CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8937|Reply: 100

[Tempatan] Najib gesa pesara bantu kerajaan perbetul fitnah di media sosial

[Copy link]
Post time 18-8-2015 07:43 AM | Show all posts |Read mode
Najib gesa pesara bantu kerajaan perbetul fitnah di media sosialBernama |                                                 Ogos 18, 2015 07:33 MYT                    
                                                                                                                                                




                                 Najib (gambar) menggesa golongan pesara membantu kerajaan membetulkan pelbagai fitnah yang disebarkan termasuk di media sosial. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa golongan pesara membantu kerajaan membetulkan pelbagai fitnah yang disebarkan termasuk di media sosial.

Beliau berkata ini kerana mereka lebih memahami dasar-dasar kerajaan kerana ada di antara mereka ada yang telah berkhidmat sejak Malaysia mencapai kemerdekaan dan menjadi saksi kepada pelbagai fasa transformasi yang dilalui negara.

"Saya minta tolong uar-uarkan perkara yang baik kerana (pesara) faham dasar kerajaan... banyak fitnah di media sosial yang terpaksa kita betulkan. Tolong bantu saya jernihkan keadaan," katanya.

Beliau berucap pada jamuan malam sempena Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-28 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) di sini, malam ini.

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden PPKM Kebangsaan Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh.

Najib berkata sebagai perdana menteri, beliau memerlukan komitmen dan sokongan lebih 46,000 anggota PPKM untuk mencapai transformasi yang diimpikan kerajaan buat negara.

Beliau memberi jaminan bahawa keyakinan, komitmen dan sokongan tidak berbelah bagi golongan pesara terhadap kerajaan tidak disia-siakan dengan kerajaan akan melakukan sebaik mungkin untuk kumpulan itu.

Sambil menjelaskan pentingnya sebuah negara yang aman dan stabil dengan pengurusan ekonomi berkesan, beliau berkata semua itu mampu dicapai dengan bantuan pesara dalam mencorakkan keadaan yang boleh membuat rakyat terus yakin dengan apa yang dilakukan kerajaan.

"Saya beri jaminan kalau negara lebih baik, saya tak akan lupakan kebajikan pesara... kita tak boleh memandang sepi kepada pesara kerajaan, kita tak boleh pinggirkan mereka dan jangan kita tak kenang jasa dan budi mereka," katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan meluluskan peruntukan RM5 juta kepada Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia baru-baru ini, dan peruntukan itu akan ditambah dari semasa ke semasa untuk membela kebajikan pesara.-awani



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 07:44 AM | Show all posts
Anak_Nogori baru bersara dari CI
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 07:51 AM | Show all posts
pesara dah tua pun nk ajak jd saibertrompah? hat yg muda2 takde ker?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 07:56 AM | Show all posts
dah tersepit gini la kelaku dia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 07:57 AM | Show all posts
Pitenah kat celah mana tu....

Hutang berkepuk 1MDB?
Akaun bini Rm2juta?
Akaun sendiri RM2.6beliyun?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2015 07:58 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 17-8-2015 11:44 PM
Anak_Nogori baru bersara dari CI

AN kena ban tred mana bluehedge
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2015 08:00 AM | Show all posts
napa la pakcik makcik nak betulkan fitnah..
sepatutnya abg jib yang betulkan masalah dia sendiri..
nothing to hide katanye
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh event psatuan pesara kna la ckp gini....klu event dgn mat rempit ckp nk sokongan dr mat rempit plak...skrip sama je.....kebajikan xkn dilupakn taww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 08:01 AM | Show all posts
harkktuih replied at 18-8-2015 07:51 AM
pesara dah tua pun nk ajak jd saibertrompah? hat yg muda2 takde ker?

muda2 sangat mudah dikencing
pasal tak tahu apa2

tu yang mudah termakan fitnah

bulu pun baru belajar
nak tumbuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:03 AM | Show all posts
dizek replied at 18-8-2015 08:01 AM
muda2 sangat mudah dikencing
pasal tak tahu apa2

so ahli2 muda umno tak leh harap?gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:03 AM | Show all posts
walawei... jibby .. desperate sangat dah kerrrr
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:06 AM | Show all posts
harkktuih replied at 18-8-2015 08:03 AM
so ahli2 muda umno tak leh harap?gitu?

yang ada asas pengetahuan
dan terdidik daripada awal
masih ramai

namun masih perlukan bimbingan
daripada golongan lama
dan veteran
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:10 AM | Show all posts
saya generasi y
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:10 AM | Show all posts
tak dapat nak nolong
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:20 AM | Show all posts
airfilterkotor replied at 18-8-2015 07:57 AM
Pitenah kat celah mana tu....

Hutang berkepuk 1MDB?

Rakyat persoalkan benda yang memang wujud..

tiba2 kata..

FITNAH..............

memang cam siyal kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
dizek replied at 18-8-2015 08:01 AM
muda2 sangat mudah dikencing
pasal tak tahu apa2


Dizek ni macai d'zek ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri buat bugima,suruh org lain selesaikan
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:30 AM | Show all posts
nikaido replied at 18-8-2015 08:21 AM
Dizek ni macai d'zek ka?

daftar baharu selepas dicantas
secara tidak berhemah oleh tokey cina cari
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:32 AM | Show all posts
nikaido replied at 18-8-2015 08:27 AM
Sendiri buat bugima,suruh org lain selesaikan

bugima tu asalnya
p*ki mak,

tetapi dalam versi pelat cina

bugima tidak boleh dibuat2,

ia semulajadi
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 08:34 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 18-8-2015 07:58 AM
AN kena ban tred mana bluehedge

thread bangkok kena bom tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.068964 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list