CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2542|Reply: 12

[Politik] Kanak-Kanak Miliki Telefon Pintar, Wajar Atau Membahayakan?

[Copy link]
Post time 10-8-2015 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-MAMS at 10-8-2015 04:08 PM

Oleh Adib Za

Kanak-kanak dan telefon pintar ibarat tidak dapat dipisahkan. Seawal usia masih bayi lagi, generasi ini telah didedahkan dengan pelbagai aplikasi yang dikatakan mampu membantu perkembangan minda.

Adakah ini benar?

Terdapat kajian yang dilakukan oleh pakar psikoterapi kanak-kanak, Julie Evans mendapati jumlah kanak-kanak yang mengalami tekanan perasaan dan anorexic semakin meningkat, ia berkait dengan komputer, telefon pintar dan dunia maya.
Nyata sekali, memberi kanak-kanak menghabiskan masa dengan telefon pintar bukanlah sesuatu yang wajar buat para ibu bapa.


(Sumber foto: omnifeed)


Seharusnya, mereka menerapkan rasa gusar dan khuatir tentang bahaya penggunaan telefon pintar.

Aplikasi telekomunikasi seperti Whatsapps dan Wechat, adakah begitu penting sehingga setiap seorang anak yang masih bersekolah rendah dibekalkan dengan pelan internet pada telefon pintar mereka? Kononnya perbincangan bersama rakan-rakan mengenai pelajaran lebih mudah?



(Sumber foto: freemalaysiatoday)


Selain terkait dengan masalah mental dan tekanan di kalangan kanak-kanak, keselamatan mereka juga semakin tergugat.

Banyak kes di mana kanak-kanak dijadikan mangsa seksual, malah kes terbaru kanak-kanak berusia 13 tahun di China didapati cuba 'melacur' melalui aplikasi Wechat.

Betapa mereka ini sangat 'celik teknologi' sehingga terdorong melakukan pelbagai perkara yang menakutkan dan membahayakan masa depan mereka.

Puncanya hanya dengan sebuah telefon pintar. Begitulah penangan teknologi untuk generasi masa ini.

Sebagai ibu bapa, fikir-fikirkanlah..




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2015 04:14 PM | Show all posts
Tak wajar...sbb mereka lebih pintar sembunyi rahsia nanti
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 04:40 PM | Show all posts
sangat tak wajar.. sebab orang dewasa pun failed guna telefon pintar.. makin buduss je rase...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 04:40 PM | Show all posts
Terdapat kajian yang dilakukan oleh pakar psikoterapi kanak-kanak, Julie Evans mendapati jumlah kanak-kanak yang mengalami tekanan perasaan dan anorexic semakin meningkat, ia berkait dengan komputer, telefon pintar dan dunia maya.


Ingatkan Juliana Evans tadi.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tidak ada keperluan mendesak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 05:32 PM | Show all posts
comel91 replied at 10-8-2015 04:40 PM
Terdapat kajian yang dilakukan oleh pakar psikoterapi kanak-kanak, Julie Evans mendapati jumlah kana ...

Adik beradik kot......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2015 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
terkejut aku baca CARI MAMS
aku baca cari mampus td sbb pmpuan2 suka ckp mampus tu mams.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 06:13 PM | Show all posts
mmg bahaya la budak2 skrg..dgn smartfon bagai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2015 10:28 PM | Show all posts
ellejo replied at 10-8-2015 05:46 PM
terkejut aku baca CARI MAMS
aku baca cari mampus td sbb pmpuan2 suka ckp mampus tu mams.

hahahaa... iye... banyak lagi bukan mams jee... mcm pat kit... muah kit.. pi kitt...

hiks
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 09:25 AM | Show all posts
tak setuju.....kalau bagi hphone biasa2 pun dah ok.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 09:48 AM | Show all posts
mak pak kene monitor ler penggunaan tu..jgn duk biar jer...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 03:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak buah i umur setahun dah pandai main ipad. Takde sape ajar.. Tp dia tengok org2 tua ni main slide2 fon dia pon comel je cari slide2 ipad..pandai pulak tekan button home tu utk nyala. Taktau la bila dah 3,4 tahun mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 03:29 AM | Show all posts
Anak aku setaun mak aku dh bg smatfon yg dia xmau...penah beli tablet murah pecah pulak anak aku pijak...

fon anak aku boh video lagu suma yg dia nak dengaq...nak tidoq dia layan video2 sampai lena..x tgk fon xleh tidoq..kalau x play video pun tgn kena pgg fon sampai lena...tp bateri kong dia boleh paham letak utk cas..

anak aku lg sorg dah ada ciri2 mcm kak dia..nk tidoq kena tgk fon..tp dia x dak fon lg lah..adoii ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.166336 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list