CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27847|Reply: 157

Mia Sara kene buli, kene ejek, baling batu, kene pukul kat sekolah..sian ko dikk

[Copy link]
Post time 6-8-2015 09:01 AM | Show all posts |Read mode
Mia Sara Mampu Sabar Dibuli Rakan Sekolah

KUALA LUMPUR: Pelakon kanak-kanak Mia Sara mendedahkan dia sering dibuli rakan-rakan sekolah termasuk diejek dek kerana popularitinya sebagai seorang artis.

Mia, 10, berkata,  terdapat juga rakan-rakan yang memukul malah pernah membaling batu ke arahnya namun dia mengambil pendekatan untuk tidak terlalu sensitif dengan sikap mereka itu.

Ini kerana perbuatan itu tidak mendatangkan kecederaan.

"Mereka buli saya, mengejek, baling batu dan pernah juga pukul saya. Saya sedih juga dan kadang-kala rasa geram. Tetapi ayah pesan, biar orang buat kita, tetapi jangan kita buat orang," katanya kepada mStar Online.

Mia ditemui pada majlis rumah terbuka TV3 di Hotel Hilton di sini pada Rabu.

Sementara itu, bapa Mia iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berkata, walaupun dia tahu anaknya mengalami nasib sedemikian namun dia enggan masuk campur mengenainya kerana ingin Mia melalui proses berdikari.

"Bagi saya apa-apa yang berlaku di sekolah, biar cikgu yang uruskan, saya tak mahu masuk campur.

"Saya nak Mia melalui proses seperti kanak-kanak lain. Lagipun dia seorang selebriti dan bukan mudah untuknya melalui pengalaman itu. Biarlah dia berdikari dan belajar selesaikan masalahnya sendiri.

"Jangan sampai anak saya cedera teruk kena belasah, sudahlah. Bagaimanapun saya akan pastikan dia mendapat nasihat dan motivasi setiap hari. Saya tak mahu dia pulang ke rumah dengan emosi terganggu," ujarnya.

Muhammad Ridhuan bagaimanapun tidak berhasrat mendedahkan nama sekolah tempat Mia belajar.

Dalam perkembangan lain, Mia bakal terlibat dengan penggambaran drama Super Game Boy, untuk siaran Astro Ceria.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2015 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
makin besar makin tak comel budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 09:10 AM | Show all posts
Dulu masa kecik2 muka comel mcm budak korea, dah besar sikit terus berkerak. Lagi satu, lakonan dia biasa2 sangat. Takde improvement.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 09:13 AM | Show all posts
Aa aah  besaq kureng sikit ...mia pun x improve ..boring dah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 09:13 AM | Show all posts
enchikfitz replied at 6-8-2015 09:10 AM
Dulu masa kecik2 muka comel mcm budak korea, dah besar sikit terus berkerak. Lagi satu, lakonan dia  ...

Iols setuju
Tak ada ke pengarah yg nk bentuk kan gaya lakonan dia supaya lari dari kebiasaan
Stereotype dari dulu sampai sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 09:14 AM | Show all posts
bertabah lh dik

janji ko belajar rajin2 sampai Berjaya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2015 09:15 AM | Show all posts
krik .. krik... krik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2015 09:16 AM | Show all posts
bkn die ni homeschool ke dlu?

tp mmg dh x comel dh..dlu pn xde la comel sgt..but  time tu still kecik kan so nmpak la cute2 gak...padahal lakonan so kayu sepisis la ngn lisa kayu tu

skang ni mybe gigi pn cam dh berterabur tu yg nmpak weird
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2015 09:17 AM | Show all posts
maybe sbb ko berlagak sangat dik?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 09:18 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Saiko nya budak2 zaman sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 09:23 AM | Show all posts
nanti anak jadi trauma baru bapak nak menyesal..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 09:26 AM | Show all posts
amboi sampai baling2 batu
kalau aku harus jmpa mak bapak budak tu bg tau perangai anak
bukan niat sampai nk report polis ke apa
tapi nk mencegah dari budak tu jadi kaki buli dan besar kepala
kalau tak ada yang menegur
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 09:27 AM | Show all posts
Eiyna Azman in the making???????
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 09:28 AM | Show all posts
comel jek aku tgk budak ni. siannye kena buli. apahal bebudak zaman sekarang ganas gila sampai baling-baling batu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 09:30 AM | Show all posts
macam dah tak de cerita je kau ni dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2015 09:30 AM | Show all posts
ni sepsis eina azman in the making...gigih cite pasal kawan skolah
aku macam payah sikit nak pecaye cite dak ni..bukan dia ni ke yg dulu ada kisah dia mendiva si skolah
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 korang lagi lawa ke dari Mia ni .
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 09:35 AM | Show all posts
rimas tgk rambut dia la...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Mia da ta omeiiii maap kn mia mia sara...

Makin tuo makit persis muko apak mu la mia sara..iolls tak wembes no cop wembes from miabebe for u syg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.093630 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list