Edited by Aahil_adha at 6-8-2015 06:39 PM
- INILAH IBU PUNCA ADA GOLONGAN YANG WALAU MENGAKU BERAGAMA ISLAM MASIH DALAM KANCAH KESESATAN DAN TIDAK SEDAR DIRINYA SESAT -
Ada sebab kenapa Mengucap Kalimah Syahadah itu adalah rukun pertama dalam Rukun Islam.
Jika tidak sah Syahadahnya maka tidak sahlah rukun islam yang lain kerana ia adalah ibunya dan tidak bercerai berai antara satu rukun dan yang lain.
Sekadar mengucap tanpa mengetahui makna serta makninya, rukunnya,syarat sahnya, perkara yang membatalkannya (tidak ada rukun dalam rukun islam yang tidak mempunyai rukunnya tersendiri, syarat sahnya serta perkara yang membatalkannya), maka serupalah ianya seperti burung kakak tua yang boleh mengulangi ucapan syahadah namun tiada manfaaat baginya! Apabila tiada manfaat kalimah syahadah bagi dirinya, adakah sah rukun islam yang lain diamalkannya? Jika dia tidak melakukan kesesatan secara terang terangan, maka dia sesat dalam tidak sedar akannya. Kerana secara terang jika dia tidak tahu akan segala perkara yang saya nyatakan tentang kalimah syahadah tadi, maka secara jelas dia jahil akan dirinya, dan tuhannya. Maka segala jelas jua dia jahil akan tauhid, lantas sesat dalam ubudiyah dan minta tolong kepada Allah Ta'ala. adakah seseorang yang jahil akan tuhannya (dalam erti kata mengenal, mentauhid, serta ubudiyyah dan minta tolong kepada Dzat yang bernama Allah) boleh beribadah, memahami agama islam serta menyampaikannya?
" Bahawasanya para ulama sesungguhnya bersepakat atas bahawasanya sesiapa tidak mengetahui (jahil) maknanya (syahadat) itu, maka ini bererti dia tidak bernasib baik ( tidak ada bahagiannya) dalam agama islam. Bahkan dia (org itu) adalah kalangan kafir majusi jua, maka tidak boleh (tidak dibenarkan) dimakan sembelihannya, dan tidak halal menikahkan, tidak boleh mewariskan harta dan mewariskannya"
- Imam Ibnu Arabi R.A dalam Qamarul Huda karangan Syeikh Muhammad Yusuf bin Ahmad Kenali Kelantani -
" Dan jikalau dia belum mengetahui maknanya (dua kalimah syahadat), maka org itu menjadi kafir kekal di dlm neraka, sekalipun dia solat, puasa, mengeluarkan zakat, dan naik haji ke baitullah, sedang dia tiada mendapat pusaka (warisan) dan tiada diwarisi oleh kerabatnya yang Islam"
Dan katanya lagi,
"Maka wajib ke atas setiap mukallaf lelaki dan perempuan menghasilkan maknanya atas asalnya, mempelajari dan mengambilnya ke atas ahlinya (untuk menghuraikannya)."
-Imam al-Baihaqi dlm kitab Sabqatu al Iman. -
"Dan sesungguhnya para ulama telah menyatakan atas bahawasanya tidak dapat tidak perlu memahami makna dua kalumah syahadat itu walaupun secara ijmal sekalipun. Sekiranya org yg mengucapnya itu belum faham tentang makna dua kalimah syahadat itu, necaya tidak akan memberi apa-apa manafaat kepadanya dalam usaha melepaskan dirinya drpd seksaan api neraka"
- Syeikh Ibrahim Laqani di dalam kitab karangan beliau Ittihaf al-Murid Syarah Jauharati al Tauhid.-
P/S :- Ambo ahlus sunnah Wal Jama'ah yang tegar, golongan wahabiyyah, syi'ah rafidhi pi main jejauh.
|