CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2062|Reply: 0

Malas Berdandan? Ikuti Tips Cantik Cepat Ini

[Copy link]
Post time 11-8-2015 04:13 PM | Show all posts |Read mode

                   
Setiap hari terpaksa curi peluang siapkan diri di pejabat, ini memang akan jadi satu dilema bagi wanita yang bekerja. Bukan kerana tidak sempat tetapi sesekali anda akan hilang idea dan tiada pilihan. Ok, jangan bimbang kerana petua ini sangat sesuai untuk anda.


        1. Sediakan make up remover        Kalau tidur dengan muka tidak dicuci, melekat dengan solekan anda boleh buat kulit wajah cepat rosak dan nampak tua. Nak senang, sediakan make up remover atau tisu basah di kepala katil. Setiap kali bangun, terus capai untuk bersihkan wajah. Bukan ke senang?



        2. Guna blow-dryer        Remeh juga kalau pakai toner atau pelembap wajah dan nak kena tunggu kering sebelum sapu bedak. Apa kata anda guna saja blow-dryer bagi cepat meresap ke dalam kulit. Tetapi jangan suhu yang tinggi pula, tidaklah ambil masa yang lama sangat untuk hias wajah sendiri.



        3. Guna lipstik        Pakai solekan pada wajah pun perlukan mood, ya. Tetapi kalau dah tiada masa atau malas sangat, anda boleh sapu lipstik di bibir. Itu dah cukup untuk naikkan seri, tidaklah wajah pucat. Pilih warna yang terang dari kebiasaan.



        4. Sedikit pemerah pipi        Ambil saja lipstik anda di bibir dan sapukan di pipi. Ya, hanya perlu sedikit dan ratakan di atas kelopak mata dengan lipstik anda tadi. Senang, hanya guna satu produk. Lagi pun cara ini cukup jimat untuk anda. Untuk kesan yang cantik, anda boleh menggunakan butter lipstick NYX warna pink yang cerah.


                 5. Syampu         Kalau rambut tidak sempat dicuci atau syampu setiap hari, anda boleh pakai dry shampoo dan sembur pada rambut sebelum tidur. Kesannya setiap kali bangun pagi rambut anda lurus dan tidak perlu disikat. Hanya guna jari!



        Selepas ini, tidaklah anda segan dan curi masa bersolek di pejabat setiap pagi. Kulit wajah pun lebih terjaga dan sihat. Wanita, untuk kekal cantik bergaya anda perlu tahu cara. Selamat mencuba!

mingguanwanita

               



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.037470 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list