CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5598|Reply: 34

[Tempatan] Hisap Vape Haram. Update: Cuma pandangan peribadi Pengerusi Majlis Fatwa #28

[Copy link]
Post time 18-8-2015 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 18-8-2015 12:54 PM

Hisap Vape Haram - Majlis Fatwa Kebangsaan

http://www.siakapkeli.my/2015/08/vape-haram-majlis-fatwa-kebangsaan.html



IPOH – Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan penggunaan vape atau rokok elektronik sebagai haram.

Menurut pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin, keptutusan itu dibuat mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah pun diputuskan sebelum ini.

Kita sudah bincangkan rokok dan shisha dan kita boleh samakan dengan vape. Apabila cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ia membazirkan dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram.

Kita telah putuskan dan tiada masalah mengenai perkara ini. Sebenarnya Kementerian Kesihatan maklumkan yang mereka sedang menunggu pakar-pakar mereka tetapi kita telah mendahului kerana daripada segi asasnya, jika ia memudaratkan dan membazir maka daripada segi agama kita tidak setuju perkara seperti itu,” katanya memetik Utusan Online. - Siakapkeli.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 11:02 AM | Show all posts
yelah....haramkan je smua benda...rasuah, derma 2.6b tu smua tu halal...pooodah!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:07 AM | Show all posts
Haram pun dia org sedut jugak. Dadah haram, org ambik jugak. Arak haram dia org togok gak.
Kenakan cukai yg tinggi spt rokok/arak utk vape nih... tak mampu nak halang sepenuhnya at leasr boleh kurangkan penggunanya terutama budak2 yg takde pendapatan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:11 AM | Show all posts
kentel replied at 18-8-2015 11:02 AM
yelah....haramkan je smua benda...rasuah, derma 2.6b tu smua tu halal...pooodah!!!!

Itu sumbangan USD700juta memang halal
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:12 AM | Show all posts
amboi laju nyer majlis fatwa mengharamkan vape.... pasal apa? pasal ia femes bukan?
tak pernah dengar pula majlis fatwa haramkan kopi kopi lucah yg memudhoratkan di pasaran Malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:14 AM | Show all posts
yg aritu brunei halalkan yg vape ni ke??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2015 11:21 AM | Show all posts
gapo nak here (heran),zina yg hare (haram) pun kawe belasah... katanya....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:21 AM | Show all posts
ermmmm........ok je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 11:22 AM | Show all posts
rokok dah fatwa haram gak ke?
orang still isap rokok lagi kan?? so??
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:24 AM | Show all posts
vape haram sebab gomen tak dapat kutip cukai..
rokok haram tapi masih boleh hisap merata-rata tempat sebab??????
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:24 AM | Show all posts
pengguna vape nie lancau lah. nak bervape jgn dekat2 orang, ni dok berkepoi2 asap.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:31 AM | Show all posts
Hahahaha.

Menala tawanan perang halal, vape harom. Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:36 AM | Show all posts
Aku kalau p kedai mkn pastu ada org stat isap rokok memang aku rasa nak betukaq jd inkedibel hulk !
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:37 AM | Show all posts
Edited by Athrun.Zalaa at 18-8-2015 12:06 PM

STORY THE MORY

Di sebuah warung, sekumpulan remaja sedang bersarapan sambil galak menghisap vape. Berkepul-kepul asap, sesekali mencerobohi meja seorang wanita dan dua anak kecilnya.

“Adik, boleh tolong jangan hisap rokok tak? Asap kena anak-anak akak,” tegur wanita tersebut lembut.

“Rilekslah, kak. Kitorang bukan hisap rokok. Ini vape-lah, tak ada asap.”

“Habis tu, yang berkepul-kepul tu apa?”

“Tu wap air je lah, kak. Kena budak kecik pun tak jadi apa. Jangan risau.”

Wanita itu berpaling semula ke mejanya dan menyedut air teh-O ais di atas meja. Barangkali untuk menyejukkan hati yang membara mendengar jawapan remaja tadi.

Tiba-tiba… BuuUurRRRrrRrR!!!!!!

Rupa-rupanya selepas sedut air itu, wanita tadi bingkas bangun, mendekati meja remaja-remaja tersebut dan menyembur air dari mulutnya kepada remaja yang sedang vape tadi.

“APAHAL NI? Main sembur-sembur pulak!”

“Rilekslah, dik. Tu wap air je. Kena budak kecik pun tak jadi apa. Jangan risau,” jawab wanita itu selamba.

Tersembur *sarbat aku ikut hidung. Hilang terus resdung. Hahaha…

Wap air meluapkan kemarahan.

*sarbat = teh halia

P/S: copy paste dr FB...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha...pasni nk buat mcm akk tu lah sembur wap air.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 12:03 PM | Show all posts
zach2008 replied at 18-8-2015 11:07 AM
Haram pun dia org sedut jugak. Dadah haram, org ambik jugak. Arak haram dia org togok gak.
Kenakan  ...

khinzir je diorg x berani makan or sentuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 12:04 PM | Show all posts
Athrun.Zalaa replied at 18-8-2015 11:37 AM
STORY THE MORY

Di sebuah warung, sekumpulan remaja sedang bersarapan sambil galak menghisap ...

hahhaha ni citer betul ke tipu

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 12:05 PM | Show all posts
krustykrab replied at 18-8-2015 12:04 PM
hahhaha ni citer betul ke tipu

Aku pun xsure...
Copy paste dr FB...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 12:09 PM | Show all posts
Haram ke tak haram, manusia akan still hisap gak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Rokok yg haram lama dah org x heran..apetah lg vape.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.912972 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list