemudian bertukar gambar lantas timbul rasa keinginan yang lebih. Bahkan ada pula yang menjadikan aplikasi tersebut sebagai tempat melepaskan atau memuaskan nafsu.
Semua sedia maklum, melacur atau melakukan persetubuhan secara haram dengan tujuan mencari wang menjadi-jadi dalam kalangan anak remaja wanita kini. Kesempitan hidup atau mahu menggayakan kehidupan mewah menarik mereka untuk terjerumus ke lembah menjual diri ini.
Senario anak remaja baru-baru ini yang menjadikan aplikasi ini untuk melacur secara talian dan sekaligus menjadi hamba kepada sindiket pelacuran ini.
Bagaimana kes ini boleh berlaku?
1) Anak remaja asyik dengan telefon pintar selama 24 jam 7 hari tanpa berenggang dengan telefonnya.
2) Bersendirian dalam bilik atau rumah.
3) Percaya dengan apa sahaja maklumat yang diterima.
4) Mudah percaya setiap kata-kata kenalan yang baru dikenali.
5) Terpengaruh rakan sebaya.
6) Ingin mencuba perkara baru.
7) Tidak mempunyai akhlak dan etika yang tinggi.
8) Kurang mendapat perhatian keluarga.
Penulis berpendapat, aplikasi yang diwujudkan adalah untuk kebaikan berkomunikasi secara telus dan efisyen. Baik buruk sesebuah teknologi itu bergantung kepada cara individu memanfaatkannya. Pengguna harus meletakkan keutamaan dan sempadan agar tidak bergantung kepada aplikasi ini sahaja sehingga mengetepikan nilai-nilai murni sesama keluarga dan persekitaran. Ibu bapa dan pihak berwajib harus memantau segala tindakan anak remaja kini agar akhlak dan etika mereka terpelihara. - CARI Infonet
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
apa nk pelik....grindr pun ummah lgbtq buat platform melacur... |
|
|
|
|
|
|
|
maklumat dan perhubungan dihujung jari..... |
|
|
|
|
|
|
|
i guna nokia torchlight jer |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu.. jauhkan perbuatan ni dr sanak saudara & kenalanky. Aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
meowlin posted on 26-8-2015 09:36 AM
Allahu.. jauhkan perbuatan ni dr sanak saudara & kenalanky. Aamiin
amin...risau la sekarang ni kan
|
|
|
|
|
|
|
|
cucuq replied at 25-8-2015 04:02 PM
amin...risau la sekarang ni kan
Sangat risau.. slain bg didikan yg dirasakan terbaik.. apa yg boleh diberi hanya doa.. doa sorang ibu tiada hijab.. insyaallah |
|
|
|
|
|
|
| |
|