CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5796|Reply: 8

Nikmat Bercinta Selepas Nikah

[Copy link]
Post time 10-8-2015 05:57 PM | Show all posts |Read mode


Tanggapan perlu mengenali pasangan dengan lebih mendalam, barulah dapat hidup bersama sehati sejiwa sehingga akhirnya sering dijadikan alasan untuk membuktikan bahawa bercinta itu lebih penting sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Walhal, tanpa tempoh percintaan, tanpa ‘acara berdating’ atau keluar bersama yang panjang sekalipun, boleh membuahkan hasil perkahwinan yang lebih manis. Lebih banyak keseronokan yang boleh dirasai oleh pasangan, dan itu kita namakan bercinta selepas kahwin.

LEBIH SAYANG
Indahnya bercinta hanya benar-benar dapat dirasai bagi orang yang benar-benar menghargai sesuatu perhubungan. Ungkapan “Aku Cinta Pada Mu” lebih terasa ‘nikmatnya’ kerana ternyata ungkapan tersebut lebih ikhlas. Rasa kasih juga lebih bermakna dan meninggalkan kesan kerana sudah ada ikatan yang sah berbanding masih memegang status kekasih yang belum tentu menjadi milik sepenuhnya.
ELAK MAKSIAT
Bergelar isteri atau suami yang sah sudah tentu tidak perlu membatasi pergaulan. Adegan peluk, berpimpin tangan dan sebagainya lebih bahagia tanpa perlu rasa takut atau segan. Apabila bergelar kekasih, mana mungkin anda boleh keluar berdua apatah lagi menunjukkan kemesraan seperti orang yang sudah berkahwin.
TIDAK RUGI
Apabila anda bercinta bagi nak rak, tiba-tiba putus di tengah jalan… Kebanyakan orang akan menyalahkan takdir mahupun diri sendiri. Bukan saja wang banyak dibazirkan tetapi maruah juga sudah tinggal ‘sisa’. Lebih teruk lagi, ada yang gagal menerima kenyataan lalu membuat keputusan yang tidak sepatutnya seperti membunuh diri. Apabila mempunyai hubungan yang sah, kebanyakan masa yang dihabiskan sangat bernilai dan pastinya anda tidak rugi apa-apa.
Walau sekuat mana pun rasa cinta yang ingin ditunjukkan, tak kisahlah sama ada mahu disamakan dengan cinta Shah Jahan dan Mumtaz sekalipun, cinta suci yang didorong rasa takut adalah lebih baik dan lebih kekal. Berbanding cinta yang berlandaskan nafsu. Ingatlah bahawa cinta yang agung hanyalah untuk Allah SWT.
Jika kita hanya mengenali pasangan selepas berkahwin, jangan rasa gusar. Dengan izin Allah mungkin kita akan merasai manisnya hubungan itu lebih daripada mereka yang telah bercinta bertahun-tahun lamanya. (1937)
www.bercintaselepasnikah.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2015 02:53 PM | Show all posts
ya cinta slps kahwin buat mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 09:52 PM | Show all posts
well dari syarak tu okay

but guys these days u know regardless u kenai depa sebelum ke selepas depa nikah dgn you ke

so why ??? banyak sangat problems - why?

sebab u tak akan kenali pasangan seadanya until u duduk dan tinggal dan etc etc selama beberapa tahun...

sebab apa apa yg dilihat di awal perhubungan , first impression  are mere surface structures , too deceiving....


awal perkenalan seeorang tu boleh mempunyai ciri munafik - janji tak tepati , cakap DUSTA, tak jujur ....bila berbalah dia berlebihan ...so u know..dah berapa ciri munafik dah ada ...so u know

yg secure akad...but then , ujian Allah tu tetap ada...

so u see...tak ada jaminan melainkan ikhtiar, doa, niat yg baik kedua dua pihak, kejujuran , dan niat tu = redha ALLAH tu dan sedar diri siapa tu yg penting.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:32 AM | Show all posts
ITU LA YG SAYA MAHUKAN..KERANA SAYA SUDAH LETIH NAK BERCINTA
DAN SERIK JUGAK  NAK BERCINTA...SERING KALI  KECEWA...SO SKRG NIE SAYA MENUNGGU SIAPA YANG MEMINANG SAYA
TU LA ADALAH JODOH SAYA.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 02:10 PM | Show all posts
Saya tidak begitu kisah untuk bercinta selepas kahwin [ itu lebih secure ], cuma risau tidak dapat menerima kelemahan [ perangai ] pasangan sahaja.

Manusia itu tidak sempurna. Ada buruk perangai yang masih boleh beralah dan ada yang tidak dapat diterima walaupun sedikit.


Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 07:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2015 10:08 AM | Show all posts
orang kata untuk kenali seseorang itu (bakal isteri/suami), kita bukan hanya tengok pada sikap positif dia saja. Perlu juga tahu sikap negatif dia dengan cara bertanya pada kawan rapat/kenalan/saudara mara/ibubapa dia.  Bila dah tahu sikap negatif dia, lepas tu terpulang pada kita untuk terima dan sama-sama berubah ke arah kebaikan. Jadi selepas bernikah, tidaklah terkejut dengan semua itu.
Elok juga berkawan/bercinta sebelum nikah (asal tidak melanggar batasan/syarak-contoh ditemani mahram). Nowadays, boleh dikatakan hampir semuanya bercinta sebelum nikah dan nikmat cinta sudah dirasai sebelum nikah walaupun tak dinafikan ada yang kenal dan bercinta selepas nikah.

Jika dapat menerima pasangan dengan hati terbuka selepas bernikah , pupuk rasa cinta itu slowly. Mungkin mula2 atas dasar tanggungjawab dan perlahan perasaan sayang akan hadir pada pasangan jika saling memahami. Dari situ, boleh dirasa nikmat cinta selepas nikah akan lebih bermakna kerana segalanya sudah halal.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 10:37 AM | Show all posts
kalau dapat yang baik, oklaa
kalau dapat yang teruk, merasalaa..

x sokong x bangkang tapi ikut nasib...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2015 02:06 PM | Show all posts
betul lah tu.
sbb kdg2 org yg kite knl b'belas tahun sblm kawen pon, spt kite xknl die plak bile dah sah jd psgan.
msg2 blh b'ubah.
so lps nie, ade jodoh trs je kawen.
xpyh nak b'cinta bagai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.065018 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list