CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2427|Reply: 15

[Tempatan] Pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal, Bersediakah Anda?

[Copy link]
Post time 11-8-2015 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-LTS at 11-8-2015 04:46 PM



Artikel : TS LOO
Video : TS LOO dan Firdausz





Berikutan itu, kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM1.4 bilion bagi kos perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam pada tahun lalu dan bagi mengelak pembaziran kepada kerajaan serta kerugian kepada masyarakat, kerajaan akan mewajibkan setiap is rumah melaksanakan pengasingan sisa pepejal secara berperingkat.


Usaha pengasingan tersebut mula berkuatkuasa sepenuhnya pada September ini di semua negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembesihan Awam 2007 atau Akta 672.


Antaranya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.


Selain meningkatkan aktiviti 3R atau Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula), difahamkan pelaksanaan tersebut merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan yang ketika ini semakin kritikal.  


Walaupun,  setakat ini amalan kitar semula seluruh negara masih belum mencapai sasaran dan hanya berada pada tahap 10.5 peratus daripada jumlah bahan buangan yang dilupuskan berbanding negara maju yang melebihi 40 peratus.


Tetapi, menerusi kajian yang dilaksanakan sebelum ini, terdapat peningkatan dalam jumlah janaan sisa pepejal iaitu daripada 19,000 tan metrik pada tahun 2005 meningkat kepada 33,000 tan metrik pada tahun 2013.


Oleh kerana, purata pertambahan jana tahunan adalah dua kali ganda iaitu 6.7 peratus berbanding di peringkat global iaitu tiga peratus sahaja.


Jadi, mampukah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) memberi kesan kepada kelestarian alam sekitar? - CARI Infonet

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2015 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread dah ada la

@axl_bach
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 05:08 PM | Show all posts
dah ada ker??

ko tag aku plak dah cam aku bleh tutup,lol

@Muntz @spiderman80
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread dah ada ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 05:37 PM | Show all posts
bagus lah kalau asing sampah.. tp tolong la buat akta tu memudahkan rakyat sikit
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ready. Tapi MEREKA yg tak ready. Sisa domestik je letak dalam tong hijau. Sisa recycle fia suruh letak luar tong sampah. Pastu dia cakap lagi apa apa sampah letak luar tong sampah tak dikutip. Bodoh punya sistem!!!!!!!! Takkan nak letak sampah dah asing bersepah kat atas jalan. BODOH!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2015 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila suruh sediakan tong (which dulu dia kata nak bagi setiap rumah satu tong utk sampah dah diasingkan) dia senyap je. Bila kata kalau tak mampu setiap rumah, letak lah hujung jalan no problem nak hantar. Pun senyap!!!!!!  2-3 jalan share tong recycle pun takpe. Tapi mereka ni tak ready. Nak kuatkuasa baru pastu nak kaji. As always. Idiots. Aku boleh drive letak depan rumah pengarah depa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 09:21 AM | Show all posts
hmmm sakai betul lah kerajaan ni... kalau nak buat dari dulu dah buat... ketinggalan zaman betul... orang sibuk 1mdb dia sebuk pasal sampah..... tak cukup sisa pepajal sampah masyarakat lagi serius woi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2015 08:10 AM | Show all posts
SETIAP RUMAH BG 3 TONG SAMPAH LE.BANGANG BT KEJE
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 08:15 AM | Show all posts
Macam mana nak asingkan..............???

* 1 bungkus sisa-sisa makanan macam sayo, perot ikan & binatang
*  1 bungkus kertas & pembalot semasa beli ikan tu
* 1 bungkus botol kicap, cuka, botol-botol air plastik, kaca-kaca pecah.

GINI KE CARA MENGASINGKAN SISA TU..............??????
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 08:27 AM | Show all posts
nak mudah, sisa kering yg bukan organik masukkan dalam plastik asing dan kutipan akan dibuat seminggu sekali. sisa basah proceed masuk dlm tong sampah hijau dpn rumah, yg tu kutipan 2 x seminggu. sisa kering tuyg korang kumput tu ada hari kutipan seminggu sekali. kena alert tgk kt taman uolss spatutnya ada signboard jadual kutipan tu. pastu tiba hari kutipan sisa jenis kitar semula/ kebun dan pukal, uolss pagi tu bwk kuar plastik letak sebelah tong hijau. sepatutnya depa kutip. klu x kutip uolls buat aduan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:25 AM | Show all posts
bape bnyk plastik kena ada ni. klu pampers bayi ke. pad wanita ke (oops) tu nk cmpak mana. apartment semua 1 tong besar je kn lantak le.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:38 AM | Show all posts
semua pihak kena bersama² menjayakan.....koz kebersihan itu dituntut oleh agama.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 01:54 PM | Show all posts
cina sisa pepejal kah?...boleh buang?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu aktifkan kempen mengenainya untuk kefahaman .... tahun berikutnya baru penguatkuasaan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 12:10 PM | Show all posts
nampak gaya nya kena sediakan 4 plastik :-
1)- untuk sisa makana sahaja ....
2)- untuk polisterin, pampers, kotak2 kecil...dll
3)- untuk botol-botol....
4)- untuk apa lagi ??????..........

    ...............kalau duduk arpatrment deorang nampak ke siapa yg tak ikut undang2 nih ....camane  deorang nak saman ???? deorang bukan tahu siapa yg tak ikut peraturan kan ????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 1.039741 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list