CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2563|Reply: 1

Bongkar 5 Rahsia Sembunyi 'Spare Tyre'

[Copy link]
Post time 12-8-2015 10:44 AM | Show all posts |Read mode

        Oleh:Nadia Mingguan Wanita
   
                                       Salah satu dilema wanita adalah bab nampak 'spare tyre', tambah pula selepas melahirkan anak. Semua baju yang dipakai mula nampak ketat. Habis lemak-lemak di perut jelas kelihatan. Bukan salah fesyen tetapi anda perlu bijak sembunyikan kelemahan anda itu. Walaupun mempunyai perut berlipat, anda masih boleh bergaya seperti wanita bertubuh langsing. Cuba ikuti cara yang dikongsi ini...



        1. Pilih Jaket atau Cardigan        Salah satu cara untuk sembunyikan perut berlapis adalah dengan pakai jaket. Pilih jaket yang mengikut bentuk tubuh untuk cipta ilusi tubuh langsing. Elak pakai jaket yang terlalu besar untuk elak nampak sisi gemuk dan pastikan tidak terlalu ketat pada tubuh.


        2. Tuck In        Sekali pun mahu ikut fesyen terkini, tetapi jangan cuba gaya ini jika anda berusaha menyembunyikan lebihan lemak di perut. Tindakan anda memasukkan baju ke dalam seluar atau skirt hanya membuka rahsia bahagian itu.


        3. Gayakan Banded Top        Jika baju anda mempunyai katan atau jerutan di bawah, secara automatik bahagian 'tersembul' keluar itu boleh disembunyikan. Bentuk perut dan pinggang akan tersorok tanpa ada yang ketahui tentang rahsia perut berlipat anda. Jadi anda perlu lebih berhati-hati pilih baju yang sesuai.


        4. Tekankan Warna Gelap        Ya, hitam adalah satu rona yang lebih selamat untuk jadi 'pelindung' kawasan berlemak. Tidak salah sembunyikan 'kekurangan' sebelum anda cari jalan untuk musnahkan lemak-lemak degil yang ada. Lagi pun, hitam adalah warna yang sangat sesuai untuk wanita.


        5. Fabrik Tidak Melekat        Untuk selesa, anda patut memilih kain daripada satin atau kapas. Bagi wanita yang mempunyai tubuh berisi dan perut berlipat, anda kena elakkan kain jersi atau lycra yang mungkin akan melekat pada tubuh. Walau pada anda kainnya sejuk untuk dipakai, tetapi kalau buruk di mata orang lebih elok anda elak pakai.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2015 10:59 AM | Show all posts
Aku pakai spender hat high waist tu blehla sorok sikit2...sbb aku suka pakai lycra ..x panas n stretchy..kalau cotton susah nak cari saiznya  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.249498 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list