CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6969|Reply: 44

[Tempatan] Shahrir jawab 15 soalan anak MB

[Copy link]
Post time 8-8-2015 10:52 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad tampil menjawab 15 soalan anak Menteri Besar Johor, Akmal Saufi Mohamed Khaled yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Berikut adalah jawapan beliau berhubung derma RM2.6 bili-on yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri dan juga mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB):

1 Ketika Perdana Menteri me-ne-rima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?

Jawapan: Bukan sahaja Perdana Menteri tahu tapi Bank Negara pun tahu.

2 Apakah bukti duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1MDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?

Penyiasatan telah dijalankan. 1MDB pernah menafikan ada duitnya yang dimasukkan ke dalam akaun dana politik Perdana Menteri, Presiden UMNO ataupun Pengerusi Barisan Nasional (BN).

3 Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan kepada kerajaan dan adakah untuk UMNO atau tujuan peribadi?

Untuk politik, iaitu UMNO dan BN.

4 Jika duit tersebut adalah sumbangan buat UMNO, adakah kepemimpinan UMNO terutama-nya Majlis Tertinggi mengetahui tentang derma itu?

Selama saya dalam Majlis Ter-tinggi UMNO atau Jawatankuasa Perhubungan UMNO ne-geri, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi dan perhubungan negeri.

5 Jika Majlis Tertinggi UMNO tidak mengetahui, adakah ini bermaksud UMNO tidak akan mengetahui kewujudannya jika Datuk Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

Sama seperti jawapan bagi soalan keempat.

6 Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Ter-tinggi?

Sama seperti jawapan bagi soalan keempat.

7 Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada UMNO, adakah Datuk Seri menerimanya ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?

Perdana Menteri sudah me-nyatakan derma itu bukan untuk peribadi.

8 Bolehkah seorang menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?

Adakah Menteri Besar dilarang mencari dana politik?

9 Adakah duit derma tersebut perlu diisytiharkan kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?

Sejak bila derma politik dan dana politik perlu didedah kepada semua pihak. Namun, keadaan ini boleh diubah dengan undang-undang supaya dana politik harus telus. Buat masa ini, tidak ada undang-undang lagi. Saya sokong diadakan kerangka undang-undang untuk dana politik sesuai dengan transformasi yang dicadangkan di bawah program transformasi kerajaan.

10 Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?

Tentulah Bank Negara sedar dan tahu tentang pergerakan duit ini.

11 Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Datuk Seri?

LHDN tentunya sedar kerana penderma tidak dikecualikan dari cukai pendapatan tetapi penerima tidak kena bayar cukai ke atas derma yang diterima.

12 Jika ya, adakah Datuk Seri telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

Sama seperti jawapan bagi soalan ke-11

13 Adakah seorang Perdana Menteri boleh mendapat penge-cualian cukai?

Elaun menteri, Perdana Menteri dan menteri besar tidak dikecualikan daripada cukai, yang dikecualikan cukai pendapatan ialah elaun wakil rakyat sahaja.

14 Jika Datuk Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengecualian tersebut kepada gaji Perdana Menteri atau apa saja derma yang di-terima beliau?

Derma politik tidak dikenakan cukai tetapi penderma tidak dikecualikan dari cukai. Hanya selepas 1 April 2015, derma lebih dari RM500,000 dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tetapi tidak jelas sama ada derma politik dikecualikan.

15 Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

Tidak ada siapa pun yang me-ngatakan derma itu untuk tujuan kerajaan. Jadi t
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2015 11:18 AM | Show all posts
BBNU penjilat...dituju soklan utk bijan, lain yang melatah
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 11:23 AM | Show all posts
jawapan selamat dan selamanya akan dianggap selamat...tapi adakah ia akan selamat?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 11:24 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 11:34 AM | Show all posts
so pm blh buat apa saja dgn duit tu..org xtahu..kan kan kan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmmmmmm.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2015 11:38 AM | Show all posts
very loose answer... kalau exam pun nak jawab macam ni sapa pun boleh..

jawapan begini patut disertakan dengan supporting documents sebagai bukti.. baru ada credibility...

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 11:48 AM | Show all posts
menarik dengan jawapan ni :-

"Selama saya dalam Majlis Ter-tinggi UMNO atau Jawatankuasa Perhubungan UMNO ne-geri, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi dan perhubungan negeri."


so possibilities yg PM guna duit tu utk tujuan peribadi adala...coz takder sape tau yg ada org menderma utk amnoooo. apa hal PM nak declare..kalo declare saheh kena kongsi 2 biliyon tu dengan pak2 menteri lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2015 11:54 AM | Show all posts
kata duit derma, kata Bank Negara tahu tetapi sbb apa drpd awal tak beritahu itu duit derma, kenapa nak saman WSJ, kenapa kata itu tak betul itu tak benar

MB memang boleh kutip duit dana tetapi MB tak masukkan duit derma dlm akaun peribadi

Najib sendiri kata, duit dana politik masuk dlm akaun parti bukannya akaun peribadi Najib

masalahnya bagaimana MT UMNO tahu duit tu digunakan utk parti sedangkan duit itu pun tak tahu wujud
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 12:04 PM | Show all posts
wayang kulit..
wayang ketoprak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Rm2.6bil tu boleh buat mcm mcm utk kemudahan takyat
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 12:27 PM | Show all posts
Parti umno xda akaun sendiri ka?kene guna akaun peribadi pm?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 12:39 PM | Show all posts
senang je jawab pakai air liur

bukti tarak , baik cakap gi matahari naik roket pd waktu malam je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2015 01:03 PM | Show all posts
DTECCONAN replied at 8-8-2015 11:54 AM
kata duit derma, kata Bank Negara tahu tetapi sbb apa drpd awal tak beritahu itu duit derma, kenapa  ...

WSJ kata dtg dari sumber yg ada kaitan dgn 1mdb , sebab itu boleh saman WSJ.





Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 01:14 PM | Show all posts
derma..  boleh reduce tax ka ?
Rasa cam tak betul jer ni

1. Elaun tak kena tax tapi bonus ya
2. Gaji kena tax.. Kau Jusa bende apa ? Tarikh balik lak ...First la tuk
3. Masa bila ada term derma politik ?
4. Ohh Zeti tau tau ..
5. makin lawak pulok..

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 01:20 PM | Show all posts
Ha ah..kalau dlm parti pun xtau ada duit byk tu, mcm mana dia boleh kata duit tu adalah utk dana politik? X pelik mehh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2015 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan no 8 paling hancur.... hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina replied at 8-8-2015 01:20 PM
Ha ah..kalau dlm parti pun xtau ada duit byk tu, mcm mana dia boleh kata duit tu adalah utk dana pol ...

Tu sbb jibbun hnya lantik yg mangkuk bertingkek2 jd muntri....senang diperkudakan
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 01:43 PM | Show all posts
Soalan pada PM tapi org lain jawab...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 8-8-2015 05:43 AM
Soalan pada PM tapi org lain jawab...


Jilattttttt la tewwwwww uols.....untung2 dapat naik pangkat....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.061687 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list